Pertarungan Mendapat Keuntungan Google VS Yahoo

Pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000, ramai orang mendirikan perusahaan dotcom. Tahap suku faedah yang relatif rendah pada tahun akhir 90-an mendorong orang untuk melabur di dalam perniagaan dotcom. Selain itu, mereka juga berminat melihat potensi saham perusahaan – perusahaan dotcom yang sangat tinggi. Namun, model perniagaan mereka belum jelas.

Nilai saham yang tinggi itu pun sebenarnya lebih disebabkan oleh spekulasi individu berbanding petunjuk prospek perniagaan perusahaan dotcom tersebut. Akhirnya, pecah juga gelombang dotcom ini. Semua orang serentak menjual saham-saham mereka di NASDAQ ketika keutungan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

Letusan gelombang dotcom ini akhirnya mengakibatkan kehilangan sekitar 5 trilian dolar AS nilai pasaran daripada perusahaan –perusahaan teknologi sepanjang tempoh awal 2000-an. Kini, perniagaan Internet sudah lebih matang. Perusahaan –perusahaan yang mampu bertahan adalah yang pendapatan model jelasnya seperti eBay, Amazon.com, Yahoo! Dan Google.

Pendapatan yang diperoleh Google 99% daripadanya berasal daripada iklan. Sejumlah aplikasi iklan ialah Adwors, Adsense, Pay-per-Click (PPC) telah memberikan sumbangan lebih daripada 10 juta dolar AS kepada Google pada tahun pertengahan tahun 2000-an. Bakinya adalah berasal daripada layanan-layanan lain seperti Google Answers dan produk-produk untuk perusahaan.

Sementara, pendapatan Yahoo ! pula adalah sekitar 88% yang berasal daripada layanan pemasaran. Sebahagian besarnya daripada search advertising. Ini mirip dengan Google. Bakinya berasal daripada layanan-layanan seperti Yahoo! Domains, Yahoo! Web Hosting, Yahoo! Merchant Solutions, Yahoo! Business Email dan Yahoo! Store.

Yahoo ! memang agak terlambat menemui model perniagaannya sehingga kurang Berjaya berbanding Google. Walaupun lahir lebih dulu dan sudah jauh lebih popular berbanding Google ketika itu, Yahoo! Masih mengalami kesulitan kewangan.

Pada akhir tahun 2000-an, Yahoo! telah mengumumkan PHK kepada 1000 orang atau sekitar 7 % daripada jumlah tenaga buruh. Oleh kerana harga sahamnya terus lemah, Yahoo! telah menjadi sasaran perolehan sejumlah perusahaan seperti Microsoft dan News Corp, walaupun masih tetap belum terjadi perjanjian sehingga ketika ini.

Inilah yang membuktikan bahawa di era Gelombang Baru Pemasaran ini, keuntungan masih tetap menduduki tempat yang pertama. Tidak guna menjadi raja di dalam pasaran jika tidak mampu menghasilkan keuntungan.

Sumber: Buku New Wave Marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *