Lim Goh Tong Pengasas Genting Highlands

Salam Sejahtera…

Setelah lama tidak menulis di blog ni, saya ingin berkongsi apa yang menarik minat saya tentang sebuah buku yang sedang saya baca iaitu Cerita Saya Lim Goh Tong. Di dalam buku tersebut penulis berkongsi pengalaman beliau dalam melakar kejayaan dalam  bidang keusahawanan dan perniagaan bermula dari kosong hingga mencapai kejayaan seperti hari ini.

Penulis mengatakan beliau disebut usahawan Cina tradisional dan tidak pandai bercakap bahasa Inggeris. Beliau berkomunikasi dalam bisnes melalui Bahasa Melayu, Hokkien, Kantonis dan Mandarin. Jika perlu beliau meminta jurubahasa untuk melakukan urusan niaga bisnes beliau.

Ibubapa beliau memberikan didikan Cina tradisional telah menyemaikan sikap rendah diri, berbudi bahasa dan menghormati orang. Sesiapa yang kenal beliau tahu bahawa beliau tidak pernah berlagak. Beliau boleh bergaul dengan hartawan dan pegawai tinggi sehingga lah penjaja dan buruh.

Semasa kecil dan remaja, beliau sangat pemalu, bersifat introvert. Beliau suka hidup sederhana dan berdisiplin. Tabiat beliau bangun awal, tetapi tidak ada masa yang tetap untuk masuk tidur. Satu kebiasanya beliau ialah selalu membawa sehelai kertas ke mana-mana untuk mencatatkan apa sahaja yang terlintas di dalam minda.

Beliau sangat percaya pada kuasa keyakinan. Apabila beliau membuat keputusan dan cukup yakin keputusan itu betul, beliau akan terus menjalankan sedaya upaya tidak kira betapa besar kesukaran yang dihadapi. Keputusan beliau untuk terus menjalankan pembangunan Genting Sempah menjadi tempat peranginan sudah terkenal sebagai contoh ‘kedegilan’ beliau setelah beliau menetapkan hendak membuat keputusan.

Sekian sahaja untuk kali ini 🙂