
Lagi ramai anda membantu orang untuk berjaya, lagi besar kejayaan yang anda akan terima.
Tidak kira anda bekerja sebagai apa atau di mana sahaja, bantu orang lain untuk berjaya, anda juga akan mendapat pulangannya !
Sekiranya anda membantu orang lain untuk berjaya, orang lain pun akan membantu anda untuk berjaya.
Fikirkan begini:
Sekiranya anda seorang bos di sesebuah syarikat, lagi ramai pekerja anda yang berjaya dan cemerlang, lagi besar pulangan syarikat anda..
Sekiranya anda bekerja makan gaji dan anda membantu bos anda berjaya, lebih besar peluang anda untuk naik pangkat dan berjaya dalam kerjaya anda..
Sekiranya anda seorang trainer dan guru, lagi ramai student yang berjaya, maka lebih terbuka pintu rezeki anda.. mungkin anda boleh memulakan kelas tuisyen.
Sampai tak mesej yang saya maksudkan ?
Orang Kelantan cakap: What you Give You Get Back. Huhu
Kita bantu orang lain, orang lain pun bantu kita.
Win – win situation kan ?