7 Bentuk Kuasa Leveraj Untuk Usahawan Berjaya

Leverage Business
1. Pengetahuan Orang Lain

Satu pengetahuan kunci yang digunakan dalam situasi kita dapat memberi perbezaan luar biasa kepada hasilnya. Ia dapat menjimatkan usaha keras berminggu – minggu ataupun berbulan – bulan. Oleh sebab itu, golongan orang berjaya bertindak seperti layar radar, yakni sentiasa memantau lingkungan hidup mereka, mencari dalam buku –buku, majalah, pita, artikel, persidangan bagi mendapatkan idea – idea dan wawasan yang dapat mereka gunakan bagi membantu mereka mencapai matlamat dengan lebih cepat.

2. Tenaga Orang Lain

Golongan orang yang sangat efektif sentiasa mencari jalan supaya tugas melakukan aktiviti bernilai rendah dapat diserahkan kepada sumber luar dan mereka mempunyai lebih masa bagi melakukan perkara – perkara yang memberikan mereka ganjaran tertinggi. Bagaimanakah dapat kita gunakan tenaga orang lain bagi membantu kita menjadi lebih efektif dan produktif?

3. Wang Orang Lain

Bentuk leverij yang ketiga adalah wang orang lain. Keupayaan kita meminjam dan mempergunakan sumber kewangan orang lain membolehkan kita melaksanakan perkara – perkara luar biasa yang mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya kita terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. Kita patut sentiasa mencari peluang meminjam dan melaburkan wang dan memperoleh pulangan jauh melebihi jumlah kos meminjam wang itu.

4. Kejayaan Orang Lain

Kita dapat meningkatkan kualiti hasil kerja kita secara dramatik dengan mengkaji kejayaan yang dinikmati oleh orang lain dan syarikat – syarikat lain. Orang berjaya biasanya sudah melakukan banyak pengorbanan, dari segi kewangan dan emosi, kesukaran dan kekecewaan, demi mencapai satu – satu matlamat. Dengan mengkaji kejayaan mereka dan belajar daripada pengalaman mereka, kita selalunya dapat menjimatkan banyak masa serta mengelakkan diri daripada pelbagai kesukaran.

5. Kegagalan Orang Lain

Manusia dapat membeli kebijaksanaan ataupun meminjamnya. Dengan membeli, dia membayar harga penuh dalam bentuk masa dan harta. Tetapi dengan meminjamnya, dia memanfaatkan pengajaran yang diperoleh daripada kegagalan orang lain.

Banyak daripada kisah – kisah kejayaan besar dalam sejarah adalah hasil daripada kajian teliti berkaitan kegagalan orang lain dalam bidang yang sama dan kemudian mengambil pengajaran daripada mereka. Apakah ataupun siapakah yang pernah gagal dalam bidang kita ceburi ini yang dapat kita ambil iktibar daripadanya?

6. Idea Orang Lain

Satu idea yang baik sudah memadai bagi usaha mengumpul kekayaan. Semakin banyak kita baca, belajar, bincang, dan eksperimen, semakin tinggi kebarangkalian kita menemui idea yang sekiranya digabungkan dengan keupayaan dan sumber diri sendiri, akan membolehkan kita mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kita.

7. Kenalan Orang Lain

Bentuk leveraj yang terakhir adalah kenalan orang lain ataupun kredibiliti orang lain. Setiap kenalan kita mengenali ramai orang lain. Ramai juga dalam kalangan mereka ini dapat membantu kita. Siapakah antara kenalan kita yang dapat membuka peluang untuk kita ataupun memperkenalkan kita kepada orang yang betul ? Siapakah antara kenalan kita yang dapat membantu dalam mencapai matlamat kita dengan lebih pantas? Perkenalan dengan orang utama dapat merubah seluruh arah kehidupan kita.

Sekian sahaja untuk kali ini.

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *