Memberikan Sesuatu Kebaikan untuk Menghasilkan Kebaikan

tangan-diatas-lebih-baik

Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta.  ( Riwayat al – Bukhari )

Salam Sejahtera..

Tadi saya membaca sepintas lalu buku Mukmin Profesional yang saya beli lama dulu, semasa saya masih menjadi seorang pelajar universiti. Buku ini antara buku kegemaran saya :). Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta  bermaksud, orang yang memberi itu lebih baik daripada orang menerima. Sehubungan dengan itu, ramai ulama dan ilmuan Islam berpandangan bahawa menjadi orang kaya yang bersyukur adalah lebih utama dan lebih baik berbanding menjadi orang miskin yang sabar.

Persoalan yang bermain di minda anda adalah mengapa ? Rahsianya hal ini disebabkan selain daripada kesukaran mengawal hati agar tidak lalai ketika telah memiliki kekayaan yang bertimbun serta menggunung berbanding mengawal hati agar tidak resah ketika ditimpa kemiskinan , orang kaya yang bersyukur kepada Allah adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar kerana orang kaya yang bersyukur lebih berkemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. – Riwayat al –Baihaqi

Hal ini kerana, kesabaran orang miskin hanya bermanfaat buat dirinya, sebaliknya sifat dermawan dan pemurah orang kaya memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya pemberian zakat, sedekah dan hadiah daripada orang kaya melimpah – ruah manfaatnya kepada masyarakat.

Itulah gambaran sikap orang yang cemerlang. Ingat, orang cemerlang ialah orang yang banyak memberi bukan meminta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *