“Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan di Internet di seluruh dunia…oleh sebab itulah saya berjaya!” – Irfan Khairi
Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Setiap satunya mempunyai potensi untuk menjana wang besar bagi seseorang usahawan internet. Salah satu model bisnes yang semakin popular adalah dengan menawarkan personal coaching untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Kelebihan Personal Coaching
Pertama, personal coaching membolehkan perkongsian ilmu secara fokus kepada individu atau sekumpulan kecil individu. Ini sudah tentu antara daya penarik untuk mendapatkan pelanggan kerana coaching tersebut akan fokus kepada situasi atau masalah mereka, dan bukannya diskusi umum.
Kedua, masa, tempat dan peraturan personal coaching adalah fleksibel kerana ia melibatkan seorang trainer dan kumpulan kecil individu. Sebagai seorang trainer, anda akan dilihat sebagai seorang yang prihatin kerana mempertimbangkan permintaan pelanggan pada masa dan tempat yang mereka inginkan.
Dan ketiga, anda boleh menetapkan sendiri harga untuk sesuatu sesi atau siri personal coaching berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda. Dengan melakukan promosi yang efektif, anda berpotensi menjadi seorang trainer yang disegani dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan anda.
Baiklah, jadi bagaimana memulakan personal coaching bagi seseorang usahawan internet?
1. Pilih Kepakaran yang Tertentu – Demand, Client Pays
Pertama sekali, sudah tentu anda perlu memilih bidang kepakaran yang anda ingin fokus mengajar. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menulis di atas sekeping kertas ataupun buku nota, apakah kemahiran atau kepakaran diri yang mampu anda ajarkan orang lain. Sebagai contoh, anda telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Anda boleh tawarkan personal coaching untuk penurunan berat badan secara sihat. Ataupun sekiranya anda pernah pokai pada satu masa dahulu, kemudian anda terjumpa satu lubuk wang yang menjana sejumlah wang yang lumayan dalam tempoh yang singkat. Anda pernah mencubanya dan ia terbukti berkesan. Dalam situasi ini, anda boleh tawarkan personal coaching untuk kaedah efektif penurunan berat badan cara selamat. Keep Reading →
