Apakah Definisi Anda tentang Kebahagiaan ?

Hisyam Den Ayat Power
Apakah Definisi Anda tentang Kebahagiaan ? Saya ingin berkongsi tentang apa yang ditulis oleh Dan Baker di dalam bukunya, What Happy People Know: Sekiranya anda fikir kebahagiaan itu tidak penting, mungkin ini disebabkan oleh definisi sempit anda terhadapnya. Seperti kebanyakan orang fikir, kebahagiaan bermakna anda berada dalam suasana baik sepanjang masa atau mengalami perasaan gembira.

Kebahagiaan bukanlah suasana atau emosi. Suasana adalah keadaan biokimia dan emosi hanyalah perasaan sementara. Kebahagiaan adalah satu cara hidup – satu tinjauan utama yang mencipta sifat – sifat seperti keyakinan, keberanian, kasih sayang dan pencapaian.

Definisi saya tentang kebahagiaan juga sama seperti diatas. Sehubungan dengan itu, saya turut menambah mencari redha ilahi itu tujuan hidup kita kerana definisi cendikiawan barat hanya bersifat duniawi dan bagi saya belum lagi lengkap.

Oleh itu, jadikan hidup anda bahagia dengan menjadikan agama sebagai perkara utama dalam hidup anda dan itu lah kebahagian sebenar yang orang ramai tercari – cari selama ini tetapi tidak ramai orang yanng menjumpainya sebab akhirat kekal selama – lamanya.. dunia hanya sementara sahaja..

Ikhlas,
Hisyam Den
Putrajaya

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *