Tabiat Akan Menentukan Nasib Anda

Hisyam Den

Salam Sejahtera..

Saya ingin berkongsi dengan anda artikel motivasi diri yang saya baca dari buku motivasi yang ditulis oleh penulis buku dari Barat iaitu tentang tabiat akan menentukan nasib anda. Sehubungan dengan itu, hampir semua perkara yang kita lakukan ditentukan oleh tabiat. Saya berani mengatakan sekurang – kurangnya 95 peratus daripada tindakan kita yang terlibat dalam hal ini. Dari semasa ke semasa, bermula dari waktu kita bangun tidur pagi hari hingga ke waktu kita tidur pada malam hari, tabiat kita banyak mengawal dan menentukan kata yang kita tuturkan, perkara yang kita lakukan, dan cara kita bertindak balas.

Kita menjadi apa yang sudah kita lakukan, maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi suatu tabiat – Aristotle.

Orang yang berjaya dan bahagia memiliki tabiat – tabiat baik yang dapat mempertingkatkan hidup. Orang yang tidak berjaya dan tidak bahagia mempunyai tabiat – tabiat yang menjejaskan dan menjadi halangan kepada mereka.

Tabiat adalah hamba yang terbaik ataupun tuan yang paling teruk – Emmons

Mujurnya semua tabiat adalah tingkah laku yang dapat dipelajari. Kita dapat pelajari mana – mana tabiat yang dianggap wajar ataupun perlu, sekiranya kita sanggup berusaha mengamalkannya dengan cukup tekun dalam masa yang cukup lama.

Membentuk  2 tabiat baru yang baik setiap bulan dan akan menjadi 24 tabiat yang baik setahun dan akan menjadikan diri anda seorang yang HEBAT dalam industri – Hisyam Den

Tabiat dapat ditakrifkan sebagai gerak balas automatik ataupun terlazim pada rangsangan. Tabiat, baik ataupun buruk, adalah tindakan yang dilakukan secara natural dan mudah, tanpa berfikir ataupun usaha. Apabila sudah terbentuk, tabiat itu mengambil momentumnya sendiri, mengawal tingkah laku dan respons kita pada peristiwa – peristiwa dalam dunia kita. Sebaik sahaja tabiat terbentuk, ia tidak dapat disingkirkan. Ia hanya dapat diganti dengan tabiat lain yang lebih baru dan lebih baik. Kita membentuk tabiat dan kemudian tabiat itu membentuk kita pula.

Anda sebenarnya yang menghasilkan tabiat, dan kemudian tabiat anda menjadikan siapa diri anda sekarang. – Hisyam Den

Ahli falsafah Jerman, Goethe, pernah menulis, “ Semuanya sukar dahulu sebelum menjadi mudah.” Kita perlu berusaha mengenakan disiplin kuat bagi membentuk tabiat pemikiran dan tingkah laku. Tetapi sebaik sahaja tabiat itu terbentuk kemas, ia membolehkan kita mencapai jauh lebih banyak perkara dengan usaha yang kurang daripada sebelum ini.

Tabiat baik sukar dibentuk tetapi mudah diterima. Tabiat buruk mudah terbentuk tetapi sukar diterima. Tabiat yang kita miliki dan tabiat yang menguasai diri kita menentukan hampir semua perkara yang kita capai atau gagal dicapai.

Tugas kita adalah membentuk tabiat baik dan jadikan tabiat itu menguasai diri kita. Dalam masa yang sama, kita perlu tekun berusaha menyingkirkan tabiat buruk dan bebaskan diri daripada akibat negatif daripada tabiat itu.

Sekian sahaja untuk kali ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *