Ramai yang menyangka networking adalah sekadar bercampur di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama untuk saling bertukar idea. Namun sebenarnya, konsep networking ini adalah lebih luas. Sebagai seorang usahawan internet, anda haruslah bijak untuk mengambil peluang membina jaringan networking sebagai usaha menggandakan lagi pendapatan.
Bagaimana Melakukan Networking ?
1. Mendapatkan produk yang dijual oleh pakar – ini adalah langkah paling mudah namun amat penting terutamanya sekiranya anda baru memulakan perniagaan internet. Dengan mendapatkan produk yang dijual oleh seseorang pakar, anda sebenarnya mula mendapat perhatian daripada pakar tersebut. Mungkin anda mempunyai persoalan tambahan, atau komentar membina untuk memulakan diskusi dengan pakar.
2. Kuasa media sosial untuk networking – terdapat pelbagai platform media sosial di luar sana, seperti Facebook, Google+, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi yang kebanyakannya percuma untuk anda sertai. Anda boleh menambah rakan mengikuti rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, dan berdiskusi dari semasa ke semasa bagi tujuan networking.
3. Menghadiri bengkel, seminar atau program – selain itu, anda juga perlu peka untuk mengikuti perkembangan sebarang bengkel, seminar atau program yang dianjurkan di sekitar kawasan anda. Lazimnya, program-program sebegini berupayamenarik minat ramai peserta yang kemungkinan besar mempunyai minat yang sama seperti anda.
4. Menyertai kumpulan yang mempunyai minat yang sama – akhir sekali, anda boleh menyertai mana-mana kumpulan masyarakat di kawasan kejiranan anda yang mempromosi minat yang sama. Sudah tentu anda boleh sentiasa berinteraksi sesama ahli yang lain dalam usaha untuk terus mengembangkan perniagaan internet anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat kepercayaan dan penjenamaan yang baik di kalangan ahli kumpulan yang lain. Keep Reading →
