Cerita Dongeng Seorang Pemahat Batu Miskin

gunung batu

Salam Sejahtera..

Elok kita imbas pada satu cerita dongeng mengenai seorang pemahat batu miskin yang hidup pada zaman dahulu. Pada suatu hari pemahat batu yang hidup miskin bertahun lamanya datang ke rumah seorang saudagar kaya. Dia sangat kagum dengan kekayaan saudagar tersebut. Dia berdoa untuk menjadi lebih kaya daripada saudagar tersebut. Doanya dimakbulkan. Dia menjadi saudagar kaya – raya yang sombong.

Satu hari dia didatangi pegawai tinggi kerajaan yang diusung dengan menggunakan tandu diiringi oleh bala tentera. Semua orang termasuk saudagar tadi terpaksa tunduk menghormati pegawai tersebut. Saudagar tadi berasa tidak puas hati dan berdoa pula untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan. Doanya dimakbulkan dan dia menjadi pegawai kerajaan yang sombong dan zalim. Dia melawat ke sana dan ke mari diusung dan diapit oleh ramai tentera.

Suatu hari dalam kepanasan cahaya matahari yang terik dia berpeluh – peluh dan melihat matahari sebagai puncanya. Berdoalah pula dia untuk menjadi matahari dan dimakbulkan. Dengan panahan cahaya yang kuat dia menjadikan tanah kering kontang dan tanaman mati serta manusia menjadi menderita.

Dalam keseronokan dan kesombongannya, suatu hari cahayanya dilindungi oleh awam mendung yang menurunkan hujan. Hilang kuasanya dan berdoalah dia untuk menjadi awan pembawa hujan. Dimakbulkan Tuhan dan dia mencurahkan air sehingga berlaku banjir menenggelamkan manusia, haiwan dan tumbuhan. Keep Reading →

10 Kata – Kata Motivasi Diri oleh Hisyam Den Siri 1

1.Sentiasa upgrade ilmu dengan belajar daripada mereka yang lebih berjaya dan membaca lebih banyak buku berkualiti untuk menjadi pakar dalam bidang kita. – Hisyam Den

2.Kita dilahirkan di dunia untuk menjadi seorang juara.
Berfikir seperti seorang juara, bertindak seperti seorang juara. !!! – Hisyam Den

3.Hidup ini adalah satu pilihan. Jika kita memilih melakukan sesuatu perkara, kita perlu menanggung akibatnya. – Hisyam Den

4.Kejayaan kecil yang kita lakukan secara konsisten setiap detik, akan membawa kejayaan yang besar pada masa akan datang. – Hisyam Den

5.Jika kita mempunyai Ilmu yang bermanfaat tanpa mengamal ilmu tersebut, ia ibarat pokok tanpa buah. Setuju ? – Hisyam Den

6.Cuba mencari kebaikan dengan memberi dan berkongsi ilmu yang ada dengan orang ramai. Itulah tujuan saya berkongsi ilmu dan saya juga mempunyai ijazah lulusan dakwah daripada universiti di tanahair. – Hisyam Den

7.Pada setiap peristiwa yang kita alami dalam kehidupan ini, tersembunyi hikmahnya yang tersendiri. – Hisyam Den

8.Sebenarnya kegagalan adalah perkara biasa yang dilalui setiap orang sebelum seseorang itu berjaya. – Hisyam Den

9.Bangunlah awal pagi, kerana orang yang berjaya dalam hidup suka bangun pagi kerana kata mereka ianya sumber rezeki.

10.Kejayaan adalah hak milik setiap insan. – Hisyam Den

Sekian sahaja untuk kali ini.

Pengetahuan adalah sumber dan potensi kuasa

pengetahuan adalah potensi kuasa

Salam Sejahtera..

Ada yang menyatakan bahawa ilmu pengetahuan adalah sumber tenaga dan kuasa. Sebenarnya ungkapan ini tidak tepat kerana realitinya, pengetahuan yang diaplikasikan pada tujuan – tujuan yang khusus bagi seseorang individu itu sebenarnya adalah kuasa sebenar.

Perpustakaan adalah satu contoh tempat yang penuh dengan pengetahuan dan tidak berguna jika tidak di manfaatkan.

Untuk mengubah cara berfikir anda menjadi positif dan tidak ketinggalan dalam zaman informasi dan ledakan maklumat di hujung jari ini, anda mesti lah memiliki informasi terkini tentang bidang anda.

