Apa Emotional Drive Anda ?

2 Emotional Drive dominan saya adalah:

1. Peningkatan ( Growth )

Saya jenis sentiasa mahukan peningkatan dalam kehidupan.Orang cerdik pandai kata hari ini lebih baik dari semalam. Bukan hanya dalam kerjaya sahaja malahan dalam kehidupan itu sendiri. Sebab tu, saya suka membaca buku dan majalah, masuk seminar dan sewaktu dengannya.

Sebab saya percaya satu prinsip ni ‘ ilmu pengetahuan adalah potensi kepada kuasa.’ Bila ia dipraktikkan dalam kehidupan ia akan ‘berfungsi’ dan akan membantu untuk mencapai peningkatan dalam kehidupan saya.

2. Sumbangan ( Contribution )

Bila berlaku peningkatan dalam hidup kita, satu tahap kita ingin menyumbang balik kepada masyarakat dengan apa yang kita ada. Saya membangunkan KlinikMotivasi.com bukan bertujuan untuk buat duit walaupun pasaran dalam bidang pembangunan diri ada.

Saya buat lebih kepada rasa puas hati kepada diri sendiri sahaja dan saya ada degree dalam bidang Social Sciences iaitu berkaitan kajian berkenaan masyarakat. Walaubagaimanapun saya tahu selesaikan masalah orang ramai itu bagus dan selesaikan masalah orang ramai yang sanggup untuk bayar itu lagi bagus.. 🙂

Teruskan Belajar

seminar hisyam den
Seseorang yang berhenti belajar kerana sudah tamat pengajian akan selamanya berada di takuk lama, walaupun dalam bidang popular yang mereka ceburi.

Cara untuk berjaya adalah tidak jemu dalam mencari ilmu. Sebab tu saya berkongsi ilmu di internet.

Untuk berkongsi ilmu, saya perlu sentiasa belajar benda baharu: dengan bergaul dengan kawan – kawan dalam pelbagai industri dengan menyertai seminat dan bengkel disamping memperuntukan wang untuk membeli buku dan majalah setiap bulan. Keep Reading →

Pesanan Penting Jack Ma pengasas Alibaba kepada bakal usahawan

Jack Ma
Orang paling teruk nak dilayan ialah, orang miskin minda.
Apabila bagi free, mereka akan berkata, itu perangkap.

Apabila diberitahu, ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangan sikit sangat.
Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit.

Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.
Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.

Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.
Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.

Mereka ini, mempunyai beberapa persamaan:

Mereka suka bertanya di Google
Suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga

Berfikir lebih banyak daripada seorang professor
Tetapi sedikit buat kerja, lebih sedikit daripada orang buta.

Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?” Mereka tiada jawapan.
Kesimpulan yang saya boleh buat, “daripada jantung anda berdegup kencang, apa kata, buat je kerja laju – laju.

Daripada berfikir tak habis – habis, lebih baik buat sesuatu”
Orang miskin ini, ada satu persamaan. Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.

Tolong beritahu anak – anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan –lahan lenyap.
Bila kalkulator dicipta, abacus juga menghilang.
Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.
Bila smartphone guna 4G ( akses internet tanpa talian ) diperkenalkan kepada dunia, kita tidak perlu lagi memasang computer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp ( mesej teks/suara/video bergerak ) dibangunkan, mesej teks tradisional ( SMS ) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Jack Ma, Alibaba.

10 Kata – Kata Motivasi Diri Siri 4

motivasi diri

1. Dengan mempunyai harta iaitu wang yang melebihi keperluan ia akan dapat mengubah 360 darjah hidup seseorang individu. – Hisyam Den

2. Hikmah kebijaksanaan itu adalah mutiara milik orang Islam yang hilang dan apabila ditemui ambillah ia. Walaupun Barat telah menjenamakan dan mempatenkan itu adalah ilmu mereka. Terutamanya tentang ilmu bisnes lah..

3. Sebenarnya, cara paling mudah untuk berjaya dalam bisnes ialah meniru atau mempelajari cara orang lain berbisnes. Terutama yang telah terbukti berjaya, mempunyai pasaran dan menguntungkan.

4. Kejayaan bukan satu kebetulan, ia adalah hasil dari proses perancangan.
Apabila kita tidak mempunyai rancangan, kita mudah ‘terjatuh’ dalam rancangan orang lain..

5. Dalam kehidupan ini, Kadang- kala kita asyik sangat tengok pelangi yang indah di atas kepala orang lain sahaja. Nampak macam bahagia jer..lagi – lagi artis.. popular, kaya, kereta besar, rumah besar, ramai peminat..Sampai kita terlupa yang pelangi yang sama juga ada di atas kepala kita. Tapi kita tak nampak pun..

6.Sesungguhnya seorang hamba terhalang dari rezeki dengan sebab dosa yang dia kerjakan.
– Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

7. Jangan berusaha jadi orang yang terkenal, berusahalah jadi orang yang bernilai kepada orang lain.

8. Dunia tidak peduli, apa yang kita tahu. Ganjaran hanya diberi kepada APA yang kita lakukan.

9. Ukur baju dibadan sendiri, bukan ukur baju dibadan tukang jahit..

10. “Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.”
(Hadis riwayat Muslim).

Ok. Sekian sahaja untuk kali ini.

Adakah kita upah orang lain melakukan senaman untuk kita ?

jogging
Salam Sejahtera..

Ahli falsafah psikologi dan motivasi, Jim Rohn pernah berkata, ” Kita tidak dapat mengupah orang lain melakukan senaman untuk kita.” Kita perlu melakukannya sendiri sekiranya kita mahukan hasilnya.

Sama ada berlatih, meregangkan badan, membaca, belajar bahasa, membina pasukan, menetapkan matlamat, membayangkan kejayaan, mengulang – ulang kata – kata iktar kejayaan, ataupun melatih kemahiran baru, kita sendiri yang perlu melakukannya.

Tiada siapa pun yang dapat melakukannya untuk kita. Saya dapat beri kamu peta, tetapi kamu yang perlu memandu sendiri ke sana. Saya mengajar kamu prinsip, tetapi kamu yang perlu mengaplikasikannya.

Apabila kamu memilih untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh dan konsisten, Insya-Allah jamin ganjarannya pasti bernilai dan berbaloi.

Wa’salam..

Hisyam Den,
Putrajaya

Semua Orang Bermula dari Bawah..

hisyam den
Bila saya membaca buku – buku ilmiah dan selalu menyertai seminar semenjak beberapa tahun ini untuk mencari jawapan kepada bagaimana cara untuk menambah ‘nilai’ diri dalam kerjaya dan kehidupan.

Saya mendapati ‘formula’ ini berlaku kepada kebanyakan orang yang telah berjaya dalam industri mereka hari ini. Berikut adalah 3 ‘formula’ tersebut:

1. Setiap orang yang berada di hadapan, dahulunya pernah berada di belakang. ( pengalaman dalam perniagaan internet sejak tahun 2008 dulu. Sekarang ini ramai kawan – kawan seangkatan yang sudah menjadi otai )

2. Setiap orang yang berada di tangga teratas dalam kejayaan, dahulunya pernah berada di tangga terbawah, lalu Melangkah Satu Per Satu Di Setiap Anak Tangga Kejayaan dan mereka sebenar nya bermula dari bawah.

3. Setiap orang yang berjaya dalam bidang yang kita ceburi, dahulunya tidak pernah menceburi bidang tersebut. ( pengalaman dalam industri takaful )

Tidak kira asal – usul kita, tidak kira samada apa tahap pendidikan kita, tidak kira keturunan kita keturunan bisnes atau tidak, apa yang lebih penting adalah ke MANA HALA TUJU KITA YANG KITA INGIN PERGI.

Jadi usah malu dan segan jika kita mahu belum berjaya. Terus berusaha gigih untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua industri yang kita ceburi. Sekian sahaja untuk kali ini daripada saya Hisyam. 🙂

7 Bentuk Kuasa Leveraj Untuk Usahawan Berjaya

Leverage Business
1. Pengetahuan Orang Lain

Satu pengetahuan kunci yang digunakan dalam situasi kita dapat memberi perbezaan luar biasa kepada hasilnya. Ia dapat menjimatkan usaha keras berminggu – minggu ataupun berbulan – bulan. Oleh sebab itu, golongan orang berjaya bertindak seperti layar radar, yakni sentiasa memantau lingkungan hidup mereka, mencari dalam buku –buku, majalah, pita, artikel, persidangan bagi mendapatkan idea – idea dan wawasan yang dapat mereka gunakan bagi membantu mereka mencapai matlamat dengan lebih cepat.

2. Tenaga Orang Lain

Golongan orang yang sangat efektif sentiasa mencari jalan supaya tugas melakukan aktiviti bernilai rendah dapat diserahkan kepada sumber luar dan mereka mempunyai lebih masa bagi melakukan perkara – perkara yang memberikan mereka ganjaran tertinggi. Bagaimanakah dapat kita gunakan tenaga orang lain bagi membantu kita menjadi lebih efektif dan produktif?

3. Wang Orang Lain

Bentuk leverij yang ketiga adalah wang orang lain. Keupayaan kita meminjam dan mempergunakan sumber kewangan orang lain membolehkan kita melaksanakan perkara – perkara luar biasa yang mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya kita terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. Kita patut sentiasa mencari peluang meminjam dan melaburkan wang dan memperoleh pulangan jauh melebihi jumlah kos meminjam wang itu. Keep Reading →

10 Mentaliti Salah Dalam Berniaga

Businesses-Home-Business
Salam Sejahtera..

Mentaliti atau cara berfikir yang salah dalam memulakan perniagaan terutama yang masyarakat kita di Malaysia.

1. Nak buat bisnes mesti ada kedai.
2. Wajib ada modal yang besar.
3. Tiada ilmu dalam bidang yang ingin diceburi.
4. Boleh survive seorang diri.
5. Mulakan bisnes dengan berhutang.
6. Buat sekali terus jadi.
7. Tidak memulakan bisnes servis atau perkhidmatan.
8. Margin mesti tinggi.
9. Mahu jual terlalu banyak produk, tidak fokus atau niche.
10. Belum apa – apa sudah mahu beli kereta mahal.

Setakat ni saja ye, nanti saya tulis lagi ye. 🙂

10 Kata – kata Motivasi Diri oleh Hisyam Den Siri 3

Berubah atau Rebah

1. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Suasana persekitaran kita melambangkan apa yang ada di fikiran kita. Andai kata luaran kita berserabut maka begitulah juga di fikiran kita. Berserabut.

2. Motivasi dalam diri kita akan cepat luntur apabila kita terlalu menumpu dan fokus kepada kelemahan-kelemahan kita tanpa berusaha memperbaikinya. Tapi apabila kita menumpu kepada usaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut, maka motivai kita akan semakin meningkat tanpa kita sedar.

3. Jangan berhenti dalam mencari ilmu dunia dan juga akhirat. Sebabnya sesiapa mahu berjaya samaada di dunia dan akhirat kena ada ilmu juga.

4. Sentiasa cabar diri dengan perkara yang bermanfaat kepada masa depan anda. – Hisyam Den

5. Berjaya dan kaya bukan sahaja di dunia malahan akhirat juga. Barulah definisi kaya dan berjaya itu betul menurut Islam. – Hisyam Den

6. Walau berhutang RM 2, bayarlah. Jangan ambil mudah tentang hutang walaupun nilainya kecil. Hutang mungkin menjadi penghalang kita ke syurga. – Hisyam Den

7. Kejayaan menjadi mudah apabila perkara yang anda perlu buat untuk mencapai kejayaan itu, dalam masa yang sama adalah perkara yang anda suka buat.

8. Dalam hidup kita sentiasa ada pilihan. Kita boleh pilih sama ada mahu berjaya atau tidak, sama ada bahagia atau sengsara.

9. Tulis 100 impian anda sekarang. Andai 100 impian anda tidak tercapai, 50 impian tercapai pun dah OK. – Hisyam Den

10. Angan-angan perlukan tindakan untuk dijadikan kenyataan. Mimpi tidak akan bermakna jika tiada keberanian.

Ok.Sekian sahaja untuk kali ini.:)