Syarikat Kodak Jatuh Muflis

WARISANNYA merentasi 13 dekad dan ia bermegah sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang banyak memperkenalkan ciptaan pertama di pasaran, tetapi Eastman Kodak, yang lebih sinonim dengan kamera dan fotografi, berkemungkinan kesuntukan pilihan dan waktu.

Kebimbangan terhadap masa depan syarikat itu memuncak Jumaat lalu, selepas ia melantik sebuah firma guaman terkenal dengan kes bankrap, menyebabkan sahamnya jatuh 54 peratus kepada 78 sen sesaham.

Sungguhpun Kodak berkata ia tidak berniat memfailkan muflis, hakikatnya ialah sahamnya ditutup di bawah AS$1, manakala permodalan pasaran mengecut kepada kurang AS$300 juta mencadangkan bahawa pelabur berani mati pun akan hilang keyakinan.

Gambar mula pudar pada September 2003. Jualan filem dijangka terkubur dan Kodak mengurangkan dividen sebanyak 70 peratus, berharap untuk meraih keanjalan ketika ia meningkat perbelanjaan ke atas pencetak dakwat jet dan komersial, peranti imej perubatan dan sistem digital lain. Ia berhenti melabur dalam filem tradisional. Keep Reading →