Memberi hadiah untuk erat kasih sayang

Hadiah merupakan pelunak hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, menyebabkan orang yang menerima hadiah akan rasa dihargai. Bahkan pemberian hadiah juga boleh menyebabkan perasaan marah seseorang itu boleh terhapus.

“ Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang.” ( Al- Mukjam Al-Awsat 7448 )

Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al- Banna sering menyampaikan kuliah agama terdapat seorang Pak Cik tua yang selalu mengemukakan soalan. Bagaimanapun soalan itu bukan untuk menjernihkan atau ketidakfahamannya terhadap penyampaian Imam Hasan Al-Banna.

Tetapi sebaliknya beliau sering mengemukakan soalan-soalan yang ‘pekena’ tetapi mahu menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai tokoh gerakan Islam di Mesir ketika itu.

Bagaimanapun, tindakan orang tua tersebut tidak pernah mematikan semangat Imam Hasan Al-Banna. Selain daripada menjawab sebaik mungkin segala persoalan yang ditimbulkan, Imam Hasan Al-Banna juga berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu.

Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah. Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut. Tindakan tersebut menyebabkan orang tua tersebut mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna. Keep Reading →