Cinta Keluarga Adalah Segala – galanya
Salam Sejahtera..
Kali ini, saya mengambil pendekatan berbeza dalam kategori motivasi dan ispirasi dengan memaparkan cerpen pendek yang berkaitan kisah kehidupan rumahtangga seorang usahawan berjaya bertaraf jutawan dengan ujian orang ketiga dalam rumahtangga tangga beliau yang saya adaptasi daripada sebuah buku cerpen sesuai dengan tema blog ini perniagaan, motivasi dan pelaburan.
Kisah bermula apabila seorang lelaki yang sudah berkeluarga dengan tidak sengaja telah berkenalan dengan seorang gadis di kantin pejabatnya atas urusan perniagaan. Maka mereka mula bertukar – tukar nombor telefon untuk berhubung. Walaupun gadis itu sedar yang lelaki itu sudah berumah tangga, namun disebabkan kejayaan lelaki itu dalam bidang perniagaan telah menyebabkan gadis itu terus berhubungan dengan lelaki itu melalui telefon tidak kira siang atau malam.
Hari terus berlalu sehinggalah suatu hari gadis itu dengan berani mencurahkan rasa hatinya terhadap lelaki itu,” Encik Rizal, saya rasa saya dah tak mampu lagi untuk menyembunyikan rasa hati saya terhadap encik.”
“Maksud Farah?”
“Encik Rizal, sebenarnya saya mencintai encik. Saya tahu encik sudah beristeri dan berkeluarga, tapi saya sedia menjadi isteri kedua encik. Maafkan saya jika perkara ini mengganggu perasaan encik.”
Dengan berat hati lelaki itu menjawab,“Farah, saya faham maksud Farah… tapi dengan berat hati saya harus menjawab tidak! Saya tahu Farah memang cantik dan saya yakin ramai lelaki yang ingin menjadikan Farah sebagai isteri. Tapi, tahukah Farah bagaimana saya boleh berjaya hingga ke tahap ini ? Semunya kerana dorongan dan galakan daripada isteri yang terlalu mencintai saya.
Saya rasa berdosa kalau terpaksa menerima Farah yang hanya kagum dengan kejayaan saya sekarang. Saya tahu Farah sukakan saya sebab saya sudah berjaya dan kaya padahal ada seseorang ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong saya agar selalu berusaha sebaik mungkin.
Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya. – Umar bin Khattab
Dialah isteri saya yang tercinta. Kalau Farah menyukai saya kerana kejayaan saya hari ini, bermakna Farah hanya tinggal memetik hasilnya dan cinta seperti ini saya takut tidak akan abadi. Tahukah Farah bahawa saya daripada kosong dan isteri sayalah yang selalu mendampingi saya tatkala susah, tatkala perniagaan saya jatuh sehinggalah saya berjaya seperti hari ini. Isteri sayalah yang selalu mendoakan kejayaan saya hingga ke hari ini.”
Cinta yang suci lagi ikhlas mampu menjadi motivasi untuk berjaya di dunia ini. Jika isteri mencintai suami dengan sepenuh hati tidak kira semasa susah ataupun senang, insya- Allah rumah tangga akan bahagia dan semua pekerjaan akan beroleh kejayaan.
Dalam dunia realiti sememangnya kes – kes pihak ketiga ini kerap berlaku malahan menyebabkan ‘ribut taufan’ dalam rumahtangga , macam mana saya tahu. Dulu masa di universiti, tesis saya berkaitan keluarga dan perceraian.
Sekian sahaja untuk kali ini.

Leave a Reply