Kisah Kerjaya Doktor dengan Perancangan Kewangan

doktor pakar

Salam Sejahtera..

Semalam saya menonton rancangan bual bicara di buah stesen televisyen Islam Pertama di Malaysia iaitu TVAl-Hijrah, dimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadi tetamu undangan dalam rancangan tersebut. Beliau memperkatakan tentang bagaimana cara beliau memperkasa ekonomi umat Islam di Malaysia. Antara perkara yang ingin saya petik disini adalah takaful.

Jika dahulu kita biasa mendengar insurans konvensional yang tidak patuh syariah, sekarang sudah ada altenatif kepada insurans ini iaitu takaful. Saya melihat industri ini semakin berkembang pesat di Malaysia, lebih – lebih lagi Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Insya Allah.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memetik cerita dalam sebuah buku yang ditulis oleh saudara Sunthara Segar berkenaan kisahperbandingan kerjaya doktor dengan perancangan kewangan. Ceritanya bermula apabila seorang isteri membawa suaminya berjumpa dengan doktor pakar. Hasilnya pesakit terpaksa di rawat di bilik rawatan ICU. Selepas tiga bulan pesakit meninggal dunia.

Kisah malang pesakit diceritakan oleh doktor kepada rakannya seorang perancangan kewangan.Walaupun mereka berkawan tetapi doctor taksub dengan kerjayanya. Keadaan ini disedari oleh rakannya yang sengaja menimbulkan dialog berikut:

Rakan: Adakah kamu akan meminta bayaran kepada si balu ?

Doktor: Mestilah. Saya doktor pakar.

Rakan: Macam mana dengan pihak hospital pula ?

Doktor: Sudah tentu. Ubat – ubat, alat – alat hospital dan kad wad semuanya perlu dibayar.

Rakan: Bukankah ini tidak adil. Si isteri menyerahkan kepercayaan kepada awak dan pihak hospital bagi menyelamatkan suaminya. Tetapi kamu semua gagal, namun si balu tadi terpaksa membayar di atas kegagalan kamu. Beliau terpaksa memikirkan cara hendak membesarkan anak – anak tanpa pendapatan suami. Peliknya pihak hospital tetap mahukan wang mereka. Bagaimana beliau hendak bayar?

Doktor: Tetapi itu adat dunia. Memang rawatan bukan percuma. Sekiranya semua pesakit diberikan rawatan percuma pasti bisnes perubatan tidak berjalan.

Rakan: Memang betul, pada saat ini apabila semua orang telah kembali dari menguburkan jenazah, doctor sudah tidak ada kepentingan lagi. Sekarang perancangan kewanganlah yang menjadi doctor kehidupan.

Doktor: Maksud kamu ?

Rakan: Perancangan kewanganlah yang membantu membayar bil hospital tadi melalui pelan takaful perubatan. Kami jugalah yang merancang supaya anak –anaknya tetap memenuhi impian arwah ayah mereka supaya dapat menjejak kaki ke university. Kami pastikan yang sebarang harta yang ditinggalkan dapat dipindahkan dengan cepat dan adil kepada si balu tanpa melalui prosedur mahkamah yang rumit. Kamilah yang memberikan kehormatan diri dan maruah kepada si balu tadi. Beliau tidak payah merayu ataupun mengemis bagi menyara kehidupannya. Beliau tidak perlu menjadi ibu separuh kepada anak – anaknya. Sekarang cuba buktikan sejauh mana peranan awak kepada keluarga si mati selepas dia meninggal dunia ?

Doktor: ( Terdiam)

Ps: Moralnya disini adalah setiap pekerjaan/kerjaya itu penting. Adakah anda setuju dengan pandangan saya ini ?

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *