Senangnya Mencipta Kejayaan

kejayaan-dan-kebahagiaan

Salam Sejahtera..

Adakah seronok kalau hidup kita biasa – biasa sahaja ? Jawapan saya, Alhamdulillah kerana kita  masih lagi hidup. Cuma, hidup kita akan lebih bermakna jika kita dapat meraih sesuatu yang diimpikan. Tidak kira impian tersebut sesuatu yang besar atau kecil, yang penting impian tersebut dipenuhi.

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh,

Kau Hampir Boleh Melakukan

Jika Kau Fikirkan Ragu- Ragu,

Usahamu Tidak Menentu

Dimensi Baru Kejayaan

Senangnya mencipta kejayaan.. Mengapa saya katakan begitu ? Rata – rata antara kita merasakan bahawa kejayaan itu bukanlah perkara senang meskipun boleh dicapai sekiranya disertakan dengan usaha.

Benar, usaha itu tangga kejayaan. Tetapi  untuk berjaya tidak semestinya membawa maksud perlu menggapai sesuatu yang besar. Memiliki kereta besar atau pekerjaan yang bergaji besar barulah dianggap sudah berjaya. Tidak, bukan begitu.

Ramai yang mengiktiraf kejayaan itu apabila sudah menjulang piala atau perlu menggondol sesuatu anugerah. Nah, di ruangan ini saya ingin memberikan dimensi baru tentang kejayaan. Keep Reading →

Menjadi Kaya Semakin Mudah

jalan kejayaan dan kekayaan

Satu daripada sebab-sebab orang kaya menjadi semakin kaya adalah apabila mereka sudah mendapat formulanya, usaha untuk menjadi kaya akan lebih mudah. Sekiranya mereka tidak pernah menemukan formulanya, usaha menjadi kaya kelihatan susah dan kekal miskin kelihatan biasa. – Rich Dad –

Salam Sejahtera…

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca setia blog saya, sebuah buku iaitu Buku Retice Young Retice Rich yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki. Dimana Robert mencerita satu formula rahsia dimana beliau mengambil masa yang lama untuk mengkaji formula yang diajar oleh Rich Dad iaitu subjek realiti, konteks, dan kandungan.

Sehubungan dengan itu,formula asas ini Rich Dad gunakan untuk tidak mengatakan, “ Saya tidak mampu” atau “ Saya tidak dapat melakukan perkara itu,” dan sebaliknya memilih mengembangkan realiti beliau. Seperti kita tahu, Rich Dad menggunakan kisah dongeng sebagai pengajaran hidup supaya beliau terus melangkah melawan masa sukar dan ketakutan yang beliau alami.

Namun, perkara yang penting menarik perhatian Robert adalah  pengajaran Rich Dad berkaitan pecutan kekayaan.

 Apabila kita tahu formula menjadi kaya adalah melalui pengembangan realiti secara berterusan, yang dapat meningkatkan leverage kita, maka usaha menjadi kaya akan lebih mudah. Bagi orang yang tersekat pada satu realiti, memikirkan yang realiti mereka adalah satu – satunya realiti yang ada, kelajuan bagi mencapai kekayaan semakin menurun.” – Rich Dad

Dalam kata lain, Rich Dad memberitahu Robert, apabila kita sudah menjadi kaya, usaha bagi menambah kekayaan adalah semakin mudah dan pantas. Sekiranya kita tidak pernah menjadi kaya, hidup menjadi lebih susah dan lambat. Menyedari akan hal ini, Robert tahu sudah tiba masa untuk beliau dan isteri mengembangkan realiti mereka dalam bidang hartanah semula.

Selama lebih daripada lima tahun mereka melaburkan masa bagi mengembangkan realiti mereka dalam perniagaan dan proses IPO. Robert tahu pada tahap seterusnya, usaha menjadi kaya adalah lebih mudah dan pantas. Robert tahu kerana beliau menyaksikan sendiri hal ini berlaku kepada Rich Dad.

Sekian Sahaja Untuk Kali Ini. 🙂

Memberikan Sesuatu Kebaikan untuk Menghasilkan Kebaikan

tangan-diatas-lebih-baik

Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta.  ( Riwayat al – Bukhari )

Salam Sejahtera..

Tadi saya membaca sepintas lalu buku Mukmin Profesional yang saya beli lama dulu, semasa saya masih menjadi seorang pelajar universiti. Buku ini antara buku kegemaran saya :). Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta  bermaksud, orang yang memberi itu lebih baik daripada orang menerima. Sehubungan dengan itu, ramai ulama dan ilmuan Islam berpandangan bahawa menjadi orang kaya yang bersyukur adalah lebih utama dan lebih baik berbanding menjadi orang miskin yang sabar.

Persoalan yang bermain di minda anda adalah mengapa ? Rahsianya hal ini disebabkan selain daripada kesukaran mengawal hati agar tidak lalai ketika telah memiliki kekayaan yang bertimbun serta menggunung berbanding mengawal hati agar tidak resah ketika ditimpa kemiskinan , orang kaya yang bersyukur kepada Allah adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar kerana orang kaya yang bersyukur lebih berkemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. – Riwayat al –Baihaqi

Hal ini kerana, kesabaran orang miskin hanya bermanfaat buat dirinya, sebaliknya sifat dermawan dan pemurah orang kaya memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya pemberian zakat, sedekah dan hadiah daripada orang kaya melimpah – ruah manfaatnya kepada masyarakat.

Itulah gambaran sikap orang yang cemerlang. Ingat, orang cemerlang ialah orang yang banyak memberi bukan meminta.

Menjadikan Diri Berbeza Dengan Orang Lain

berbeza

Perbezaan menjadikan seseorang itu istimewa. Perkara yang berbeza itu biasanya menjadi penilaian dan penentu kepada pilihan. Dalam ilmu pemasaran, ini disebut sebagai niche.

Pada masa kita belajar di sekolah duhulu, sama ada di sekolah rendah atau menengah, kita sering dapati guru itu ingat serta memberikan perhatian kepada mana-mana pelajar yang mempunyai perbezaan berbanding pelajar lain. Tumpuan khusus diberikan jika perbezaan itu berbentuk kepandaian atau kenakalan yang memerlukan perhatian dan bimbingan khusus yang lebih berbanding pelajar lain. Pada masa kini juga, kita dapati beberapa keistimewaan diberikan kepada mereka yang berbeza disebabkan kepakaran dan kemahiran contohnya bila disebut pakar kewangan Islam di negara kita, kita akan ingat ustaz zaharuddin.

Belajar dari keadaan ini, kita pastinya terfikir mahu menjadi seorang usahawan yang berbeza supaya diberikan tumpuan, perhatian dan layanan yang khusus. Berbeza yang diberikan penekanan di sini adalah perbezaan positif yang mungkin berupa keistimewaan produk, keunikan, pengetahuan, pengaruh dan sebagainya. Dengan memiliki perbezaan- perbezaan yang dinyatakan itu, seseorang mendapat tempat istimewa sebagai usahawan yang berjaya dan hebat.

ps: Beza Memang Berbeza 🙂

Like saya di Facebook: www.facebook.com/mohdhisyampage

Follow saya di Twitter: https://twitter.com/mohdhisyam

Subscribe saya di Youtube:  http://www.youtube.com/user/hisyamTV

Erti Kejayaan Sebenar ( Hakikat Kejayaan )

mendaki tangga kejayaan

Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini mempunyai tanggapan yang salah tentang kejayaan. Akibatnya, ramai dalam kalangan masyarakat moden hari ini, hanya mengaitkan kejayaan hakiki serta kekayaan hidup dengan kekayaan harta benda atau kebendaan semata-mata. Ramai berpendapat bahawa kononnya seseorang itu bahagia, tenang serta cemerlang hidupnya apabila beliau mempunyai kereta besar, rumah besar, isteri besar cantik.

Oleh itu, kekayaan material atau kebendaan sebenarnya bukanlah sandaran utama kekayaan dan kejayaan sejati yang boleh membawa kebahagian, ketenangan jiwa serta kenikmatan yang diidam-idamkan selama ini. Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan hati bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

Kekayaan tidak diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kaya itu ialah kaya jiwa. – Hadis Muslim.

Dalam erti kata lain, kaya jiwa ialah satu nikmat yang Tuhan berikan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa di mana hati mereka akan selalu berasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia semata-mata. Sebenarnya, golongan yang kaya hati selalunya Tuhan akan menambahkan rezeki disebabkan rasa kesyukuran mereka. Kebiasaannya golongan ini, lebih seimbang dalam kehidupan mereka  iaitu material, fizikal, mental dan rohani. Keep Reading →

Mengkaji Sebab dan Akibat

sebab akibat

Salam Sejahtera..

Perkongsian kali ini saya petik dari sebuah buku iaitu Business Secrets Mind Power yang ditulis oleh Martin Manser. Buku ini banyak mengupas tentang teknik – teknik berfikir dan menggunakan kuasa minda semaksimum mungkin.

Antara tajuk yang menarik perhatian saya ialah mengkaji sebab dan akibat iaitu menganalisis sebab dan akibat adalah kaedah yang memanfaatkan minda kita dengan sepenuhnya. Kaedah ini adalah satu cara terancang menganalisis masalah , serta mengenal pasti punca yang mungkin terjadi, bagi membolehkan kita menanganinya dengan cara berkesan.

Terdapat empat langkah utama dalam analisis sebab dan akibat:

  1. Kenal pasti masalah dengan seberapa jelas yang boleh. Guna kata soal bagi membantu kita seperti, siapa, di mana, bila, apa, bagaiman, dan mengapa.
  2. Pertimbangkan semua aspek yang berkaitan dengan masalah itu. Mungkin antaranya faktor luaran, seperti sistem pengangkutan yang tidak memuaskan, ataupun faktor dalaman seperti tekanan perasaan yang dialami pekerja.
  3. Buat analisis kesan setiap aspek secara terperinci supaya kita benar-benar memahami kepentingannya.
  4. Fikirkan apakah kemungkinan puncanya. Rujuk kembali semua faktor dalam langkah kedua di atas, dan kenal pasti dengan seberapa tepat yang boleh apakah sebabnya. Di sini, kita mungkin dapat menggunakan teknik brainstorming bagi membantu kita. Ambil setiap faktor yang kita fikir menjadi puncanya. Kaji semula beberapa kali bagi mengenal pasti punca asal yang sebenarnya.

Undur selangkah daripada masalah dan lihat sama ada ia berpunca daripada hal – hal asas, yang belum diselesaikan.

Kajian Kes

Mat Luthfi hanya bekerja selama beberapa minggu di tempat kerjanya yang baru, namun dia sudah menghadapi tekanan. Hal ini memberi kesan ke atas kerjanya dan kesihatannya. Pengurusnya seakan – akan tidak memahami masalahnya dan terus mendesaknya bekerja keras bagi mencapai sasaran organisasi. Keep Reading →

Ilmu Pengetahuan Bekalan Dunia dan Akhirat

ilmu pengetahuan

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Ilmu pengetahuan yang dimiliki sudah tentu mempengaruhi kehidupan manusia di dunia mahupun di akhirat. Bermula sebagai seorang bayi hinggalah ke dewasa dank e liang lahad, proses menuntut ilmu pengetahuan tidak akan berakhir. Ilmu pengetahuan merupakan satu daripada cabang nikmat dan anugerah daripada ALLAH SWT yang wajar digunakan sebaik –baiknya bagi tujuan pembinaan dan pembangunan rohani serta jasmani umat manusia.

Menurut sejarah, umat Islam merupakan pemilik asal ilmu pengetahuan, akan tetapi itu bukan kenyataannya dewasa ini. Sudah sampai masanya umat islam perlu bangkit menghidupkan tradisi menghargai dan meyebarkan ilmu pengetahuan yang dimilki untuk pegetahuan seluruh umat manusia.

Tidak dapat dinafikan bahawa agama islam menuntut agar kaum Muslimin di muka bumi ini merebut peluang ke jalan yang diredai ALLAH SWT. Islam tidak pernah menyekat atau menghalang kemajuan, malah tidak mahu umatnya ketinggalan dalam segenap bidang ekonomi, politik, sosial, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain. Dari sudut agama, sudah banyak yang diperkatakan dan antara yang terpenting berbunyi;

“ Buatlah amalan seolah – olah kamu akan mati esok hari dan carilah harta kekayaan seolah –olah kamu akan hidup selama –lamanya. “

Islam tidak mahu umatnya mundur, dipandang hina dan ketinggian zaman. Islam mahu umatnya mengikut dan menerajui pembangunan dalam segenap aspek.

Bersambung…

Maksud Penghargaan Terhadap Diri Sendiri

Maksud Menghargai Diri Sendiri

Penghargaan terhadap diri sendiri adalah perasaan seseorang terhadap dirinya, pendapat tentang dirinya dan kepuasan pada dirinya. Penghargaan terhadap diri sendiri memiliki tiga asas yang utama:

1. Menerima diri sendiri

Terima diri sendiri apa adanya: contohnya menerima bentuk tubuh sendiri. Dengan begitu, kita tidak merasa ada sesuatu yang tidak disukai pada diri, baik secara jasmani mahupun jiwa dan menerima keluarganya. Dia tidak pernah merasa membenci keluarganya dan berharap menjadi sebahagian keluarga yang lain; mencintai negaranya. Ada orang yang lari ke luar negeri kerana tidak mencintai negaranya dan merasa tidak selesa bergaul dengan masyarakatnya. Penyebabnya boleh jadi budaya dunia luar dan perilaku mereka yang membuatnya merasa lebih selesa. Keep Reading →

Kepentingan Menggunakan Ayat Bermagnet

Magnet

“I wasn’t a great communicator but communicated great things.” – Ronald Reagan –

Pasti anda pernah melihat bagaimana seorang penjual ubat atau Raja Lelong bercakap ketika mereka berniaga. Kebanyakan daripada kita tertarik pada cara mereka bercakap sehingga tidak sedar masa berlalu. Rata –ratanya mereka tidak pernah mamasuki mana –mana program ucapan awam tetapi  mereka tetap boleh bercakap dengan baik dan paling penting, dapat menarik minat orang ramai untuk mendengar dan melihat reaksi mereka.

Ayat yang tepat dan menarik boleh membantu kita mengubah corak kehidupan kita. Bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang Ronald Reagan boleh dijadikan contoh terbaik. Beliau merupakan seorang bekas pelakon yang Berjaya menjawat jawatan Presiden dan dilabelkan sebagai manusia yang hebat dalam komunikasi.

Ketika bertanding bagi jawatan Presiden, ucapannya adalah yang terbaik, jelas dan ringkas. “ Visi saya merangkumi lima perkara; Keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan.” Lima perkataan yang mudah, menarik, tidak mengelirukan, tidak berjela-jela dan tidak membosankan.

Bicara anda boleh mencerminkan siapa diri anda, personaliti anda, kehebatan anda, kreativiti anda, komitmen anda dan kepimpinan anda. Pemilihan perkataan dan ayat yang digunakan boleh melonjakkan nama kita atau menenggelamkan kita selama-lamanya. Keep Reading →