Sehubungan dengan itu, caranya adalah dengan anda bergaul dengan orang yang pakar dalam industri anda selain konsisten meluangkan masa untuk membaca buku – buku, majalah dan sebagainya berkaitan industri anda.

Hiduplah Dalam Detik Ini

detik ini

Salam Sejahtera..

Hiduplah detik ini. Hiduplah pada hari ini. Untuk sampai ke destinasi pilihan anda perlu memandang ke hadapan. Analogi kereta: gunakan cermin pandang ke belakang, cermin sisi. Dan cermin hadapan akan membantu anda sampai ke destinasi pilihan anda.

Hiduplah pada saat ini kerana semalam itu masa lalu dan esok itu masih harapan yang belum pasti. Menikmati hari ini ertinya bahagia kerana bahagia itu adalah mensyukuri apa yang kita milki hari ini.

Hiduplah sekarang, tetapi bukan esok atau lusa dan bukan minggu hadapan atau lima tahun lagi. Masanya adalah sekarang. Hidupkan detik ini dan hiduplah hari ini. Kejayaan dan kekayaan adalah kemampuan seseorang untuk menikmati hidup dengan sepenuhnya dan terus mendaki dan berkembang seiring dengan dewasanya usia anda.

Esok dan masa hadapan tidak menjanjikan apa – apa jika tidak dilakukan sekarang. Tanamlah pokok buahan sekarang untuk mengutip buahnya kemudian. Lakukan sekarang tanpa berlengah lagi. Keep Reading →

Cinta Keluarga Adalah Segala – galanya

cinta usahawan

Salam Sejahtera..

Kali ini, saya mengambil pendekatan berbeza dalam kategori motivasi dan ispirasi dengan memaparkan cerpen pendek yang berkaitan kisah kehidupan rumahtangga seorang usahawan berjaya bertaraf jutawan dengan ujian orang ketiga dalam rumahtangga tangga beliau yang saya adaptasi daripada sebuah buku cerpen sesuai dengan tema blog ini perniagaan, motivasi dan pelaburan.

Kisah bermula apabila seorang lelaki yang sudah berkeluarga dengan tidak sengaja telah berkenalan dengan seorang gadis di kantin pejabatnya atas urusan perniagaan. Maka mereka mula bertukar – tukar nombor telefon untuk berhubung. Walaupun gadis itu sedar yang lelaki itu sudah berumah tangga, namun disebabkan kejayaan lelaki itu dalam bidang perniagaan telah menyebabkan gadis itu terus berhubungan dengan lelaki itu melalui telefon tidak kira siang atau malam.

Hari terus berlalu sehinggalah suatu hari gadis itu dengan berani mencurahkan rasa hatinya terhadap lelaki itu,” Encik Rizal, saya rasa saya dah tak mampu lagi untuk menyembunyikan rasa hati  saya terhadap encik.”

“Maksud Farah?”

“Encik Rizal, sebenarnya saya mencintai encik. Saya tahu encik sudah beristeri dan berkeluarga, tapi saya sedia menjadi isteri kedua encik. Maafkan saya jika perkara ini mengganggu perasaan encik.”

Dengan berat hati lelaki itu menjawab,“Farah, saya faham maksud Farah… tapi dengan berat hati saya harus menjawab tidak! Saya tahu Farah memang cantik dan saya yakin ramai lelaki yang ingin menjadikan Farah sebagai isteri. Tapi, tahukah Farah bagaimana saya boleh berjaya hingga ke tahap ini ? Semunya kerana dorongan dan galakan daripada isteri yang terlalu mencintai saya. Keep Reading →

Tabiat Akan Menentukan Nasib Anda

Hisyam Den

Salam Sejahtera..

Saya ingin berkongsi dengan anda artikel motivasi diri yang saya baca dari buku motivasi yang ditulis oleh penulis buku dari Barat iaitu tentang tabiat akan menentukan nasib anda. Sehubungan dengan itu, hampir semua perkara yang kita lakukan ditentukan oleh tabiat. Saya berani mengatakan sekurang – kurangnya 95 peratus daripada tindakan kita yang terlibat dalam hal ini. Dari semasa ke semasa, bermula dari waktu kita bangun tidur pagi hari hingga ke waktu kita tidur pada malam hari, tabiat kita banyak mengawal dan menentukan kata yang kita tuturkan, perkara yang kita lakukan, dan cara kita bertindak balas.

Kita menjadi apa yang sudah kita lakukan, maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi suatu tabiat – Aristotle.

