10 Kata – Kata Motivasi Diri oleh Hisyam Den Siri 2

Hisyam Den fb

1. Untuk berjaya dalam lapangan kehidupan, kelilingi diri anda dengan orang yang positif dan lebih berjaya daripada anda kerana ia akan mempengaruhi 80 peratus kejayaan dalam hidup anda. – Hisyam Den

2. Haters tidak membenci kita, mereka membenci diri mereka sendiri kerana kita mencerminkan apa yang mereka mahu. – Hisyam Den

3. Kita boleh membaca beratus buah buku dan menyertai berpuluh seminar setiap tahun tetapi jika ilmu itu tidak diamalkan tidak guna juga kan. – Hisyam Den

4. Niatkan dalam hati, ilmu yang kita belajar perlu dikongsikan dengan orang lain. Barulah ilmu itu akan berkembang dan kita akan menjadi ‘ pintu ‘ kepada gudang ilmu. – Hisyam Den

5. Kita bukan hanya perlu belajar dari kejayaan orang yang sudah berjaya. Tetapi kita juga perlu belajar dari kegagalan orang telah berjaya itu dan diaplikasi dengan pantas dalam industri kita. Supaya kita tidak perlu melakukan dan melalui ‘jalan’ kegagalan itu lagi. – Hisyam Den

6. Ingat segala kebaikan orang terhadap kita dan lupakan segala kebaikan kita kepada orang. Lupakan kejahatan orang terhadap kita dan ingat segala kejahatan kita kepada orang. Inilah ciri – ciri orang HEBAT.

7. Teknik Persoalan & Monolog Diri: Bagaimana aku dapat manfaatkan masa 24 jam sehari setiap hari dengan lebih baik ? Bertanya soalan berkualiti kepada diri akan menyebabkan minda kita bekerja dengan lebih cekap. – Hisyam Den

8. Kehidupan kita adalah merupakan hasil dari fikiran dan sangkaan kita melihat dunia ini. – Hisyam Den

9. Dua cara menjadi kaya: Memiliki harta yang banyak atau tidak memiliki kehendak yang banyak.

10. Kenali personaliti dan potensi Anda. Fokus pada kekuatan anda. Kejayaan dalam lapangan hidup anda akan datang dengan mudah. – Hisyam Den

Sekian Sahaja Untuk Kali ini.