Memelihara Walet

Sarang burung layang-layang. Komoditi air liurnya mampu menjana pendapatan. Namun masalahnya, untuk mendapatkan sarang tersebut bukanlah perkara mudah.

Hal paling utama yang harus dihadapi adalah cara merumahkan burung layang-layang.

  • Faktor pemilihan lokasi
  • Mendirikan rumah burung layang-layang
  • Memikat burung layang-layang
  • Penetasan telur burung layang-layang dengan mesin penetasan
  • Mengutip sarang burung layang-layang
  • Perniagaan sarang burung layang-layang

Buku Siri Agro Industri Dan Teknologi yang bertajuk Memelihara Walet menjawap persoalan ini dengan detail.

ps: Satu idea perniagaan baru setelah membaca buku Memelihara Walet.

Animasi BoBoiBoy ke Luar Negara

Kartun

GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.

Kehalusan pergerakan karakter, pencahayaan terperinci dan garapan cerita yang baik menghidupkan lagi watak-watak dalam siri animasi 3D itu sehingga kelihatan bak dalam dunia nyata.

Ia sekali gus menjadikan siri animasi BoBoiBoy setanding hasil karya antarabangsa selain antara pilihan siri animasi kanak-kanak pada hari ini.

Bukan sahaja kanak-kanak kecil teruja menonton kelibat kanak-kanak mempunyai kuasa super itu malah, golongan dewasa juga tidak terkecuali dalam menonton siri animasi hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd. Keep Reading →

Syarikat Kodak Jatuh Muflis

WARISANNYA merentasi 13 dekad dan ia bermegah sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang banyak memperkenalkan ciptaan pertama di pasaran, tetapi Eastman Kodak, yang lebih sinonim dengan kamera dan fotografi, berkemungkinan kesuntukan pilihan dan waktu.

Kebimbangan terhadap masa depan syarikat itu memuncak Jumaat lalu, selepas ia melantik sebuah firma guaman terkenal dengan kes bankrap, menyebabkan sahamnya jatuh 54 peratus kepada 78 sen sesaham.

Sungguhpun Kodak berkata ia tidak berniat memfailkan muflis, hakikatnya ialah sahamnya ditutup di bawah AS$1, manakala permodalan pasaran mengecut kepada kurang AS$300 juta mencadangkan bahawa pelabur berani mati pun akan hilang keyakinan.

Gambar mula pudar pada September 2003. Jualan filem dijangka terkubur dan Kodak mengurangkan dividen sebanyak 70 peratus, berharap untuk meraih keanjalan ketika ia meningkat perbelanjaan ke atas pencetak dakwat jet dan komersial, peranti imej perubatan dan sistem digital lain. Ia berhenti melabur dalam filem tradisional. Keep Reading →

The Seven Habits Of Highly Effective People

Seorang pemikir terkenal, SAtephen R. Covey, mengutarakan satu teori mengenai kebolehan manusia.
Dalam bukunya The Seven Habits Of Highly Effective People, beliau membentangkan tujuh tabiat yang
menjadi amalan orang-orang yang berjaya dalam hidup. Tujuh tabiat yang dimaksudkan itu ialah:

1. Bersikap Proaktif (Be Proactive)
==> Bertindak lebih awal bukan setelah berlaku sesuatu.
2. Bermula Dengan Matlamat (Begin With The End In Mind)
==> Mulakan sesuatu usaha dengan menentukan matlamat dan pastikan matlamat itu tercapai.
3. Lakukan Sesuatu Mengikut Tertib (Put First Things First)
==> Laksanakan sesuatu mengikut peraturan dan keutamaan.
4. Fikirkan Sama-Sama Menang (Think Win-Win)
==> Tentukan sama-sama mendapat faedah atau keuntungan
5. Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita (First Seek To Understand Then To Be Understood)
==> Cari jalan memahami orang lain terlebih dahulu sebelum orang memahami kita; jangan
mementingkan diri sendiri.
6. Gemblengkan Tenaga (Synergize)
==> Jalin kerjasama dan kukuhkan ikatan.
7. “Tajamkan Gergaji” (Sharpen The Saw)
==> Perbaharui tekad dan buat perubahan diri

Tujuh Tabiat Berkesan Ini Kemudian Dipecahkan Pula Kepada Tiga Bahagian Bagi Menentukan
Kejayaan Atau Mencari Kemenangan, iaitu:-
KEMENANGAN PERIBADI
• Bersikap Proaktif
• Bermula Dengan Matlamat
• Lakukan Sesuatu Mengikut Tertib
KEMENANGAN BERSAMA
• Fikirkan Sama-Sama Menang
• Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita
• Gemblengkan Tenaga
PEMBAHARUAN DIRI
• Baharui Tekad Dan Buat Perubahan Diri

Duitkah Yang Dicari ?

Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda.

Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar)  membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.

Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman.

Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah Keep Reading →

Jangan Suka Bertangguh

Salam Sejahtera…
Penangguhan dalam melakukan sesuatu kerja sama ada aktiviti belajar ataupun tidak akan memberi kesan negatif kepada seseorang pelajar. Sikap suka bertangguh dalam tindakan seperti membaca dan melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru boleh menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya sesuatu subjek yang dipelajari.

Oleh hal demikian, pelajar mungkin meniru tugasan yang diberikan oleh guru. Sehubungan dengan itu, pelajar akan meniru dalam menyiapkan sesuatu tugasan sebenarnya akan menyukarkan pelajar memahami sesuatu tugasan itu dengan baik.

“Janganlah sesekali menunggu saat akhir untuk menciptakan kejayaan.” ( Hukama )

Pelajar cemerlang sentiasa belajar bermula pada awal tahun ataupun ketika menjelang hari peperiksaan. Proses ulangkaji untuk setiap subjek yang dipelajari pada setiap hari pada hari yang sama atau setiap hujung minggu sekiranya pelajar terlalu sibuk. Maklumat yang sentiasa diulangkan akan lebih mudah difahami dan diingati.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Kajian Saintifik Tentang Ketawa

Sigmund Freud, bapa psikologi Barat pula menulis dalam bukunya Wit and Relation to Subconscious Mind, humor dan ketawa sebenarnya membantu  kita melawan ketakutan, marah dan emosi-emosi lain yang mengganggu hati serta minda, yang menjadi penyebab kepada kecelaruan psikosomatik.

Menurut pakar psikiatri, Dr William Fry dalam bukunya yang berjudul Humour and Ageing, ketawa ibarat senaman. Apabila ketawa, otot-otot diaktifkan. Bila berhenti ketawa otot-otot ini berehat. Fry telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk menjalankan kajian mengenai kesan ketawa kepada kesihatan tubuh.

Kesan positif yang diperoleh oleh jantung daripada ketawa selama 20 saat adalah sama seperti berdayung selama tiga minit. Inilah senaman aerobik yang terbaik untuk melegakan tubuh dan mengekalkan kesihatan diri.

Hasil kajian juga menunjukkan ketawa dapat meransangkan keaktifan jantung, membekalkan udara kepada paru-paru dan memberi tenaga kepada otak. Lebih daripada itu, ketawa mendorong dan menggalakkan kita supaya mempunyai pandangan hidup yang positif.

Di samping itu, ketawa juga dapat meredakan ketegangan otot. Ketegangan otot boleh menyebabkan kesakitan seperti atritis, radang sendi dan sakit kepala. Justeru, ketawa akan dapat melegakan segala ketegangan itu, dan ia sering digunakan oleh sebilangan doctor sebagai terapi untuk mengurangkan kesakitan mereka yang menghadapi penyakit tersebut.

Selain itu, kajian saintifik turut menjelaskan bahawa ketawa juga dapat menyegar dan meransang jantung serta sistem saraf. Ketawa memberi kesan kepada seluruh organ dalam badan. Ini kerana apabila ketawa tubuh akan mengeluarkan hormon-hormon yang meransang dan menguatkan jantung.

Sementara itu, Dr Andrew Weil dalam kajian sebagaimana yang dilaporkan oleh British Journal Of General Practitioners menukilkan bahawa dengan ketawa, tekanan perasaan akan menurun, kalori dibakar dan sistem tubuh ‘dimudahkan’ semula.

Dr Robert Provine, seorang lagi pakar perubatan yang membuat kajian tentang ketawa pula menjelaskan, ketawa akan meningkatkan denyutan nadi dan mempercepatkan pernafasan. Aktiviti mudah ini tanpa kita sedari telah meningkatkan jumlah bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam badan. Tahukah anda, dengan ketawa kita menyedut lebih banyak oksigen yang seterusnya berkitar lebih bebas dalam darah yang mengalir ke seluruh tubuh.