
Salam Sejahtera..
Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca setia blog Mohd Hisyam.Com iaitu tentang kata-kata motivasi diri. Kata-kata motivasi dapat memberi kita semangat dan peransang kepada kita dalam menjalani kehidupan sehari. Semoga kata-kata motivasi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
- Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
- Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
- Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
- Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
- Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.
- Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman Keep Reading →