Aku Mahu Ubah Dunia

Salam Sejahtera..

Artikel ini saya tujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan kepada diri ini dan kawan-kawan universiti kerana pada masa ini, ilmu teori yang dihadam di universiti berada pada tahap yang tinggi, menyebabkan seolah-olah kita mampu mengubah dunia.

“Aku Mahu Ubah Dunia”

Padahal, sebenarnya untuk mengubahkan dunia,bermula dengan diri sendiri dahulu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ini dibuktikan oleh tokoh-tokoh besar dunia, tidak kira tokoh Islam atau tokoh Barat. Apa- apapun baca cerita atau artikel motivasi ini yang saya tak ingat dari mana saya ambil 🙂

Ceritanya lebih kurang macam ni, seorang tua yang mengimbas kembali zaman mudanya, dimana pada masa mudanya dia mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, yang dia mampu mengubah dunia padahal ilmu kosong yakin diri je lebih. ( overconfident ). Macam kawan -kawan saya kat universiti ini lah terutama cakap bab politik, padahal baca bukupun malas dan tugasan copy & paste je 🙂

 

“Semasa aku muda, aku mahu mengubah seluruh dunia.”

Tapi aku sedar, sangat sukar mahu mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku sahaja.

Ketika aku sedari bahawa aku tidak mampu mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah bandar ku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku.

 

Kini aku semakin tua, aku pun tak mampu mengubah keluargaku.

Aku sedari bahawa satu-satunya yang mampu aku ubah adalah DIRIKU SENDIRI.

Tiba-tiba aku tersedar bahawa bila aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan bandarku.

 

Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun mungkin mampu mengubah seluruh dunia ini.”

Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenali diri sendiri.

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *