Rahsia Tersembunyi Para Jutawan

rahsia jutawan

Salam Sejahtera…

Ini adalah rahsia tersembunyi para jutawan. Untuk menjadi seorang jutawan, caranya adalah dengan mempunyai ilmu pemasaran dan sebuah perniagaan sendiri. Untuk mempunyai perniagaan yang hebat, penting untuk kita memiliki ilmu ‘rahsia’ yang dimiliki oleh kebanyakkan jutawan.

Hal ini demikian, disebabkan prinsip asas ilmu perniagaan ialah untuk ‘ menyelesaikan masalah yang dihadapi  oleh pelanggan’ .Oleh itu sebenarnya perniagaan ini adalah satu tugas yang murni iaitu membantu orang ramai. Ingin saya lontarkan satu persoalan kepada anda ‘ masalah apa yang anda mahu selesaikan ? ‘

 

Jika terdapat permintaan pasaran, beri penawaran produk atau perkhidmatan dan wang akan datang kemudian..

 

Kita ambil satu kajian kes iaitu syarikat penerbangan iaitu Air Asia. Syarikat ini menyelesaikan masalah orang ramai, untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan harga rendah. Ia menawarkan tambang yang jauh lebih rendah daripada pesaing mereka di negara ini.

Hari ini, cuba kita lihat bagaimana perkembangan Air Asia ? Ia berapa pada tahap terbaik dalam industrinya. Dengan itu, untuk berjaya dalam bisnes atau perniagaan, ini formulanya; sentiasa fokus untuk menyelesaikan masalah orang ramai.

Ps: Sedang membaca buku pemasaran Kotler On Marketing

3 Strategi Rahsia Perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs.

 

1. Fikir Berbeza.Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhidmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

 

2. Komunikasi Dalam Perniagaan.Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

 

3. Keep It Simple.Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek. Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Kredit: Irfan Khairi