https://www.youtube.com/watch?v=wwShFsSFb-Y
Kejayaan Anda Bergantung Pada Orang Lain

Lapan puluh lima peratus daripada kejayaan anda bergantung kepada orang di sekeliling anda, pengetahuan yang anda dapat daripada orang lain serta kenalan rapat anda.
Tony Robbins mengatakan dirinya mendekati orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi daripada dirinya.
Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya dan anda juga akan menjadi lebih berjaya dan hebat. – Hisyam Den –
Dalam menentukan bulatan kenalan anda, anda perlu sedikit memilih. Sehubungan dengan itu, bukan bererti tidak berkawan dengan sesetengah orang. Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda terutama dalam bisnes dan kewangan, baca kisah – kisah mereka yang telah berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya.
Pentingnya Ilmu Pengurusan Risiko Untuk Orang Bisnes

Pentingnya llmu pengurusan risiko. Risiko pasti akan ada dalam setiap apa yang kita lakukan. Kita tidak akan berani ambil risiko tanpa ilmu dan kemahiran. Tak akan ada orang berani ambil risiko.
Sehubungan dengan itu mengambil risiko tanpa ilmu “Sama seperti berjudi” di mana kita tidak tahu nasib samada kita menang atau kalah.
Oleh yang demikian, kita bukan ambil risiko. Tapi kita mengurus risiko. Dengan ilmu kita boleh mengurus risiko. Naik Kereta pergi kerja. Pasti ada risiko kemalangan jika tak ambil lesen kereta dan tak pernah belajar cara memandu kereta.
Orang kata buat loan ASB untung, kita pun buat loan ASB ikut orang. Last- last rasa tidak berbaloi. Kita kata “Rugi jer baik tak payah buat”. Orang yang ada Ilmu akan kata sebaliknya.
Orang buat bisnes di Facebook guna Fb Ads. Orang ramai kata Fb Ads makin mahal, tak releven. Jadi kita pun berhenti buat fb Ads. Tercari cari teknik baru dan channel baru. Masalah dan isu fb Ads mahal dah wujud tiga hingga empat tahun lepas lagi. Tapi kenapa masih ramai yang buat 5-6 angka setiap bulan sampai sekarang dengan fb Ads ?
Akhirnya semua perkara yang kita nak lakukan pasti perlukan Ilmu. Sebaik-baik pelaburan dalah pelaburan ilmu terlebih dahulu.
Hisyam Den,
Putrajaya.
Apakah Definisi Anda tentang Kebahagiaan ?

Apakah Definisi Anda tentang Kebahagiaan ? Saya ingin berkongsi tentang apa yang ditulis oleh Dan Baker di dalam bukunya, What Happy People Know: Sekiranya anda fikir kebahagiaan itu tidak penting, mungkin ini disebabkan oleh definisi sempit anda terhadapnya. Seperti kebanyakan orang fikir, kebahagiaan bermakna anda berada dalam suasana baik sepanjang masa atau mengalami perasaan gembira.
Kebahagiaan bukanlah suasana atau emosi. Suasana adalah keadaan biokimia dan emosi hanyalah perasaan sementara. Kebahagiaan adalah satu cara hidup – satu tinjauan utama yang mencipta sifat – sifat seperti keyakinan, keberanian, kasih sayang dan pencapaian.
Definisi saya tentang kebahagiaan juga sama seperti diatas. Sehubungan dengan itu, saya turut menambah mencari redha ilahi itu tujuan hidup kita kerana definisi cendikiawan barat hanya bersifat duniawi dan bagi saya belum lagi lengkap.
Oleh itu, jadikan hidup anda bahagia dengan menjadikan agama sebagai perkara utama dalam hidup anda dan itu lah kebahagian sebenar yang orang ramai tercari – cari selama ini tetapi tidak ramai orang yanng menjumpainya sebab akhirat kekal selama – lamanya.. dunia hanya sementara sahaja..
Ikhlas,
Hisyam Den
Putrajaya
Bantu Orang Lain Untuk BERJAYA untuk anda Berjaya

Lagi ramai anda membantu orang untuk berjaya, lagi besar kejayaan yang anda akan terima.
Tidak kira anda bekerja sebagai apa atau di mana sahaja, bantu orang lain untuk berjaya, anda juga akan mendapat pulangannya !
Sekiranya anda membantu orang lain untuk berjaya, orang lain pun akan membantu anda untuk berjaya.
Fikirkan begini:
Sekiranya anda seorang bos di sesebuah syarikat, lagi ramai pekerja anda yang berjaya dan cemerlang, lagi besar pulangan syarikat anda..
Sekiranya anda bekerja makan gaji dan anda membantu bos anda berjaya, lebih besar peluang anda untuk naik pangkat dan berjaya dalam kerjaya anda..
Sekiranya anda seorang trainer dan guru, lagi ramai student yang berjaya, maka lebih terbuka pintu rezeki anda.. mungkin anda boleh memulakan kelas tuisyen.
Sampai tak mesej yang saya maksudkan ?
Orang Kelantan cakap: What you Give You Get Back. Huhu
Kita bantu orang lain, orang lain pun bantu kita.
Win – win situation kan ?
Ingin Mulakan Bisnes, Tapi Tiada Idea

Success and achievement abstract business concept: red arrow over deep crack isolated on white background
Dua tip kepada sesiapa yang ingin mulakan bisnes, tapi tiada idea adalah:
1. Cari Masalah Untuk Diselesaikan
Cari sesuatu masalah, kemudian berikan penyelesaian dalam bentuk perniagaan. Apa juga bisnes yang berjaya ialah bisnes yang dapat menyelesaiakan sesuatu masalah.
2. Sentiasa Mencari Peluang
Lihat di sekeliling anda dan sentiasa perhatikan peluang bisnes melalui masalah – masalah yang timbul.
Satu cara adalah dengan melihat bisnes yang sedia ada di pasaran sekeliling anda. Dan cipta branding dan keunikkan bisnes anda untuk memasuki pasaran. Persaingan yang sihat adalah baik untuk bisnes kan ?
Bersyukur dengan Apa yang Kita Ada..
Buang pemikiran yang bersifat negatif kemudian TUKAR ia dengan pemikiran yang positif untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. – Hisyam Den
Hidup kita tak lah sempurna sangat, tapi kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..
Susah macam mana pun kita sekarang, ada orang yang lebih susah.Bersyukur dengan apa yang kita miliki setiap hari. Ucapkan “Alhamdulillah” selalu.
Rezeki adalah rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya.Dalam konteks pendidikan misalnya, belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal dan faham.
Dalam konteks realiti kehidupan semasa pula, kejayaan, keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah.
Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.
Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.
2 Petua Yang Saya Selalu Amalkan
1.Pelaburan Kepada Ilmu
Pelaburan terbaik adalah pelaburan kepada diri anda sendiri dengan menambahkan ilmu pengetahuan anda dalam industri, pakar dalam industri akan menerima bayaran yang tinggi jika dibandingkan dengan orang yang tidak pakar..
2. Terus Membina Networking
Ada satu benda yang dilakukan oleh orang-orang lama yang dah berjaya dalam pelbagai industri terutama dalam bisnes tapi masih ada newbie dalam bisnes tak buat benda ni.
=> NETWORKING
Apa Emotional Drive Anda ?

2 Emotional Drive dominan saya adalah:
1. Peningkatan ( Growth )
Saya jenis sentiasa mahukan peningkatan dalam kehidupan.Orang cerdik pandai kata hari ini lebih baik dari semalam. Bukan hanya dalam kerjaya sahaja malahan dalam kehidupan itu sendiri. Sebab tu, saya suka membaca buku dan majalah, masuk seminar dan sewaktu dengannya.
Sebab saya percaya satu prinsip ni ‘ ilmu pengetahuan adalah potensi kepada kuasa.’ Bila ia dipraktikkan dalam kehidupan ia akan ‘berfungsi’ dan akan membantu untuk mencapai peningkatan dalam kehidupan saya.
2. Sumbangan ( Contribution )
Bila berlaku peningkatan dalam hidup kita, satu tahap kita ingin menyumbang balik kepada masyarakat dengan apa yang kita ada. Saya membangunkan KlinikMotivasi.com bukan bertujuan untuk buat duit walaupun pasaran dalam bidang pembangunan diri ada.
Saya buat lebih kepada rasa puas hati kepada diri sendiri sahaja dan saya ada degree dalam bidang Social Sciences iaitu berkaitan kajian berkenaan masyarakat. Walaubagaimanapun saya tahu selesaikan masalah orang ramai itu bagus dan selesaikan masalah orang ramai yang sanggup untuk bayar itu lagi bagus.. 🙂