Salam Sejahtera..
Adakah seronok kalau hidup kita biasa – biasa sahaja ? Jawapan saya, Alhamdulillah kerana kita masih lagi hidup. Cuma, hidup kita akan lebih bermakna jika kita dapat meraih sesuatu yang diimpikan. Tidak kira impian tersebut sesuatu yang besar atau kecil, yang penting impian tersebut dipenuhi.
Jika Kau Fikirkan Kau Boleh,
Kau Hampir Boleh Melakukan
Jika Kau Fikirkan Ragu- Ragu,
Usahamu Tidak Menentu
Dimensi Baru Kejayaan
Senangnya mencipta kejayaan.. Mengapa saya katakan begitu ? Rata – rata antara kita merasakan bahawa kejayaan itu bukanlah perkara senang meskipun boleh dicapai sekiranya disertakan dengan usaha.
Benar, usaha itu tangga kejayaan. Tetapi untuk berjaya tidak semestinya membawa maksud perlu menggapai sesuatu yang besar. Memiliki kereta besar atau pekerjaan yang bergaji besar barulah dianggap sudah berjaya. Tidak, bukan begitu.
Ramai yang mengiktiraf kejayaan itu apabila sudah menjulang piala atau perlu menggondol sesuatu anugerah. Nah, di ruangan ini saya ingin memberikan dimensi baru tentang kejayaan. Keep Reading →
