Jejak Kewangan Peribadi Anda

Cari Kerja Part Time

Anda perlu merekodkan perbelanjaan harian anda supaya cekap menguruskan kewangan peribadi.

Saya  menggunakan telefon pintar untuk mencatat segala perbelajaan saya.- Hisyam Den

Anda tidak akan dapat mengubah tabiat perbelanjaan sekiranya anda tidak tahu ke mana perginya perbelajaan anda. Dengan mencatatkan segala perbelanjaan harian pada telefon pintar, anda akan dapat melihat pada hujung bulan ke mana perbelajaan anda akan pergi. Dan anda perlu mengamalkannya sehingga ia menjadi tabiat anda.

Kepentingan Jejak Kewangan Peribadi.

Jika masalah kesihatan, lebih awal kita mengetahui tentang masalah kesihatan tersebut, ianya adalah lebih baik kerana kemungkinan untuk pulih lebih besar berbanding sekiranya tahap menjadi lebih kritikal.

Sehubungan dengan itu, tanda – tanda awal apabila menghadapi masalah kewangan, perlulah diberi tumpuan sepenuhnya sebelum masalah itu melarat sehingga lebih sukar untuk dipulihkan.

Kesimpulannya

Sekiranya kita sudah mengetahui kedudukan kewangan kita, kita perlu mengambil langkah berikut:

  • Tambah pendapatan. ( buat part time perniagaan internet: bina blog, buat takaful 🙂 )
  • Kurangkan belanjaan. ( bawa bekal ke pejabat )
  • Tambah simpanan. ( Dana rizab mencukupi sebaik – sebaiknya setahun )

Ps: Jika anda ingin membina blog seperti ini www.hisyamden.com/blog 🙂 . Jangan segan – segan boleh hubungi saya di ruang hubungi di blog ini.

Siapa Hisyam Den ?

Tengok video ni ingat masa mula berjinak – jinak dalam perniagaan internet. 🙂 Masa ni sebenarnya dah pandai dah perniagaan internet. Pihak universiti anjur projek ni bayar sikit jer. Program untuk 6 bulan. Saya masuk jer.huhu 🙂

Mitos Affiliate – Tidak boleh buat duit dengan niche tertentu kononnya tepu.

Di dalam perniagaan tiada istilah tepu. Jika anda ada idea, akan ada sahaja ruang untuk anda bekerja dan mengaut keuntungan. Untuk menceburi niche yang besar seperti kuruskan badan, cinta, make money online dan keluarga, anda perlu berani mencuba dan bersaing. Memandangkan niche – niche ini mempunyai pasaran yang luas, persaingannya agak hebat.

Mitos ini datangnya dari mereka yang takut hendak bersaing. Padahal jika anda bersaing, anda tetap akan dapat hasilnya walaupun sedikit. Dalam lumba lari 100 m, ada lapan orang akan berlari dalam satu pusingan. Perbezaan orang terakhir dan pertama adalah orang yang pertama akan sampai dahulu, manakala orang yang terakhir akan sampai lewat tetapi pada akhirnya orang yang terakhir tetap akan sampai pada garisan penamat.

Jadi, anda jangan takut untuk mencuba dan bersaing dalam pasaran perniagaan yang kononnya tepu. Jika anda mencuba pasti ada hasilnya. Untuk jadi orang yang pertama sampai ke garisan penamat, anda perlu berusaha keras dan kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, anda perlu bersabar.

 

Tiga Cerita Dongeng Mengenai Perniagaan

Di dalam perniagaan, terdapat banyak cerita dongeng untuk menakutkan – nakutkan mereka yang baru menceburi bidang perniagaan. Cerita dongeng ini wujud dari golongan mereka yang gagal dalam perniagaan. Mereka gagal dalam perkara tertentu dan mereka sebarkan pada orang ramai bahawa teknik mereka gagal. Namun, sebenarnya mereka bukannya gagal tetapi mereka hanya berhenti mencuba.

Jika ingin berjaya, anda perlu terus mencuba. Apa sahaja halangan yang ada , anda perlu tepis ke tepi. Sebenarnya, semua orang pernah gagal dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan. Ada yang gagal di permulaan, ada yang gagal di pertengahan dan ada juga yang gagal di pengakhiran. Kegagalan adalah pasti. Cara untuk mencegah kegagalan adalah terus mencuba.

Jika anda berhenti mencuba, perasaan gagal akan menang. Sebab itu jika anda ingin berjaya, anda perlu berani gagal. Jika anda berani untuk gagal, tiada kegagalan dalam hidup anda. Ini kerana walaupun gagal, anda sebenarnya berjaya.

3 Strategi Rahsia Perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs.

 

1. Fikir Berbeza.Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhidmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

 

2. Komunikasi Dalam Perniagaan.Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

 

3. Keep It Simple.Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek. Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Kredit: Irfan Khairi

Aku Mahu Ubah Dunia

Salam Sejahtera..

Artikel ini saya tujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan kepada diri ini dan kawan-kawan universiti kerana pada masa ini, ilmu teori yang dihadam di universiti berada pada tahap yang tinggi, menyebabkan seolah-olah kita mampu mengubah dunia.

“Aku Mahu Ubah Dunia”

Padahal, sebenarnya untuk mengubahkan dunia,bermula dengan diri sendiri dahulu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ini dibuktikan oleh tokoh-tokoh besar dunia, tidak kira tokoh Islam atau tokoh Barat. Apa- apapun baca cerita atau artikel motivasi ini yang saya tak ingat dari mana saya ambil 🙂

Ceritanya lebih kurang macam ni, seorang tua yang mengimbas kembali zaman mudanya, dimana pada masa mudanya dia mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, yang dia mampu mengubah dunia padahal ilmu kosong yakin diri je lebih. ( overconfident ). Macam kawan -kawan saya kat universiti ini lah terutama cakap bab politik, padahal baca bukupun malas dan tugasan copy & paste je 🙂

 

“Semasa aku muda, aku mahu mengubah seluruh dunia.”

Tapi aku sedar, sangat sukar mahu mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku sahaja.

Ketika aku sedari bahawa aku tidak mampu mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah bandar ku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku.

 

Kini aku semakin tua, aku pun tak mampu mengubah keluargaku.

Aku sedari bahawa satu-satunya yang mampu aku ubah adalah DIRIKU SENDIRI.

Tiba-tiba aku tersedar bahawa bila aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan bandarku.

 

Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun mungkin mampu mengubah seluruh dunia ini.”

Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenali diri sendiri.

Strategi Pemasaran Google Adwords

google adwords

Mungkin anda pernah mendengar mengenai Google Adwords sebelum ini.Tahukah anda apakah itu Google Adwords?

Dalam terma yang mudah, Google Adwords ialah satu kaedah pemasaran pay-per-click (PPC) yang disediakan oleh Google. Dengan menggunakan Adwords, seseorang pelanggan boleh mempromosikan laman web atau produk di laman carian Google di bahagian ‘Sponsored links’. Sekiranya anda menggunakan iklan teks yang kaya dengan kata kunci carian yang tertentu, anda berpotensi mendapat tempat yang baik di bahagian ‘Sponsored links’ itu tadi. Ini sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada bisnes internet anda.

Oleh kerana Google Adwords mengenakan caj kepada anda berdasarkan kaedah lelongan, anda cuma bayar kadar yang anda tawarkan sekiranya pengunjung klik pada link Adwords itu tadi. Dengan cara ini, anda boleh mengawal bajet pengiklanan yang telah ditetapkan sebelum ini, dan anda boleh meminda kempen pengiklanan tersebut pada bila-bila masa.

Jadi bagaimanakan untuk menghasilkan Google Adwords yang baik? Ikuti beberapa tips mudah ini.

1. Kenalpasti Kata Kunci Yang Konsisten (keyword matching)

Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti kata kunci yang bersesuaian untuk digunakan sebagai teks Adwords tersebut. Terdapat beberapa perisian atau laman web yang boleh membantu anda membuat carian kata kunci seperti Google Keyword Tool ataupun Alexa. Perisian ini boleh membantu anda untuk mendapatkan kata kunci yang mempunyai jumlah carian yang tinggi dan pada masa yang sama menunjukkan jumlah pesaing yang menggunakan kata kunci yang sama.

Namun perkara yang lebih penting untuk anda buat adalah menggunakan kata kunci yang konsisten dengan menggunakan kaedah keyword matching. Strategi ini menghendaki Adwords anda mempunyai kata kunci yang konsisten dengan laman web yang dipromosikan. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda mempunyai kata kunci ‘kek kukus coklat’ makan iklan Adwords anda perlu konsisten mempunyai kata kunci yang sama. Dengan cara ini, Google akan melihat laman web tersebut sebagai unik dan ia juga dapat mengekalkan trafik yang berkualiti ke laman web anda.

2. Jalankan Ujikaji Beberapa Kata Kunci dan Iklan Teks (split-test)

Selanjutnya, anda perlu melakukan ujikaji ke atas beberapa kempen dengan menggunakan kata kunci yang berlainan untuk menguji tahap keberkesanan setiap iklan Adwords itu tadi. Strategi ini dinamakan sebagai ‘split testing’. Dengan cara ini, anda boleh melihat kempen yang mana adalah efektif dan yang mana tidak efektif. Lantas, anda boleh menghentikan kempen yang tidak efektif dan menyalurkan bajet yang lebih terhadap kempen-kempen yang efektif untuk tujuan promosi tersebut.

3. Hadkan Impresi Iklan Mengikut Lokasi

Sekiranya anda mempunyai pasaran lokal di Malaysia, sebaik-baiknya anda hadkan impresi iklan mengikut lokasi Malaysia semata-mata. Dalam menyediakan kempen Adwords, anda boleh memilih untuk mengehadkan impresi iklan anda untuk sesebuah lokasi tertentu. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan wang pengiklanan untuk pasaran lokasi tertentu dan pada masa yang sama menarik trafik yang bertepatan untuk pasaran anda.

4. Sediakan Ruangan Opt-in di Laman Web Anda

Setelah pelawat klik pada sesuatu kempen Adwords, mereka akan dibawa ke laman web yang anda tentukan. Sebagai salah satu strategi untuk mengekalkan pelawat ini untuk terus berkunjung ke laman web anda pada masa akan datang, anda bolehlah menyediakan ruangan opt-in di laman web tersebut. Sudah tentu ruangan opt-in ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian laman web tersebut asalkan ia memudahkan pelawat untuk melihatnya.

5. Semak Kempen Anda dari Semasa ke Semasa

Akhir sekali, anda haruslah menyemak perkembangan kempen anda dari semasa ke semasa. Dari semakan tersebut, anda boleh menilai kempen mana yang berkesan, dan mana yang tidak, kata kunci yang mana lebih tinggi carian dan bilangan klik, berbanding kata kunci yang lain. Kemudian anda bolehlah memilih untuk meneruskan kempen yang berkesan sahaja, dan menghentikan kempen yang tidak berkesan. Dengan cara ini, anda akan dapat memastikan kos kempen anda benar-benar berbaloi berbanding jumlah klik dan jumlah opt-in di laman web sebentar tadi.

Nah, itulah dia. Kini anda sudah tahu asas menghasilkan Google Adwords yang baik. Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk bisnes internet anda.