Kepentingan Network Marketing dalam Bisnes

Networking adalah sangat penting. Setiap hari anda bertemu dengan ramai orang seperti pihak berkuasa, pelanggan, kawan baru dan lain-lain.Pertemuan ini tidak seharusnya tamat di situ sahaja. Anda sepatutnya mula membina network anda supaya ia akan membantu anda kelak.
Bagaimana Cara Membina Network Yang Baik & Betul?
  1. Meminta & menyimpan name card kenalan anda
  2. Sering menghubungi mereka & bertanya khabar samada dengan menelefon @ sms
  3. Mengucapkan selamat di sebarang perayaan yang mereka sambut
  4. Memaklumkan kenalan anda jika anda telah menukar nombor telefon yang baru
  5. Simpan kesemua nombor kenalan anda di dalam telefon bimbit & satu (1) salinan dalam buku catatan
  6. Pastikan anda mengelak konfrantasi dengan kenalan anda walaupun anda sememangnya tidak setuju dengan pendapatnya

Apa Kelebihan Networking Yang Baik?

  1. Mendapat nasihat & panduan yang bernas dalam pelbagai hal. Yang penting ianya percuma
  2. Kenalan mungkin dapat membantu jika anda ingin mencari kerja yang baru
  3. Jika kenalan anda mempunyai peluang perniagaan di mana dia memerlukan rakan, anda mungkin menjadi pilihan utama

Orang Melayu sangat lemah dalam networking kerana mereka KEDEKUT. Untuk membina networking bukan bermaksud anda perlu merasuah. Memadai dengan sering berhubung melalui telefon & e-mail.

Orang Melayu sangat kedekut untuk berbelanja membayar bil telefon untuk menghubungi kenalan. Mereka rela membazir wang dengan cara lain yang tidak tentu hala & hanya akan menelefon kenalan yang tertentu ketika sesak, sama ada ingin meminta tolong @ meminjam duit.

Untuk menjadi seorang yang sangat berjaya dalam hidup, anda perlukan network. Lebih kuat network anda semakin cepat langkah anda untuk berjaya.

Tapi AWAS. Network anda tidak mungkin membantu anda jika anda seorang yang tidak berguna. Jika keadaan ini berlaku, network anda tadi tidak lebih sekadar rakan sembang sahaja.

Hasil kerja & peribadi anda akan menjadi testimoni yang mempengaruhi kepercayaan mereka terhadap anda.

Bagi saya sendiri, kebanyakan peluang pekerjaan baru dibantu oleh network saya tadi i.e. melalui kenalan lama, bekas rakan sekerja, bekas bos, kontraktor & consultant yang pernah bekerja dengan saya dahulu.

Dan yang paling penting, saya sendiri tidak akan mencadangkan rakan-rakan saya yang teruk kepada mana-mana potential employer, kerana mereka akan merosakkan imej saya nanti.

Sumber: Strategikerja.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *