Mitos Affiliate – Anda perlu ada website berbayar sendiri.

Di dalam perniagaan affiliate, untuk permulaan atau bagi newbie website berbayar bukanlah satu keperluan yang penting. Anda boleh menjana keuntungan yang banyak dengan hanya melalui  website percuma seperti hubpages, squiddo dan blogspot.

Anda hanya perlu jadikan diri anda kreatif untuk mempergunakan sepenuhnya kemudahan yang ada pada website percuma sebelum anda beralih pada website berbayar. Jangan biarkan diri anda di selubungi perasaan takut untuk mencuba. Tidak bermakna sesuatu kejayaan itu tanpa melalui kegagalan.

Adakah Pemasaran Affiliate Adalah Senang ?

Jika anda dengar orang berkata bahawa pemasaran  affiliate adalah senang ? Cuba anda tanya kembali orang tersebut, berapa banyak masa yang dia habiskan untuk menghasilkan pendapatan pertama dan adakah pendapatan yang dia peroleh adalah konsisten ?

Pemasaran affiliate adalah sama situasinya dengan membina pernigaan offline. Jika anda tidak ada usaha, anda akan gagal. Tidak ada perkara senang dalam pemasaran affiliate. Bunyinya seperti senang, jadi agen sesuatu produk di online dan lakukan promosi bagi produk tersebut. Komisyen akan di peroleh bagi setiap jualan yang berjaya di hasilkan. Konsepnya sangat senang, namun perlaksanaannya sangat sukar.

Pendek kata, anda perlu ada ilmu, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan affiliate yang berjaya. Jika ingin berjaya dalam affiliate, anda perlu menganggapnya seperti satu kerjaya bukannya satu hobi.

3 Strategi Rahsia Perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs.

 

1. Fikir Berbeza.Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhidmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

 

2. Komunikasi Dalam Perniagaan.Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

 

3. Keep It Simple.Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek. Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Kredit: Irfan Khairi