Aku Pasti Berjaya

August 25, 2010 by admin · Leave a Comment
Filed under: Motivasi 

Untuk berfikiran positif dalam mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan, saudara perlu mengamalkan ungkapan seperti ‘Dengan sedikit usaha lagi, aku pasti berjaya’. Hal ini walaupun nampak seperti perkara yang remeh tetapi dengan menukarkan  ungkapan tersebut akan membawa perubahan yang besar dalam diri anda. Contohnya saudara menggantikan kata-kata yang tidak mempunyai pendirian seperti “Sudah cuba tetapi tidak berjaya.” dengan ungkapan “dengan sedikit usaha lagi, aku pasti berjaya”.

Lazimnya individu yang gagal adalah dalam kalangan mereka yang cepat putus asa. Mereka akan sentiasa mengulangi perkataan “sudah cuba tetapi gagal” kerana kata-kata sedemikian dijadikan sebagai “pendiding” untuk mengaburi mata orang lain bahawa kesalahan dan kegagalan tersebut bukanlah secara mutlaknya disebabkan oleh mereka. Mereka ini seolah-olah ingin menagih simpati daripada orang lain bahawa segala usaha telah dibuat tetapi mereka tetap gagal yang mana menunjukkan bahawa faktor kegagalanlah yang menyebabkan mereka kecundang.

Jelaslah bahawa orang yang gagal ini telah membuntukan fikiran dengan tidak mahu lagi mencari jalan untuk menangani masalah tersebut. Sepatutnya mereka mengubah kepada perkataan yang lebih positif yang boleh membangkitkan usaha untuk mencapai apa yang diimpikan iaitu ‘Dengan sedikit usaha lagi, aku pasti berjaya”. Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha lebih bagi memastikan apa yang dihajati akan tercapai. Dalam istilah orang berjaya, mereka tidak cepat mengalah kerana mereka sentiasa mengenal pasti bahawa ada jalan lain yang boleh membantu mereka dalam menghadapi rintangan.

Yang Benar Hisyam Den

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Remaja 16 Tahun Jadi Jutawan Muda

August 18, 2010 by admin · Leave a Comment
Filed under: Motivasi 

Saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda tentang dunia perniagaan khususnya tentang perniagaan internet. Walaupun ini kisah berlaku diluar negara, tetapi ia boleh dijadikan sumber ispirasi dan motivasi untuk maju dalam perniagaan khususnya perniagaan internet tanpa mengira berapa umur anda. Berita ini di ambil dari akhbar Kosmo.

NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. – Agens

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Pengurusan Kewangan

August 14, 2010 by admin · Leave a Comment
Filed under: Kewangan 

Secara umumnya kewangan merupakan satu seni dan sains menguruskan wang.  Semua individu dan organisasi memperoleh dan mendapatkan wang dan membelanjakan atau melabur wang. Sehubungan dengan itu, aktiviti kewangan adalah penggunaan sebuah set teknik-teknik yang digunakan oleh individu dan pertubuhan-pertubuhan untuk mengurus hal ehwal kewangan mereka, terutamanya perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan dan risiko-risiko pelaburan Read more

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Melihat dan Merebut Peluang

August 11, 2010 by admin · Leave a Comment
Filed under: Motivasi 

Adakah anda mampu melihat, mencari dan merebut peluang yang ada di persekitaran anda? Berapa kuatkah kemampuan anda dalam mencari peluang?

Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut iaitu sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut serta merebut peluang-peluang yang luar biasa dalam memperluaskan tempat perniagaan, mendapat bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan Read more

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Motivasi diri yang tinggi

August 4, 2010 by admin · Leave a Comment
Filed under: Motivasi 

Untuk berjaya, setiap insan itu memerlukan perubahan. Mereka perlu berhadapan dengan perubahan yang akan menjadikan diri mereka ingin kejayaan dan kecemerlangan menyinari kehidupan mereka. Perubahan yang dilakukan memerlukan motivasi dalaman yang mantap untuk memastikan perubahan yang dilakukan sentiasa konsisten dan membuahkan hasilkan yang membanggakan.

Hari ini kita dikenalkan dengan tokoh – tokoh atau public figure yang masing – masing dikatakan berjaya dalam kerjaya masing – masing. Dalam bidang perniagaan, hampir semua daripada kita mengenali Tan Sri Sheikh Mohktar al –Bukhar. Read more

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Next Page »