Erti Kejayaan Sebenar ( Hakikat Kejayaan )

mendaki tangga kejayaan

Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini mempunyai tanggapan yang salah tentang kejayaan. Akibatnya, ramai dalam kalangan masyarakat moden hari ini, hanya mengaitkan kejayaan hakiki serta kekayaan hidup dengan kekayaan harta benda atau kebendaan semata-mata. Ramai berpendapat bahawa kononnya seseorang itu bahagia, tenang serta cemerlang hidupnya apabila beliau mempunyai kereta besar, rumah besar, isteri besar cantik.

Oleh itu, kekayaan material atau kebendaan sebenarnya bukanlah sandaran utama kekayaan dan kejayaan sejati yang boleh membawa kebahagian, ketenangan jiwa serta kenikmatan yang diidam-idamkan selama ini. Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan hati bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

Kekayaan tidak diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kaya itu ialah kaya jiwa. – Hadis Muslim.

Dalam erti kata lain, kaya jiwa ialah satu nikmat yang Tuhan berikan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa di mana hati mereka akan selalu berasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia semata-mata. Sebenarnya, golongan yang kaya hati selalunya Tuhan akan menambahkan rezeki disebabkan rasa kesyukuran mereka. Kebiasaannya golongan ini, lebih seimbang dalam kehidupan mereka  iaitu material, fizikal, mental dan rohani. Keep Reading →