Apa Emotional Drive Anda ?

2 Emotional Drive dominan saya adalah:

1. Peningkatan ( Growth )

Saya jenis sentiasa mahukan peningkatan dalam kehidupan.Orang cerdik pandai kata hari ini lebih baik dari semalam. Bukan hanya dalam kerjaya sahaja malahan dalam kehidupan itu sendiri. Sebab tu, saya suka membaca buku dan majalah, masuk seminar dan sewaktu dengannya.

Sebab saya percaya satu prinsip ni ‘ ilmu pengetahuan adalah potensi kepada kuasa.’ Bila ia dipraktikkan dalam kehidupan ia akan ‘berfungsi’ dan akan membantu untuk mencapai peningkatan dalam kehidupan saya.

2. Sumbangan ( Contribution )

Bila berlaku peningkatan dalam hidup kita, satu tahap kita ingin menyumbang balik kepada masyarakat dengan apa yang kita ada. Saya membangunkan KlinikMotivasi.com bukan bertujuan untuk buat duit walaupun pasaran dalam bidang pembangunan diri ada.

Saya buat lebih kepada rasa puas hati kepada diri sendiri sahaja dan saya ada degree dalam bidang Social Sciences iaitu berkaitan kajian berkenaan masyarakat. Walaubagaimanapun saya tahu selesaikan masalah orang ramai itu bagus dan selesaikan masalah orang ramai yang sanggup untuk bayar itu lagi bagus.. ๐Ÿ™‚

Teruskan Belajar

seminar hisyam den
Seseorang yang berhenti belajar kerana sudah tamat pengajian akan selamanya berada di takuk lama, walaupun dalam bidang popular yang mereka ceburi.

Cara untuk berjaya adalah tidak jemu dalam mencari ilmu. Sebab tu saya berkongsi ilmu di internet.

Untuk berkongsi ilmu, saya perlu sentiasa belajar benda baharu: dengan bergaul dengan kawan – kawan dalam pelbagai industri dengan menyertai seminat dan bengkel disamping memperuntukan wang untuk membeli buku dan majalah setiap bulan. Keep Reading →

10 Kata – Kata Motivasi Diri Siri 4

motivasi diri

1. Dengan mempunyai harta iaitu wang yang melebihi keperluan ia akan dapat mengubah 360 darjah hidup seseorang individu. – Hisyam Den

2. Hikmah kebijaksanaan itu adalah mutiara milik orang Islam yang hilang dan apabila ditemui ambillah ia. Walaupun Barat telah menjenamakan dan mempatenkan itu adalah ilmu mereka. Terutamanya tentang ilmu bisnes lah..

3. Sebenarnya, cara paling mudah untuk berjaya dalam bisnes ialah meniru atau mempelajari cara orang lain berbisnes. Terutama yang telah terbukti berjaya, mempunyai pasaran dan menguntungkan.

4. Kejayaan bukan satu kebetulan, ia adalah hasil dari proses perancangan.
Apabila kita tidak mempunyai rancangan, kita mudah ‘terjatuh’ dalam rancangan orang lain..

5. Dalam kehidupan ini, Kadang- kala kita asyik sangat tengok pelangi yang indah di atas kepala orang lain sahaja. Nampak macam bahagia jer..lagi – lagi artis.. popular, kaya, kereta besar, rumah besar, ramai peminat..Sampai kita terlupa yang pelangi yang sama juga ada di atas kepala kita. Tapi kita tak nampak pun..

6.Sesungguhnya seorang hamba terhalang dari rezeki dengan sebab dosa yang dia kerjakan.
– Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

7. Jangan berusaha jadi orang yang terkenal, berusahalah jadi orang yang bernilai kepada orang lain.

8. Dunia tidak peduli, apa yang kita tahu. Ganjaran hanya diberi kepada APA yang kita lakukan.

9. Ukur baju dibadan sendiri, bukan ukur baju dibadan tukang jahit..

10. โ€œSesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.โ€
(Hadis riwayat Muslim).

Ok. Sekian sahaja untuk kali ini.

Adakah kita upah orang lain melakukan senaman untuk kita ?

jogging
Salam Sejahtera..

Ahli falsafah psikologi dan motivasi, Jim Rohn pernah berkata, ” Kita tidak dapat mengupah orang lain melakukan senaman untuk kita.” Kita perlu melakukannya sendiri sekiranya kita mahukan hasilnya.

Sama ada berlatih, meregangkan badan, membaca, belajar bahasa, membina pasukan, menetapkan matlamat, membayangkan kejayaan, mengulang – ulang kata – kata iktar kejayaan, ataupun melatih kemahiran baru, kita sendiri yang perlu melakukannya.

Tiada siapa pun yang dapat melakukannya untuk kita. Saya dapat beri kamu peta, tetapi kamu yang perlu memandu sendiri ke sana. Saya mengajar kamu prinsip, tetapi kamu yang perlu mengaplikasikannya.

Apabila kamu memilih untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh dan konsisten, Insya-Allah jamin ganjarannya pasti bernilai dan berbaloi.

Wa’salam..

Hisyam Den,
Putrajaya

Semua Orang Bermula dari Bawah..

hisyam den
Bila saya membaca buku โ€“ buku ilmiah dan selalu menyertai seminar semenjak beberapa tahun ini untuk mencari jawapan kepada bagaimana cara untuk menambah โ€˜nilaiโ€™ diri dalam kerjaya dan kehidupan.

Saya mendapati โ€˜formulaโ€™ ini berlaku kepada kebanyakan orang yang telah berjaya dalam industri mereka hari ini. Berikut adalah 3 ‘formula’ tersebut:

1. Setiap orang yang berada di hadapan, dahulunya pernah berada di belakang. ( pengalaman dalam perniagaan internet sejak tahun 2008 dulu. Sekarang ini ramai kawan โ€“ kawan seangkatan yang sudah menjadi otai )

2. Setiap orang yang berada di tangga teratas dalam kejayaan, dahulunya pernah berada di tangga terbawah, lalu Melangkah Satu Per Satu Di Setiap Anak Tangga Kejayaan dan mereka sebenar nya bermula dari bawah.

3. Setiap orang yang berjaya dalam bidang yang kita ceburi, dahulunya tidak pernah menceburi bidang tersebut. ( pengalaman dalam industri takaful )

Tidak kira asal โ€“ usul kita, tidak kira samada apa tahap pendidikan kita, tidak kira keturunan kita keturunan bisnes atau tidak, apa yang lebih penting adalah ke MANA HALA TUJU KITA YANG KITA INGIN PERGI.

Jadi usah malu dan segan jika kita mahu belum berjaya. Terus berusaha gigih untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua industri yang kita ceburi. Sekian sahaja untuk kali ini daripada saya Hisyam. ๐Ÿ™‚

10 Kata – kata Motivasi Diri oleh Hisyam Den Siri 3

Berubah atau Rebah

1. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Suasana persekitaran kita melambangkan apa yang ada di fikiran kita. Andai kata luaran kita berserabut maka begitulah juga di fikiran kita. Berserabut.

2. Motivasi dalam diri kita akan cepat luntur apabila kita terlalu menumpu dan fokus kepada kelemahan-kelemahan kita tanpa berusaha memperbaikinya. Tapi apabila kita menumpu kepada usaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut, maka motivai kita akan semakin meningkat tanpa kita sedar.

3. Jangan berhenti dalam mencari ilmu dunia dan juga akhirat. Sebabnya sesiapa mahu berjaya samaada di dunia dan akhirat kena ada ilmu juga.

4. Sentiasa cabar diri dengan perkara yang bermanfaat kepada masa depan anda. – Hisyam Den

5. Berjaya dan kaya bukan sahaja di dunia malahan akhirat juga. Barulah definisi kaya dan berjaya itu betul menurut Islam. – Hisyam Den

6. Walau berhutang RM 2, bayarlah. Jangan ambil mudah tentang hutang walaupun nilainya kecil. Hutang mungkin menjadi penghalang kita ke syurga. – Hisyam Den

7. Kejayaan menjadi mudah apabila perkara yang anda perlu buat untuk mencapai kejayaan itu, dalam masa yang sama adalah perkara yang anda suka buat.

8. Dalam hidup kita sentiasa ada pilihan. Kita boleh pilih sama ada mahu berjaya atau tidak, sama ada bahagia atau sengsara.

9. Tulis 100 impian anda sekarang. Andai 100 impian anda tidak tercapai, 50 impian tercapai pun dah OK. – Hisyam Den

10. Angan-angan perlukan tindakan untuk dijadikan kenyataan. Mimpi tidak akan bermakna jika tiada keberanian.

Ok.Sekian sahaja untuk kali ini.:)

Cari Duit Di Internet

Hisyam Den & Patric Chan
Baru – baru ini, saya sempat menghadirkan diri dalam iftar 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Majlis itu bermula lebih kurang pukul satu tengahhari dan berakhir lebih kurang 8 malam yang diadakan di Putrajaya.

Beberapa yang orang speaker dan usahawan internet telah dijemput oleh pihak penganjur untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang mereka miliki kepada peserta program. ( peserta juga usahawan internet huhu )

Saya berminat untuk berkongsi dengan pembaca blog saya, dimana kisah usahawan internet tempatan iaitu Patric Chan yang berjaya di peringkat antarabangsa. Beliau telah menulis beberapa buah buku best seller di peringkat antarabangsa dan menjalankan seminar dan bengkel beliau di dalam dan diluar negara.

Disebabkan pihak pengajur tidak menetapkan tajuk khusus kepada beliau, Patric Chan telah membuka soalan kepada peserta untuk bertanya apa – apa soalan tentang bisnes internet.

Macam mana nak cari duit online:

1. Pertama lihat dahulu apa yang pasaran mahukan.
Jika anda ingin menjual produk digital seperti ebook. Buat kajian, apa ebook yang pelanggan mahukan. Bukan apa yang anda minat nak jual. Nanti jadi jual ebook tak laku – laku. Sebab tak pernah buat kajian tentang pasaran. Kajian tentang pasaran bukan hanya untuk bisnes online sahaja tetapi ia merangkumi bisnes offline juga.

2. Kedua kena ada produk.
Adakah kita perlu buat produk sendiri untuk memulakan bisnes online ? Jawapannya tidak. Kita boleh menjual produk orang lain dengan syarat kita diberikan komisyen. Ini rahsia, jangan beritahu orang lain, Patric Chan telah menunjuk komisyen yang masuk ke dalam emel beliau yang dibayar oleh ClickBank. Clickbank adalah antara lubuk produk digital bagi usahawan internet dalam dan luar negara.

3. Ketiga Tapak Kedai sendiri
Setelah boleh menjana pendapatan di internet. Barulah anda boleh membina laman web untuk menjana lebih banyak duit di internet. Tapak kedai itu merujuk kepada laman web dan blog. Sebab rata – rata usahawan internet yang berjaya mempunyai laman web sendiri. Harga laman web dan blog sekarang ini sudah murah. Dengan bayaran kurang RM 200 setahun anda sudah boleh mempunyai laman web sendiri.

4. Keempat Trafik
Perkara yang menyebabkan saya berfikir bahawa ayat Patric Chan lebih power daripada #AyatPower saya adalah: trafik you boleh beli, pergi dekat Facebook ada Facebook Ads. Pergi dekat Google ada google Adwords. Walaupun saya sudah pakar tahu tentang Facebook Ads dan Google Adwords. Istilah trafik you boleh beli pertama kali saya dengar.:)

5. Kelima Analisis
Cakap memang senang. Nak buat jer susah ( Ayat orang gagal ). Apa yang penting ambil tindakan. Sebab tanpa tindakan mimpi tidak akan menjadi kenyataan. Setelah tindakan diambil barulah kita boleh analisis dimana kekuatan dan kelemahan kita. Kita perlu fokus kepada kekuatan kita untuk ‘pergi lebih jauh’.

Sekian sahaja untuk kali ini ๐Ÿ™‚

ps: Sebenarnya banyak lagi nak tulis. Nanti saya buat dalam bentuk ebook pulak ๐Ÿ™‚

Bangunkan Potensi Diri

Kita dilahirkan dengan pelbagai keupayaan, bakat atau pun potensi dan setiap dari kalangan kita juga mempunyai tahap keupayaan, keserlahan bakat dan potensi yang berbeza dari satu dengan yang lain.

Kita mungkin sedar dan mungkin juga tidak tentang keupayaan, bakat dan potensi kita. Itu bukan menjadi masalah sebenarnya. Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat mengasah atau menggilap keupayaan, bakat dan potensi yang dimiliki itu untuk kebaikan diri, masyarakat, organisasi kita dan seterusnya negara yang kita cintai ini.

Keupayaan, bakat dan potensi diri individu itu sebenarnya adalah pendokong kepada kemampuan mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik malah mampu menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap kepada masyarakat.

Penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap bermakna mereka berupaya mengurangkan kos di samping dapat melakukan lebih banyak tugasan yang pada akhirnya akan membantu meningkatkan produktiviti organisasi keseluruhannya.

kemudiannya akan dapat diterjemahkan dengan peningkatan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat.

Sedar atau tidak, terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk menggilap potensi diri.

Antaranya melalui pelbagai kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan.

Sungguh pun demikian, harus sentiasa diingat, semua itu adalah alat atau kaedah yang boleh membantu menggilap potensi diri yang kita miliki.

Potensi diri kita tidak akan dapat diserlahkan dengan sebaiknya sekiranya kita sendiri yang kurang berminat untuk mengetengahkannya.

Untuk itu adalah penting bagi setiap dari kalangan kita bersikap bahawa setiap suatu yang kita lalui atau alami itu adalah suatu proses pembelajaran.

Kita harus sentiasa merendah diri dan tidak sombong dengan ilmu atau pengalaman yang dimiliki itu.

Sebaliknya kita harus berkongsi pengalaman dan ilmu yang kita miliki dengan orang lain terutama dengan mereka yang terdekat dengan kita.

Tidak rugi berkongsi pengalaman atau ilmu kerana ianya bukan suatu yang fizikal yang mana apabila diberikan akan berkurangan sebaliknya ia akan tetap kekal malah boleh luput jika hanya disimpan.

10 Kata – Kata Motivasi Diri oleh Hisyam Den Siri 2

Hisyam Den fb

1. Untuk berjaya dalam lapangan kehidupan, kelilingi diri anda dengan orang yang positif dan lebih berjaya daripada anda kerana ia akan mempengaruhi 80 peratus kejayaan dalam hidup anda. – Hisyam Den

2. Haters tidak membenci kita, mereka membenci diri mereka sendiri kerana kita mencerminkan apa yang mereka mahu. – Hisyam Den

3. Kita boleh membaca beratus buah buku dan menyertai berpuluh seminar setiap tahun tetapi jika ilmu itu tidak diamalkan tidak guna juga kan. – Hisyam Den

4. Niatkan dalam hati, ilmu yang kita belajar perlu dikongsikan dengan orang lain. Barulah ilmu itu akan berkembang dan kita akan menjadi ‘ pintu ‘ kepada gudang ilmu. – Hisyam Den

5. Kita bukan hanya perlu belajar dari kejayaan orang yang sudah berjaya. Tetapi kita juga perlu belajar dari kegagalan orang telah berjaya itu dan diaplikasi dengan pantas dalam industri kita. Supaya kita tidak perlu melakukan dan melalui ‘jalan’ kegagalan itu lagi. – Hisyam Den

6. Ingat segala kebaikan orang terhadap kita dan lupakan segala kebaikan kita kepada orang. Lupakan kejahatan orang terhadap kita dan ingat segala kejahatan kita kepada orang. Inilah ciri – ciri orang HEBAT.

7. Teknik Persoalan & Monolog Diri: Bagaimana aku dapat manfaatkan masa 24 jam sehari setiap hari dengan lebih baik ? Bertanya soalan berkualiti kepada diri akan menyebabkan minda kita bekerja dengan lebih cekap. – Hisyam Den

8. Kehidupan kita adalah merupakan hasil dari fikiran dan sangkaan kita melihat dunia ini. – Hisyam Den

9. Dua cara menjadi kaya: Memiliki harta yang banyak atau tidak memiliki kehendak yang banyak.

10. Kenali personaliti dan potensi Anda. Fokus pada kekuatan anda. Kejayaan dalam lapangan hidup anda akan datang dengan mudah. – Hisyam Den

Sekian Sahaja Untuk Kali ini.