Orang yang berjaya dan bahagia memiliki tabiat – tabiat baik yang dapat mempertingkatkan hidup. Orang yang tidak berjaya dan tidak bahagia mempunyai tabiat – tabiat yang menjejaskan dan menjadi halangan kepada mereka.

Tabiat adalah hamba yang terbaik ataupun tuan yang paling teruk – Emmons

Mujurnya semua tabiat adalah tingkah laku yang dapat dipelajari. Kita dapat pelajari mana – mana tabiat yang dianggap wajar ataupun perlu, sekiranya kita sanggup berusaha mengamalkannya dengan cukup tekun dalam masa yang cukup lama. Keep Reading →

Jangan Berhenti Belajar

graduan melayu

Apabila kita menamatkan alam kampus kebanyakkan kita akan berhenti belajar dan hanya bergantung kepada ilmu pengetahuan di alam kampus sahaja. Sedangkan ilmu pengetahuan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya.

Saya merupakan sejumlah kecil rakyat Malaysia yang cintakan buku dan ilmu pengetahuan. Setelah menamatkan alam kampus saya telah membuat pilihan untuk menjadikan aktiviti membaca dan menulis sebagai satu kebiasaan atau habit bagi saya kerana saya melihat budaya rakyat Malaysia terutama golongan graduan Melayu kita akan berhenti belajar setelah menamatkan pengajian di universiti.

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan ?Jawapanya adalah makan untuk hidup.
Makanan Minda adalah ilmu
Makanan Jasad adalah makanan dan minuman seharian kita
Makanan Roh adalah ibadat dan zikir
– Hisyam Den

Pada pandangan saya, menambah ilmu pengetahuan bukan lah sesuatu yang membuang masa kerana semasa di alam kampus kita belajar untuk skor dalam paper yang kita ambil dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian kita manakala di alam kerjaya kita menambah ilmu untuk meningkatkan kecekapan dalam urusan kerja kita dan cepat untuk naik pangkat. Sehubungan dengan itu, bagi usahawan lagi penting kerana untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan membangunkan syarikat ke tahap tertinggi dalam industri.

Sekali lagi di zaman serba moden ini, ilmu pengetahuan bukan saja diperoleh dengan cara membaca sahaja malahan dengan menyertai seminar, bengkel, khusus jangka pendek dan melayari internet ( Youtube dan sebagainya )

Kesimpulannya ilmu adalah makanan bagi minda kita. Apa akan jadi pada badan kita jika kita tidak mendapat makanan dan minuman selama beberapa hari, begitu lah dengan minda kita. Faham ke Faham ni ?

Mencuba Sesuatu Yang Baru

Milo Ais

Salam Sejahtera..

Manusia ialah makluk yang mempunyai tabiat dan sering melakukan dan mengulangi perkara – perkara yang sama setiap hari. Sebagai contoh saya sendiri apabila pergi makan di Kedai Makan, saya sering memesan makanan yang sama, lauk yang sama, minuman yang sama. Milo Ais Satu 🙂

Dari semasa ke semasa, saya cuba mengubah tabiat ini kerana untuk memberi saya momentum kepada diri saya mencuba sesutu yang baru dan berlainan.

Orang lain boleh dan mampu buat, kenapa aku tidak boleh buat – Hisyam Den –

Sekiranya kita sudah selesa dengan kerja makan gaji, hidup dari bulan ke bulan dapat duit bayar hutang. Apa kata cuba ubah zon selesa itu dengan membuat perancangan sebuah perniagaan. Pertama sekali anda perlu pergi ke Surahanjaya Syarikat Malaysia untuk mendaftarkan syarikat pertama anda, jika anda menggunakan selain nama anda bayaran yang dikenakan RM 70 setahun. Ya hanya RM 70 sahaja. ( Dengan ini anda sudah menjadi Chief  Executive Officer di syarikat anda). ps: Jika anda mempunyai idea bisnes yang baik dan memerlukan rakan kongsi untuk membangunkan syarikat anda, boleh hubungi saya di bahagian hubungi di atas mana tahu kita boleh bekerjasama. 🙂

Latihan – latihan kecil ini seterusnya akan membuka minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita dan kejayaan kecil yang kita lakukan secara konsisten akan membawa kepada kejayaan besar pada masa akan datang. Keluar dari zon selesa ialah langkah – langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat dalam lapangan kehidupan anda.

Sekian sahaja untuk kali ini.