Kata -Kata Hikmah Tentang Kegagalan Dari Datuk Dr Maznah Hamid

Hadapilah Kegagalan.

Walau apa sahaja bentuk kegagalan kita, sama ada masalah percintaan, gagal peperiksaan, gagal dalam perniagaan, itu semua bukan bererti KEGAGALAN! Ia hanya dianggap KEKALAHAN SEMENTARA atau kesulitan sementara. Ada sesetengah orang tersalah anggap bahawa apabila dia menemui kegagalan, dia terus menganggap yang gagal itu adalah ‘dirinya sendiri’ bukan ‘percubaannya’. Ini yang… salah! Kita mesti ingat yang GAGAL itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah percubaan kita. Apabila kita percaya yang gagal itu adalah diri kita, mengakibatkan imej kita berubah menjadi seorang yang gagal dan bertindak sebagai orang yang gagal. Akhirnya, kita benar-benar gagal kerana kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan. Rangsangan negatif yang kita resapi ke dalam saraf kita akhirnya benar-benar menghasilkan keputusan yang NEGATIF.

Jangan Sekali-kali Mengaku Kalah

Sesungguhnya kekecewaan dan kegagalan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Kejayaan sebenarnya adalah hasil daripada beberapa percubaan nekad yang disulami dengan kegagalan – trial and error. Bagi saya, kegagalan sebenar hanya berlaku apabila kita berhenti mencuba, berhenti berjuang, berhenti mencabar keupayaan diri, berhenti belajar dan yang paling teruk, berhenti berfikir. Orang yang begini memang telah benar-benar gagal. Apa yang penting bagaimana kita menerima kegagalan tersebut dan menghadapinya. Sikap mental kita terhadap kegagalan tersebut memainkan peranan yang amat penting. Bayangkan anak kecil yang mula berjalan dan jatuh (bertatih) berputus asa dan enggan mencuba lagi ‘Give Up’? Begitulah reality percubaan kita untuk meraih kejayaan! Never Never Give Up!

Apa Akibatnya Bila Takut Gagal ?

Sesetengah orang berkata kegagalan harus dielakkan sama sekali, tetapi itu merupakan langkah yang kurang bijak. Bagi mengelakkan kegagalan atau kita tidak mahu gagal langsung, janganlah buat apa-apa. Tak usahlah mencuba, duduk berdiam diri sahaja. Malangnya dengan tidak berbuat apa-apa , kita tidak akan pernah belajar apapun dan kita juga tidak akan dapat apa-apa pun! Pada pendapat saya, golongan yang takut mencuba dan cuba mengelakkan diri daripada kegagalan sesungguhnya menggelakkan diri daripada mencapai kejayaan. Tiada kejayaan yang sebenarnya boleh dicapai tanpa menghadapi sebarang rintangan dan kegagalan. Kejayaan adalah sebenarnya kegagalan yang diterbalikkan. Kita boleh menukar kegagalan kepada kejayaan, mengubah benih kegagalan menjadi ‘baja’ kejayaan. Ingatlah bahawa orang yang tidak pernah gagal terdiri dari mereka yang tidak pernah ‘ Mencuba’ dan tidak pernah melakukan sesuatu yang ‘ Besar’ dan ‘ Luar biasa’ hanya ‘ Manusia biasa biasa saja!

Kredit: Datuk Dr Maznah Hamid

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *