Falsafah Perbelanjaan Peribadi

wang dan falsafah

Falsafah Perbelanjaan peribadi memberikan saudara kepercayaan berkenaan wang seperti berikut:

  1. Wang dapat membeli sebuah rumah yang mewah untuk keluarga, tetapi tidak dapat membeli kebahagiaan kepada keluarga.
  2. Wang dapat membeli sebuah jam antic yang tinggi nilainya, tetapi tidak dapat membeli kebahagiaan kepada keluarga.
  3. Wang dapat membeli sebuah katil yang cantik dan menghias bilik tidur bagaikan bilik beradu diraja, tetapi tidak dapat memberikan tidur yang selesa sekiranya berlaku krisis di dalam hubungan kekeluargaan.
  4. Wang dapat membeli sebanyak mungkin barangan material dan kemewahan, tetapi tidak dapat membeli kasih sayang, kepercayaan dan penghormatan yang diberi oleh lain kepada saudara.
  5. Wang dapat digunakan bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada saudara, tetapi bukan  jaminan penyakit itu tidak akan menyerang  saudara.
  6. Wang dapat digunakan bagi membantu mereka yang susah dan memerlukan.
  7. Wang dapat digunakan bagi menunaikan tuntutan agama, kepercayaan dan amalan adat resam budaya masing –masing. Bagi saudara yang beragama Islam, mereka boleh menggunakan wang tersebut mengikut jalan Allah SWT.

Terdapat banyak lagi kenyataan berkenaan falsafah perbelanjaan peribadi. Ia bergantung kepada peribadi orang itu sendiri. Setiap orang mempunyai falsafah tersendiri dan ia mungkin berbeza daripada saudara.

Misalnya, sekiranya saudara beragama Islam, saudara wajib membayar zakat sekiranya berkemampuan. Namun bagi orang yang bukan Islam, ianya bergantung kepada kepercayaan masing –masing. Ia dapat dilakukan melalui derma kepada rumah kebajikan, pertubuhan agama atau NGO seperti palang merah, rumah anak yatim, fskir miskin dan sebagainya.

Sumber: Buku Membina Kekayaan Dengan Pengurusan Kewangan  Peribadi Berkesan.

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *