{"id":623,"date":"2011-10-12T00:23:09","date_gmt":"2011-10-11T16:23:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.mohdhisyam.com\/blog\/?p=623"},"modified":"2011-10-12T00:23:09","modified_gmt":"2011-10-11T16:23:09","slug":"animasi-boboiboy-ke-luar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/animasi-boboiboy-ke-luar-negara\/","title":{"rendered":"Animasi BoBoiBoy ke Luar Negara"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-690\" title=\"Kartun\" src=\"http:\/\/www.mohdhisyam.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/hi_08.1.jpg\" alt=\"Kartun\" width=\"300\" height=\"337\" \/><\/p>\n<p>GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.<\/p>\n<p>Kehalusan pergerakan karakter, pencahayaan terperinci dan garapan cerita yang baik menghidupkan lagi watak-watak dalam siri animasi 3D itu sehingga kelihatan bak dalam dunia nyata.<\/p>\n<p>Ia sekali gus menjadikan siri animasi BoBoiBoy setanding hasil karya antarabangsa selain antara pilihan siri animasi kanak-kanak pada hari ini.<\/p>\n<p>Bukan sahaja kanak-kanak kecil teruja menonton kelibat kanak-kanak mempunyai kuasa super itu malah, golongan dewasa juga tidak terkecuali dalam menonton siri animasi hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd.<!--more--><\/p>\n<p>TUNJANG belakang Animonsta Studios (dari kiri) Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd. Nizam, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Kee Yong Pin.<\/p>\n<p>Di sebalik hasil karya yang mempunyai durasi selama 11 minit itu, penonton mungkin tidak mengetahui bahawa pembikinan sebuah episod BoBoiboy mengambil masa kira-kira satu bulan untuk disiapkan sepenuhnya.<\/p>\n<p>Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn. Bhd., Mohd. Nizam Abd. Razak berkata, terdapat tiga peringkat utama yang perlu dilalui terlebih dahulu dalam penghasilan siri animasi BoBoiBoy.<\/p>\n<p>\u201cPada peringkat awal, proses praproduksi perlu dilakukan terlebih dahulu. Kita akan bersama-sama membincangkan mengenai idea, plot cerita, skrip yang sesuai digunakan, penyediaan audio dan kemasukan suara latar.<\/p>\n<p>\u201cApabila sudah melalui proses praproduksi ini, kita akan meneruskan pula proses produksi yang melibatkan proses lebih rumit seperti modeling watak-watak, pergerakan animasi, rendering, proses audio, pencahayaan dan banyak lagi,\u201d ujar anak muda berusia 28 tahun itu.<\/p>\n<p>Selepas proses produksi, graduan Universiti Multimedia (MMU) itu menjelaskan, mereka akan melakukan post produksi dalam mengemaskini garapan plot cerita untuk memastikan produk akhir menepati kriteria ditetapkan.<\/p>\n<p>DARI KIRI: BoBoiBoy, Gopal, Ying dan Yaya menambat hati penggemar animasi tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam proses akhir itu termasuklah penyuntingan, memasuk pelbagai efek, pengubahan dan lain-lain lagi.<\/p>\n<p>Mohd. Nizam menubuhkan Animonsta Studios bersama tiga rakan universitinya yang hanya mempunyai tujuh tenaga kerja pada tahun 2009. Kini, Animonsta Studios boleh berbangga kerana menjadi platform mengetengahkan bakat tempatan dan luar negara apabila berkembang sehingga kini mempunyai 30 tenaga kerja.<\/p>\n<p>\u201cKita telah menggunakan beberapa perisian termasuk Adobe Photoshop, After Effects, Premiere, Autodesk Maya 3D dan Apple Logic Pro untuk melancarkan proses pembikinan siri animasi 3D BoBoiBoy ini.<\/p>\n<p>\u201cPerbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) banyak memberi sokongan termasuk memberi akses kemudahan yang ada di bangunan Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif (MAC3), Cyberjaya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Mohd. Nizam memberitahu, pemilihan watak adiwira cilik adalah kerana genre tersebut mudah diterima penonton tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKita ingin membikin ikon kanak-kanak yang dapat menghibur sambil menyampaikan nasihat kepada penonton terutama kanak-kanak melalui animasi. Ia terbukti apabila siri animasi 3D BoBoiBoy ini mendapat sambutan di negara ini. Bahkan, melalui rangkaian Disney ia berjaya menambat hati penonton animasi luar negara seperti di Filipina dan Singapura,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cabaran juruanimasi<\/p>\n<p>ANIMONSTA Studios mempunyai 30 tenaga kerja untuk membikin BoBoiBoy.<\/p>\n<p>Sementara itu, Juruanimasi Kanan Animonsta Studios, Ahmad Noriman Ahmad Saffian memberitahu, sebagai juruanimasi dia perlu mempunyai kemahiran berlakon.<\/p>\n<p>\u201cLazimnya, kami akan melakonkan babak-babak antara satu sama lain untuk memastikan pergerakan animasi berjalan dengan lancar dan cantik.<\/p>\n<p>\u201cDengan cara ini, kita dapat melihat mimik muka, pergerakan tangan dan kaki dengan lebih mudah untuk mendapat mood apabila ingin diterjemahkan kepada animasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pemuda berusia 23 tahun itu menambah, kadangkala dia juga berdepan kesukaran mencari idea yang sesuai untuk sesuatu babak animasi tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, dia tidak mahu babak dihasilkan menyamai babak sebelum ini untuk memastikan kelainan dapat ditonjolkan kepada penonton.<\/p>\n<p>\u201cJuruanimasi bukan sahaja perlu kreatif tetapi, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam pembikinan BoBoiBoy.<\/p>\n<p>\u201cKita juga sentiasa mengadakan perbincangan untuk memastikan hasil karya menepati cita rasa penonton hari ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>PROSES rakaman suara perlu dilakukan dengan teliti.<\/p>\n<p>Rashdan Fahirurazi, 23, yang sentiasa membuat rujukan filem atau siri animasi antarabangsa pula berkata, dia merasakan terdapat babak sukar dan mudah dilakukan dalam pembikinan BoBoiBoy.<\/p>\n<p>\u201cIa bergantung kepada skrip yang diperoleh pada babak berkenaan. Kalau ada babak lawan ia lebih rumit dan memerlukan daya imaginasi para juruanimasi.<\/p>\n<p>\u201cTidak dinafikan, terdapat juga babak-babak yang telah siap kemudian ditolak kerana tidak menepati kriteria dialog yang diberikan kepada kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ia bukan penghalang bagi mereka untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti produk akhir.<\/p>\n<p>Katanya, apabila penonton dapat merasai apa yang cuba disampaikan ia memberi kepuasan kepada diri terutamanya membabitkan babak jenaka.<\/p>\n<p>Perancangan masa depan<\/p>\n<p>Mohd. Nizam menambah, dia sedang dalam perancangan untuk memasarkan siri animasi 3D BoBoiBoy di Indonesia pada bulan Januari tahun hadapan.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa stesen televisyen luar negara turut menunjukkan maklum balas positif dan berharap BoBoiBoy dapat melonjak nama Malaysia di pentas antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dia yang menggemari animasi turut mempunyai perancangan untuk membuat filem dan barang niaga BoBoiBoy seperti kandungan mudah alih, baju T, minuman, kek serta banyak lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[13,150],"class_list":["post-623","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-santai","tag-animasi","tag-kartun"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/623","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=623"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/623\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=623"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=623"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=623"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}