Petua Penulis Terlaris Sepanjang Zaman

penulisan_buku

Salam Sejahtera..

Jika anda menaip kata kunci ‘motivasi’ di dalam enjin pencari Google anda akan mendapati blog saya ini www.hisyamden.com dan Klinik Motivasi Com berada pada kedudukan yang baik dalam enjin pencari.
Sehubungan dengan itu, timbul rasa ingin untuk menulis buku fizikal dan ingin melihat nama sendiri berada di rak – rak buku di kedai buku seperti MPH dan sebagainya.

Idea perlu ditulis bagi memudahkan individu lain untuk mendengar dan membacanya menerusi minda serta terus ke hati. – Maya Angelou

Oleh itu, saya ingin memotivasikan diri sendiri dengan menulis petua daripada Hamka untuk menjadi penulis menghasilkan karya yang baik. Nota ini saya ambil dari buku Tip menjadi Penulis Bestseller:
1. Jelas dengan tujuan menulis dan tetapkan pendirian bagi mencapainya.
2. Apabila bercita – cita menjadi penulis, jangan tunggu dan berlengah. Mulakan menulis.
3. Tanda – tanda penulis yang berputus asa adalah sikap mengelak daripada kegagalan dan kekecewaan. Tidak sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi kemudahan hari esok. Sikap mengelak memberi tanda menjadi penulis bukan jalan hidupnya.
4. Apabila kita membaca buku – buku orang lain, ia memberi kekuatan kepada diri kita untuk menulis.
5. Membaca dan menulis bergerak serentak.
6. Usah berhenti memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya. Ini menjadikan hasil tulisan kita bertambah baik berbanding dahulu.
7. Berhati – hati dengan individu yang memberi pelbagai jenis teori, kaedah dan teknik sehinggakan saudara takut hendak berkarya. Tulis sahaja dan pada masa yang sama belajar sedikit demi sedikit.
8. Usah ditunggu sehingga menjadi penulis yang sempurna. Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.
9. Hamka membuktikannya apabila menulis buku bertajuk Di Bawah Lindungan Kaabah. Idea asal buku ini datang daripada rakannya. Oleh sebab sikap ragu – ragu kerana merasa diri tidak cukup ilmu, idea itu tidak ditulis oleh rakannya. Sebaliknya Hamka menulis dan menerbitkan terlebih dahulu. Timbul kekesalan oleh rakan itu.
10. Motivasi penulis ada naik dan turunnya dalam berkarya. Itu adalah perkara normal. Penulis tidak boleh berputus harap kepada Tuhan. Selagi ada keinginan menulis, turun dan naik dalam berkarya hanya bersifat sementara.
11. Penulis mesti melangkaui zaman.
Sehubungan dengan itu, kenapa saya ingin menulis buku fizikal kerana ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai dan berkongsi ilmu dan secara tidak langsung menambah nilai dalam hidup orang lain yang membaca buku tulisan saya. Insya Allah.
Ps: Doakan saya supaya menjadi penulis jutawan 🙂

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *