Aku Mahu Ubah Dunia

Salam Sejahtera..

Artikel ini saya tujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan kepada diri ini dan kawan-kawan universiti kerana pada masa ini, ilmu teori yang dihadam di universiti berada pada tahap yang tinggi, menyebabkan seolah-olah kita mampu mengubah dunia.

“Aku Mahu Ubah Dunia”

Padahal, sebenarnya untuk mengubahkan dunia,bermula dengan diri sendiri dahulu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ini dibuktikan oleh tokoh-tokoh besar dunia, tidak kira tokoh Islam atau tokoh Barat. Apa- apapun baca cerita atau artikel motivasi ini yang saya tak ingat dari mana saya ambil 🙂

Ceritanya lebih kurang macam ni, seorang tua yang mengimbas kembali zaman mudanya, dimana pada masa mudanya dia mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, yang dia mampu mengubah dunia padahal ilmu kosong yakin diri je lebih. ( overconfident ). Macam kawan -kawan saya kat universiti ini lah terutama cakap bab politik, padahal baca bukupun malas dan tugasan copy & paste je 🙂

 

“Semasa aku muda, aku mahu mengubah seluruh dunia.”

Tapi aku sedar, sangat sukar mahu mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku sahaja.

Ketika aku sedari bahawa aku tidak mampu mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah bandar ku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku.

 

Kini aku semakin tua, aku pun tak mampu mengubah keluargaku.

Aku sedari bahawa satu-satunya yang mampu aku ubah adalah DIRIKU SENDIRI.

Tiba-tiba aku tersedar bahawa bila aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan bandarku.

 

Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun mungkin mampu mengubah seluruh dunia ini.”

Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenali diri sendiri.

Disiplin Asas Kejayaan

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik

 

Disiplin adalah asas kepada kejayaan. Hal ini kerana untuk berjaya dalam sesuatu bidang kita perlu mengalami proses ‘belajar’ untuk memahirkan diri dalam bidang tersebut. Contohnya, jika anda ingin menjadi seorang doktor, anda perlu menghabiskan masa lebih kurang lima tahun untuk memahirkan diri dalam bidang perubatan. Oleh itu, anda perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam proses untuk mencapai impian tersebut.

Oleh hal yang demikian, disiplin adalah asas kepada kejayaan. Sehubungan dengan itu, saya ingin menceritakan pengalaman yang akan saya kenang seumur hidup  iaitu menyertai soldiers di alam kampus Universiti.

 

Pokok tidak ada pilihan manakala kita manusia ada pilihan.

Salam Sejahtera..

Masyarakat Jepun ada menanam pokok yang dipanggil bonsai. Ia cantik dan dibentuk dengan sempurna sekalipun ketinggiannya hanya beberapa inci. Di California, kita boleh temui hutan pohon gergasi yang dinamakan Sequoia. Satu daripada pohon gergasi ini diberi nama Jeneral Sherman. Dengan ketinggian 272 kaki menjulang ke langit dan berukuran lilit 79 inci, pohon gergasi yang menakjubkan ini begitu besar sehingga sekiranya ditebang, ia mampu menghasilkan kayu yang mencukupi bagi membina 35 buah rumah lima bilik. Pada satu ketikanya, pohon bonsai dan Jeneral Sherman ini mempunyai saiz yang sama.

Sewaktu masih benih, setiap satunya memiliki berat yang tidak sampai 1/3000 auns. Memang tidak dapat dinafikan, perbezaan saiz pada peringkat matangnya begitu besar. Namun, kisah di sebalik perbezaan saiz itu adalah pengajaran dalam kehidupan. Apabila pohon bonsai itu mula bertunas, orang Jepun mencabutnya dari tanah dan mengikat akar tunjangnya dengan sebahagian daripada akar penyerap lantas membantutkan pertumbuhannya. Hasilnya adalah sebatang pohon mini, cantik, namun saiznya kecil.

Benih daripada Jeneral Sherman terbenam dalam tanah California yang kaya dan disuburi dengan mineral, hujan, dan sinaran matahari. Hasilnya, tumbuhlah sebatang pohon gergasi. Sama ada pohon bonsai mahupun Jeneral Sherman ini, kedua – duanya tidak mempunyai pilihan dalam menentukan nasib masing – masing.

Kita mempunyai pilihan sendiri. Kita mampu menjadi sebesar ataupun sekecil yang diinginkan. Kita boleh memilih bagi menjadi pohon bonsai ataupun Jeneral Sherman. Imej diri, iaitu tanggapan kita pada diri sendiri menentukan nasib diri kita. Pilihannya terletak di tangan sendiri.

Sekian sahaja untuk kali ini 🙂