{"id":892,"date":"2012-02-11T08:44:29","date_gmt":"2012-02-11T00:44:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.mohdhisyam.com\/blog\/?p=892"},"modified":"2012-02-11T08:44:29","modified_gmt":"2012-02-11T00:44:29","slug":"dana-rm3-bilion-perkasa-pks","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/dana-rm3-bilion-perkasa-pks\/","title":{"rendered":"Dana RM3 bilion perkasa PKS"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-thumbnail wp-image-893\" title=\"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)\" src=\"http:\/\/www.mohdhisyam.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/Jawatan-Kosong-Kementerian-Perdagangan-Antarabangsa-dan-Industri-Malaysia-MITI-150x150.jpg\" alt=\"\" width=\"150\" height=\"150\" \/><\/p>\n<p>KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyediakan dana RM3 bilion tahun ini bagi memperkasakan program keusahawanan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.<\/p>\n<p>Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dana yang disalurkan menerusi SME Bank dan diselia SME Corp itu bakal memberi manfaat faedah kepada lebih 3,000 usahawan PKS mengembangkan perniagaan mereka.<\/p>\n<p>\u201cJumlah itu peningkatan sekali ganda berbanding dana RM1.5 bilion yang disalurkan sepanjang tahun lalu kepada lebih 1,200 usahawan.<\/p>\n<p>\u201cPada tahun sebelumnya (2010), kita membelanjakan RM800 juta bagi tujuan sama,\u201d katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Bersama PKS di Langkawi, semalam.<\/p>\n<p>Mustapa menegaskan, MITI turut merangka pendekatan baru bagi sektor perdagangan dan industri bagi mengelak Malaysia menerima kesan buruk daripada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.<\/p>\n<p>Katanya, kementerian itu mengadakan beberapa mesyuarat bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negara, terutama PKS.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah berbincang dengan teliti. Kita harap kerajaan dapat pertimbangkan beberapa cadangan kita, termasuk mempermudahkan akses untuk mendapatkan pembiayaan bagi industri.<br \/>\n\u201cWalaupun banyak tabung (pembiayaan perniagaan), ada kelompok tertentu PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan. Kita akan cuba bantu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Kita perlu pendekatan baru untuk menggalakkan pelaburan domestik,\u201d katanya.<!--more--><\/p>\n<p>Katanya, kerajaan dan MITI turut memikirkan pasaran baru bagi produk negara berikutan masalah ekonomi di banyak negara pasaran ketika ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, kementeriannya memberikan tumpuan terhadap PKS memandangkan PKS membabitkan 99.2 peratus daripada jumlah perniagaan dalam negara selain ia menyumbang kira-kira 90 peratus kepada eksport negara.<br \/>\n\u201cKalau berjaya bantu PKS, kita boleh capai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sumber : Berita Harian Online<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[234,310],"class_list":["post-892","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-santai","tag-miti","tag-pks"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/892","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=892"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/892\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=892"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=892"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hisyamden.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=892"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}