Bersyukur dengan Apa yang Kita Ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buang pemikiran yang bersifat negatif kemudian TUKAR ia dengan pemikiran yang positif untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. – Hisyam Den

Hidup kita tak lah sempurna sangat, tapi kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..

Susah macam mana pun kita sekarang, ada orang yang lebih susah.Bersyukur dengan apa yang kita miliki setiap hari. Ucapkan “Alhamdulillah” selalu.

Rezeki adalah rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya.Dalam konteks pendidikan misalnya, belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal dan faham.

Dalam konteks realiti kehidupan semasa pula, kejayaan, keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah.

Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.

Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui ' channel ' yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Latest posts by Hisyam Den (see all)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *