Stephen Covey dan Segelas Air

Gelas Air

“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.

Salam Sejahtera…

Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang sebuah cerita ringkas yang bertajuk Stephen Covey dan Segelas Air. Untuk pengetahuan anda Stephen Covey merupakan seorang penulis bertaraf best seller dengan buku beliau The Seven Habits of Highly Effective People.

Ceritanya bermula apabila, ketika kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:

“Berapa berat menurut anda segelas air ini?”

Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.

“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.

“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut ” kata Covey.

Ps: Apa pengajaran yang anda dapat dari cerita ringkas tersebut ?

Hidup Adalah Pinjaman

Kesempurnaan-Hidup

Hidup adalah pinjaman, dunia adalah tempat singgah, adat orang meminjam akan ingat si pemberi pinjam manakala orang yang menumpang akan ingat masa untuk berangkat pergi.

Orang yang paling untung ialah orang yang sentiasa fikir hari ini lebih baik dari semalam, dan esok akan lebih baik dari hari ini, lantas dia pun bertindak hingga esok itu betul – betul jadi lebih baik lagi buat dia.

Orang yang rugi adalah orang yang sangka hidupnya tidak berguna hari ini, lantas dia tidak berbuat apa-apa, hujungnya esok yang ditempuh pun hambar.

Orang yang lebih rugi ialah orang yang langsung tidak isi hidup dia itu dengan ibadah – ibadah yang wajib dia buat, semalam tidak buat, hari ini tidak buat, esok pun belum tentu nak buat.

Umur kita ini ada kesemakin bertambah, setiap detik mengurang. Ingat, orang yang sentiasa fikir esok akan lebih baik kerana dia akan usahakan yang lebih baik untuk esok dan dia, insya-Allah akan nikmati hasil usaha esok itu dengan redha dan qanaah.

Jangan Bazirkan Kehidupan

jangan bazirkan kehidupan

 Setiap peristiwa ada waktunya, maka setiap kemenangan ada jadualnya. Ada banyak rahsia yang tersimpan dalam rahim sang waktu sebab waktu adalah kehidupan. Jangan bazir waktu.

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2013

Hidup di dunia ini singkat. Ia menjadi singkat sekiranya kita sentiasa dalam pertelagahan, kebencian, peperangan dan perbalahan.

Hargailah masa. Jangan membazir dengan berbuat kerja tidak berfaedah terutamanya duduk termenung membiarkan minda fikiran kita menjadi liar.

Like saya di Facebook http://www.facebook.com/MohdHisyamFan

Follow saya di Twitter http://twitter.com/mohdhisyam

Subscribers saya di Youtube http://www.youtube.com/user/hisyamTV

Sekian sahaja untuk kali ini. 🙂

Rahsia Tersembunyi Para Jutawan

rahsia jutawan

Salam Sejahtera…

Ini adalah rahsia tersembunyi para jutawan. Untuk menjadi seorang jutawan, caranya adalah dengan mempunyai ilmu pemasaran dan sebuah perniagaan sendiri. Untuk mempunyai perniagaan yang hebat, penting untuk kita memiliki ilmu ‘rahsia’ yang dimiliki oleh kebanyakkan jutawan.

Hal ini demikian, disebabkan prinsip asas ilmu perniagaan ialah untuk ‘ menyelesaikan masalah yang dihadapi  oleh pelanggan’ .Oleh itu sebenarnya perniagaan ini adalah satu tugas yang murni iaitu membantu orang ramai. Ingin saya lontarkan satu persoalan kepada anda ‘ masalah apa yang anda mahu selesaikan ? ‘

 

Jika terdapat permintaan pasaran, beri penawaran produk atau perkhidmatan dan wang akan datang kemudian..

 

Kita ambil satu kajian kes iaitu syarikat penerbangan iaitu Air Asia. Syarikat ini menyelesaikan masalah orang ramai, untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan harga rendah. Ia menawarkan tambang yang jauh lebih rendah daripada pesaing mereka di negara ini.

Hari ini, cuba kita lihat bagaimana perkembangan Air Asia ? Ia berapa pada tahap terbaik dalam industrinya. Dengan itu, untuk berjaya dalam bisnes atau perniagaan, ini formulanya; sentiasa fokus untuk menyelesaikan masalah orang ramai.

Ps: Sedang membaca buku pemasaran Kotler On Marketing

Lim Goh Tong Pengasas Genting Highlands

Salam Sejahtera…

Setelah lama tidak menulis di blog ni, saya ingin berkongsi apa yang menarik minat saya tentang sebuah buku yang sedang saya baca iaitu Cerita Saya Lim Goh Tong. Di dalam buku tersebut penulis berkongsi pengalaman beliau dalam melakar kejayaan dalam  bidang keusahawanan dan perniagaan bermula dari kosong hingga mencapai kejayaan seperti hari ini.

Penulis mengatakan beliau disebut usahawan Cina tradisional dan tidak pandai bercakap bahasa Inggeris. Beliau berkomunikasi dalam bisnes melalui Bahasa Melayu, Hokkien, Kantonis dan Mandarin. Jika perlu beliau meminta jurubahasa untuk melakukan urusan niaga bisnes beliau.

Ibubapa beliau memberikan didikan Cina tradisional telah menyemaikan sikap rendah diri, berbudi bahasa dan menghormati orang. Sesiapa yang kenal beliau tahu bahawa beliau tidak pernah berlagak. Beliau boleh bergaul dengan hartawan dan pegawai tinggi sehingga lah penjaja dan buruh.

Semasa kecil dan remaja, beliau sangat pemalu, bersifat introvert. Beliau suka hidup sederhana dan berdisiplin. Tabiat beliau bangun awal, tetapi tidak ada masa yang tetap untuk masuk tidur. Satu kebiasanya beliau ialah selalu membawa sehelai kertas ke mana-mana untuk mencatatkan apa sahaja yang terlintas di dalam minda.

Beliau sangat percaya pada kuasa keyakinan. Apabila beliau membuat keputusan dan cukup yakin keputusan itu betul, beliau akan terus menjalankan sedaya upaya tidak kira betapa besar kesukaran yang dihadapi. Keputusan beliau untuk terus menjalankan pembangunan Genting Sempah menjadi tempat peranginan sudah terkenal sebagai contoh ‘kedegilan’ beliau setelah beliau menetapkan hendak membuat keputusan.

Sekian sahaja untuk kali ini 🙂

Proses Pengvisualan Masa Hadapan

Salam Sejahtera…

Proses pengvisualan kejayaan sebenarnya agak mudah. Kita hanya perlu pejamkan mata dan lihat matlamat kita sudah tercapai.

Sekiranya satu daripada objektif kamu adalah untuk memiliki rumah di tepi tasik, kamu hanya perlu pejamkan mata dan lihat diri sendiri berjalan ke dalam rumah yang diimpikan itu. Isikan rumah itu dengan semua kelengkapan selengkapnya. Bagaimanakah rumah itu dengan semua kelengkapan selengkapnya. Bagaimanakah rupa rumah itu ? Bagaimanakah landskap rumah itu? Apakah pemandangan di lokasi rumah itu ? Bagaimanakah rupa ruang tamu, dapur, bilik tidur utama, ruang makan, bilik stor ? Bagaimanakah bentuk hiasan dalaman ? Pergilah dari satu bilik ke bilik yang lain dan isikan semua ruang itu dengan kelengkapan dan perhiasannya.

Jadikan imej itu terang dan jelas. Buatlah matlamat  yang lain seperti ini juga, sama ada matlamat dalam permainan, keluarga, kewangan peribadi, perhubungan, rasa kasih sayang kita kepada manusia lain. Tulis setiap matlamat dan objektif itu. Kemudian kaji semula, tegaskannya dan lakukan pengvisualan setiap hari.

Kemudian, sebaik sahaja terjaga pada pagi hari, dan setiap malam sebelum masuk tidur, baca senarai matlamat itu dengan kuat. Berhenti sejenak selepas membaca setiap satu matlamat, pejam mata, dan lihat imej matlamat yang sudah tercapai dalam minda. Teruskan membaca matlamat selanjutnya sehingga kesemua matlamat dilihat dalam minda sebagai sudah tercapai dan Berjaya dilaksanakan. Seluruh proses ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit. Bergantung kepada jumlah matlamat yang sudah ditetapkan. Sekiranya kita bertafakur ( solat hajat ), lakukan pengvisualan sebaik sahaja selesai bertafakur. Ketenangan yang sudah dicapai menerusi bertafakur tadi meningkatkan lagi impak ke atas pengvisualan.

Sumber: Buku The Success Principles

Kata – Kata Mutiara Dari Jutawan Internet

Kata- kata mutiara yang dapat saya ambil daripada pada Irfan Khairi pada slot akhir bengkel semalam, untuk dijadikan mutiara kata kepada diri ini ialah :

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products

Sebenarnya kata-kata mutiara ini adalah satu kajian yang telah dijalankan oleh Dr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persamaan antara jutawan-jutawan yang telah berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing.

Semoga pada satu hari nanti, ciri-ciri jutawan diatas ada pada saya dan ia menjadi kata-kata mutiara kepada saya dalam menghadapi cabaran dalam mengejar impian untuk berjaya dalam kehidupan ini. Amin..