Kuasa Networking Dalam Perniagaan Internet

kuasa networking dalam perniagaan internet

Ramai yang menyangka networking adalah sekadar bercampur di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama untuk saling bertukar idea. Namun sebenarnya, konsep networking ini adalah lebih luas. Sebagai seorang usahawan internet, anda haruslah bijak untuk mengambil peluang membina jaringan networking sebagai usaha menggandakan lagi pendapatan.

Bagaimana Melakukan Networking ?

1. Mendapatkan produk yang dijual oleh pakar – ini adalah langkah paling mudah namun amat penting terutamanya sekiranya anda baru memulakan perniagaan internet. Dengan mendapatkan produk yang dijual oleh seseorang pakar, anda sebenarnya mula mendapat perhatian daripada pakar tersebut. Mungkin anda mempunyai persoalan tambahan, atau komentar membina untuk memulakan diskusi dengan pakar.

2. Kuasa media sosial untuk networking – terdapat pelbagai platform media sosial di luar sana, seperti Facebook, Google+, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi yang kebanyakannya percuma untuk anda sertai. Anda boleh menambah rakan mengikuti rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, dan berdiskusi dari semasa ke semasa bagi tujuan networking.

3. Menghadiri bengkel, seminar atau program – selain itu, anda juga perlu peka untuk mengikuti perkembangan sebarang bengkel, seminar atau program yang dianjurkan di sekitar kawasan anda. Lazimnya, program-program sebegini berupayamenarik minat ramai peserta yang kemungkinan besar mempunyai minat yang sama seperti anda.

4. Menyertai kumpulan yang mempunyai minat yang sama – akhir sekali, anda boleh menyertai mana-mana kumpulan masyarakat di kawasan kejiranan anda yang mempromosi minat yang sama. Sudah tentu anda boleh sentiasa berinteraksi sesama ahli yang lain dalam usaha untuk terus mengembangkan perniagaan internet anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat kepercayaan dan penjenamaan yang baik di kalangan ahli kumpulan yang lain.

Berikut Disenaraikan Beberapa Strategi Buat Duit Melalui Kaedah Networking.

kuasa internet

1. Mempromosi Produk atau Perkhidmatan

Strategi paling utama yang anda boleh lakukan melalui kaedah networking ialah untuk mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan kepada rakan-rakan anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh mempromosi produk atau perkhidmatan anda sendiri, atau sebagai affiliate untuk produk atau perkhidmatan orang lain.

Namun awas, anda cuma boleh melakukan promosi yang berkait rapat dengan kelompok networking itu sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kumpulan tersebut adalah mengenai aktiviti memasak, amatlah tidak sesuai sekiranya anda mempromosikan produk takaful kepada mereka. Anda mungkin dianggap sebagai menyalah gunakan kelebihan networking yang anda ada.

2. Meminta Orang Lain Mempromosi Produk Kita

Sesudah berada di dalam kelompok yang mempunyai minat yang sama, anda boleh berkongsi idea dan pengalaman dengan orang lain. Kemungkinan besar and akan bertemu dengan peluang untuk melantik ejen affiliate untuk membantu mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

3. Membina Jaringan Subscriber

Mungkin juga belum tiba masanya untuk rakan-rakan tersebut menjadi pembeli anda atau menjadi ejen affiliate untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Namun sudah tentu networking juga bertujuan untuk membina jaringan subscriber anda. Lagi besar jaringan subscriber, lebih tinggi potensi untuk anda menghasilkan jualan daripada senarai subscriber ini kelak. Jadi anda boleh fokus untuk membina jaringan ini terlebih dahulu sebelum memulakan langkah untuk menjual.

4. Membina Jaringan Rakan Usaha Niaga

Selain itu, networking juga membolehkan anda membina jaringan rakan usaha niaga bagi mengembangkan perniagaan internet masing-masing. Ini adalah kerana sesuatu networking akan mengumpulkan individu-individu berkaitan yang mempunyai minat yang sama. Oleh itu, di sana terdapat potensi untuk anda membina jaringan sesame rakan-rakan anda untuk JV bagi sesebuah projek perniagaan.

5. Membina Jaringan ‘outsource’

Dengan melakukan networking juga, anda meluaskan jaringan untuk meng’outsource’ tugasan kecil atau mudah kepada orang lain. Sebagai contoh, anda mungkin fokus untuk perniagaan penulisan ebook. Melalui usaha networking, anda berjumpa dengan individu lain yang menyediakan perkhidmatan grafik dan ecover untuk sesebuah ebook. Oleh itu, anda boleh membuat ‘outsource’ kerja penyediaan ecover untuk ebook anda kepada rakan networking itu tadi.

6. Membina Pemasaran Viral

Akhir sekali, anda boleh menggunakan jaringan networking untuk membina pemasaran viral menggunakan kaedah online (seperti e-mel, Facebook, Twitter dan sebagainya) atau kaedah offline (seperti brosur, flyers dan pemberian kad bisnes). Sedikit sebanyak, anda boleh meningkatkan pemasaran untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Itulah dia, sedikit perkongsian mengenai strategi buat duit menggunakan kaedah networking. Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *