Cari Duit Di Internet

Hisyam Den & Patric Chan
Baru – baru ini, saya sempat menghadirkan diri dalam iftar 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Majlis itu bermula lebih kurang pukul satu tengahhari dan berakhir lebih kurang 8 malam yang diadakan di Putrajaya.

Beberapa yang orang speaker dan usahawan internet telah dijemput oleh pihak penganjur untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang mereka miliki kepada peserta program. ( peserta juga usahawan internet huhu )

Saya berminat untuk berkongsi dengan pembaca blog saya, dimana kisah usahawan internet tempatan iaitu Patric Chan yang berjaya di peringkat antarabangsa. Beliau telah menulis beberapa buah buku best seller di peringkat antarabangsa dan menjalankan seminar dan bengkel beliau di dalam dan diluar negara.

Disebabkan pihak pengajur tidak menetapkan tajuk khusus kepada beliau, Patric Chan telah membuka soalan kepada peserta untuk bertanya apa – apa soalan tentang bisnes internet.

Macam mana nak cari duit online:

1. Pertama lihat dahulu apa yang pasaran mahukan.
Jika anda ingin menjual produk digital seperti ebook. Buat kajian, apa ebook yang pelanggan mahukan. Bukan apa yang anda minat nak jual. Nanti jadi jual ebook tak laku – laku. Sebab tak pernah buat kajian tentang pasaran. Kajian tentang pasaran bukan hanya untuk bisnes online sahaja tetapi ia merangkumi bisnes offline juga.

2. Kedua kena ada produk.
Adakah kita perlu buat produk sendiri untuk memulakan bisnes online ? Jawapannya tidak. Kita boleh menjual produk orang lain dengan syarat kita diberikan komisyen. Ini rahsia, jangan beritahu orang lain, Patric Chan telah menunjuk komisyen yang masuk ke dalam emel beliau yang dibayar oleh ClickBank. Clickbank adalah antara lubuk produk digital bagi usahawan internet dalam dan luar negara.

3. Ketiga Tapak Kedai sendiri
Setelah boleh menjana pendapatan di internet. Barulah anda boleh membina laman web untuk menjana lebih banyak duit di internet. Tapak kedai itu merujuk kepada laman web dan blog. Sebab rata – rata usahawan internet yang berjaya mempunyai laman web sendiri. Harga laman web dan blog sekarang ini sudah murah. Dengan bayaran kurang RM 200 setahun anda sudah boleh mempunyai laman web sendiri.

4. Keempat Trafik
Perkara yang menyebabkan saya berfikir bahawa ayat Patric Chan lebih power daripada #AyatPower saya adalah: trafik you boleh beli, pergi dekat Facebook ada Facebook Ads. Pergi dekat Google ada google Adwords. Walaupun saya sudah pakar tahu tentang Facebook Ads dan Google Adwords. Istilah trafik you boleh beli pertama kali saya dengar.:)

5. Kelima Analisis
Cakap memang senang. Nak buat jer susah ( Ayat orang gagal ). Apa yang penting ambil tindakan. Sebab tanpa tindakan mimpi tidak akan menjadi kenyataan. Setelah tindakan diambil barulah kita boleh analisis dimana kekuatan dan kelemahan kita. Kita perlu fokus kepada kekuatan kita untuk ‘pergi lebih jauh’.

Sekian sahaja untuk kali ini 🙂

ps: Sebenarnya banyak lagi nak tulis. Nanti saya buat dalam bentuk ebook pulak 🙂

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui ' channel ' yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Latest posts by Hisyam Den (see all)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *