{"id":507,"date":"2011-08-05T23:30:49","date_gmt":"2011-08-05T16:00:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.klinikmotivasi.com\/blog\/?p=507"},"modified":"2011-08-05T23:30:49","modified_gmt":"2011-08-05T16:00:49","slug":"kajian-saintifik-tentang-ketawa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/kajian-saintifik-tentang-ketawa\/","title":{"rendered":"Kajian Saintifik Tentang Ketawa"},"content":{"rendered":"<blockquote><p>Sigmund Freud, bapa psikologi Barat pula menulis dalam bukunya Wit and Relation to Subconscious Mind, humor dan ketawa sebenarnya membantu\u00a0 kita melawan ketakutan, marah dan emosi-emosi lain yang mengganggu hati serta minda, yang menjadi penyebab kepada kecelaruan psikosomatik.<\/p><\/blockquote>\n<p>Menurut pakar psikiatri, Dr William Fry dalam bukunya yang berjudul<em> Humour and Ageing<\/em>, ketawa ibarat senaman. Apabila ketawa, otot-otot diaktifkan. Bila berhenti ketawa otot-otot ini berehat. Fry telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk menjalankan kajian mengenai kesan ketawa kepada kesihatan tubuh.<\/p>\n<blockquote><p>Kesan positif yang diperoleh oleh jantung daripada ketawa selama 20 saat adalah sama seperti berdayung selama tiga minit. Inilah senaman aerobik yang terbaik untuk melegakan tubuh dan mengekalkan kesihatan diri.<\/p><\/blockquote>\n<p>Hasil kajian juga menunjukkan ketawa dapat meransangkan keaktifan jantung, membekalkan udara kepada paru-paru dan memberi tenaga kepada otak. Lebih daripada itu, ketawa mendorong dan menggalakkan kita supaya mempunyai pandangan hidup yang positif.<\/p>\n<p>Di samping itu, ketawa juga dapat meredakan ketegangan otot. Ketegangan otot boleh menyebabkan kesakitan seperti atritis, radang sendi dan sakit kepala. Justeru, ketawa akan dapat melegakan segala ketegangan itu, dan ia sering digunakan oleh sebilangan doctor sebagai terapi untuk mengurangkan kesakitan mereka yang menghadapi penyakit tersebut.<\/p>\n<p>Selain itu, kajian saintifik turut menjelaskan bahawa ketawa juga dapat menyegar dan meransang jantung serta sistem saraf. Ketawa memberi kesan kepada seluruh organ dalam badan. Ini kerana apabila ketawa tubuh akan mengeluarkan hormon-hormon yang meransang dan menguatkan jantung.<\/p>\n<p>Sementara itu, Dr Andrew Weil dalam kajian sebagaimana yang dilaporkan oleh <em>British Journal Of General Practitioners<\/em> menukilkan bahawa dengan ketawa, tekanan perasaan akan menurun, kalori dibakar dan sistem tubuh \u2018dimudahkan\u2019 semula.<\/p>\n<p>Dr Robert Provine, seorang lagi pakar perubatan yang membuat kajian tentang ketawa pula menjelaskan, ketawa akan meningkatkan denyutan nadi dan mempercepatkan pernafasan. Aktiviti mudah ini tanpa kita sedari telah meningkatkan jumlah bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam badan. Tahukah anda, dengan ketawa kita menyedut lebih banyak oksigen yang seterusnya berkitar lebih bebas dalam darah yang mengalir ke seluruh tubuh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-507","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-santai"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/507","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=507"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/507\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=507"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=507"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=507"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}