Hiduplah Dalam Detik Ini

Salam Sejahtera..
Hiduplah detik ini. Hiduplah pada hari ini. Untuk sampai ke destinasi pilihan anda perlu memandang ke hadapan. Analogi kereta: gunakan cermin pandang ke belakang, cermin sisi. Dan cermin hadapan akan membantu anda sampai ke destinasi pilihan anda.
Hiduplah pada saat ini kerana semalam itu masa lalu dan esok itu masih harapan yang belum pasti. Menikmati hari ini ertinya bahagia kerana bahagia itu adalah mensyukuri apa yang kita milki hari ini.
Hiduplah sekarang, tetapi bukan esok atau lusa dan bukan minggu hadapan atau lima tahun lagi. Masanya adalah sekarang. Hidupkan detik ini dan hiduplah hari ini. Kejayaan dan kekayaan adalah kemampuan seseorang untuk menikmati hidup dengan sepenuhnya dan terus mendaki dan berkembang seiring dengan dewasanya usia anda.
Esok dan masa hadapan tidak menjanjikan apa – apa jika tidak dilakukan sekarang. Tanamlah pokok buahan sekarang untuk mengutip buahnya kemudian. Lakukan sekarang tanpa berlengah lagi. Tidak kira bila dan di mana anda berada, lakukan sekarang !
Masa adalah kehidupan dan ia adalah ‘modal’ dalam ‘perniagaan’ anda di pentas kehidupan. Tuhan telah menganugerahkan kita masa. Ia satu makluk Allah yang terlalu mahal dan secara sunnahtullah tidak dapat dijual beli. Maharaja jutawan yang terkaya dan paling berkuasa di dunia pun, pada saat kematiannya beliau sanggup menyerahkan segala harta kekayaan jika beliau diberikan umur sehari lagi untuk hidup di dunia.
Masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan walaupun kita kuat dan berkuasa. Jangan meratap pada hari semalam sebab ia hanya sebahagian daripada lakaran sejarah sahaja. Jadikannya sebagai pedoman dan panduan dalam kehidupan. Tidak lebih daripada itu.
Lakukan apa yang perlu anda lakukan. Lakukan sekarang juga. Hiduplah detik ini dan hiduplah pada hari ini. Bina kompas kehidupan ( matlamat ) anda dan bergerak setiap hari dengan prinsip KAIZEN ( Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini ) dan Just Do It.
Ps: Layari website motivasi saya di www.KlinikMotivasi.com untuk lebih banyak nota – nota motivasi dan ispirasi. 🙂
Leave a Reply