Tiga Langkah Bina Kekuatan Diri

Mendalami Ilmu Agama.

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, banyak perkara sukar dan rumit akan mudah ditangani dengan mengamalkan agama Islam. Tidak kira dalam apa perkara sekalipun, sama ada masalah dalam keluarga, organisasi, kemasyarakatan dan sebagainya.

Pengurusan Kewangan.

Dalam konteks zaman ini, hidup memang berpaksikan pada duit, walaupun ada orang mengatakan bahawa duit bukan segala-galanya tetapi duit merupakan ‘alat’ yang amat penting dan adalah ‘alat’ keperluan masa kini. Sama ada mahu tak mahu kita kena perkukuhkan kewangan kita, agar selesa hidup, mudah hidup. Dalam Islam kita tak disuruh hidup miskin kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Matlamat Hidup Jelas.

Sememangnya, matlamat untuk akhirat adalah yang utama tetapi jangan tinggalkan nikmat hidup di dunia. Bukan menjadi kesalahan untuk anda berimaginasi menjadi seorang jutawan asalkan “jalan” untuk sampai ke tahap tersebut tidak bertentangan mengikut hukum syariat.