MATA KE HATI
Kisah Soichiro Honda
Pengasas Honda Corporation, pembuat kereta dan motosikal Honda. Walau apa pun musibah, malapetaka atau cabaran, tidak menjadi halangan atas segala rancangannya dalam perusahaannya.
Pada tahun 1938 dia seorang pelajar miskin dan impiannya hanya untuk mereka sebuah ‘piston ring’ dan menjualnya kepada Toyota Corporation. Pada siang hari dia ke sekolah, tetapi pada waktu malam dia berusaha dengan ‘desingn’nya. Habis wangnya atas projek tersebut, tetapi itu pun tidak dapat selesai projeknya. Selepas beberapa tahun mencuba apa yang direka dia pasti Toyota akan membelinya. Tetapi apabila dia menawarkannya kepada Toyota, mereka menolak. Di sekolah dia ditertawakan oleh guru-guru dan rakan-rakannya. Mereka mengejeknya membuat rekaan yang aneh dan tidak berguna.
Tetapi dia tidak berputusnya asa. Dia lanjutkan projeknya dua tahun lagi. Design atau reka bentuk rekaannya diperbaiki, dan Toyota bersetuju membeli rekaannya. Ini bermakna ia akan membuat ‘piston ring’ sendiri dan menjualnya kepada Toyota.
Bagi membuat kilangnya, dia memerlukan konkrit. Pemerintah Jepun pada masa itu sedang membuat persiapan untuk Perang Dunia Kedua, dengan itu tidak adalah konkrit bagi orang awam. Dia mendapatkan bantuan kawan-kawannya dan akhirnya mereka dapat memproses konkrit dengan cara baru. Barulah kilangnya dapat dibina. Selepas itu dia dapat mengeluarkan ‘piston ring’ untuk dijual kepada Toyota.
Tetapi malangnya, askar udara Amerika telah mengebom kilangnya. Dia tidak berputus asa. Dia mengumpulkan sekalian pekerjanya dan menyuruh mereka lihat pesawat-pesawat dan memastikan di mana mereka melepaskan tin-tin kosong minyak pesawat mereka, supaya dia dapat menggunakannya sebagai bahan mentah untuk perusahaannya. Dengan mencairkan tin-tin kosong itu dia dapat meneruskan perusahaannya kepada Toyota.
Berakhirnya peperangan dunia kedua, Jepun dalam keadaanya kucar-kacir. Sukar mendapat minyak untuk kereta, hingga dia tidak dapat pergi ke pasar yang jauh untuk membeli bahan makanan. Dia telah mendapat akal, dan mengambil motor dari pemotong rumputnya dan mencubanya di basikalnya. Tiap-tiap hari dia berulang- alik ke pasar dengan basikalnya yang dipasang motor pemotong rumput itu. Lama kelamaan kawan-kawannya pun memintanya membuat ‘basikal bermotor’ yang sama, sampaikan akhirnya dia kehabisan motor. Dia membuat keputusan untuk membina sebuah kilang untuk membuat motosikal sendiri.
Dia menulis surat kepada 18,000 pemilik kedai basikal, dan 3,000 daripada mereka memberikanya kewanngan untuk membuat motosikal-motosikalnya yang pertama.
Tetapi oleh kerana terlalu besar dan berat, tidak banyak orang membelinya. Dia masih tidak putus asa juga. Dia membuat motosikalnya yang ringan, “ Honda Cub ” dan ini telah menjadi kejayaan yang amat besar sehingga Raja Negara Jepun sendiri memberinya Anugerah Diraja. Diharap sifat dan semangat yang gigih ini menjadi tauladan pada keseluruhan masyarakat kita.
( Sumber: Buku Menjana Keluarga Bahagia )
Kata-kata Semangat dan Perangsang Kejayaan
Disiplin Asas Kejayaan

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
Disiplin adalah asas kepada kejayaan. Hal ini kerana untuk berjaya dalam sesuatu bidang kita perlu mengalami proses ‘belajar’ untuk memahirkan diri dalam bidang tersebut. Contohnya, jika anda ingin menjadi seorang doktor, anda perlu menghabiskan masa lebih kurang lima tahun untuk memahirkan diri dalam bidang perubatan. Oleh itu, anda perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam proses untuk mencapai impian tersebut.
Oleh hal yang demikian, disiplin adalah asas kepada kejayaan. Sehubungan dengan itu, saya ingin menceritakan pengalaman yang akan saya kenang seumur hidup iaitu menyertai soldiers di alam kampus Universiti.
Strategi Pemasaran Google Adwords
Mungkin anda pernah mendengar mengenai Google Adwords sebelum ini.Tahukah anda apakah itu Google Adwords?
Dalam terma yang mudah, Google Adwords ialah satu kaedah pemasaran pay-per-click (PPC) yang disediakan oleh Google. Dengan menggunakan Adwords, seseorang pelanggan boleh mempromosikan laman web atau produk di laman carian Google di bahagian ‘Sponsored links’. Sekiranya anda menggunakan iklan teks yang kaya dengan kata kunci carian yang tertentu, anda berpotensi mendapat tempat yang baik di bahagian ‘Sponsored links’ itu tadi. Ini sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada bisnes internet anda.
Oleh kerana Google Adwords mengenakan caj kepada anda berdasarkan kaedah lelongan, anda cuma bayar kadar yang anda tawarkan sekiranya pengunjung klik pada link Adwords itu tadi. Dengan cara ini, anda boleh mengawal bajet pengiklanan yang telah ditetapkan sebelum ini, dan anda boleh meminda kempen pengiklanan tersebut pada bila-bila masa.
Jadi bagaimanakan untuk menghasilkan Google Adwords yang baik? Ikuti beberapa tips mudah ini.
1. Kenalpasti Kata Kunci Yang Konsisten (keyword matching)
Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti kata kunci yang bersesuaian untuk digunakan sebagai teks Adwords tersebut. Terdapat beberapa perisian atau laman web yang boleh membantu anda membuat carian kata kunci seperti Google Keyword Tool ataupun Alexa. Perisian ini boleh membantu anda untuk mendapatkan kata kunci yang mempunyai jumlah carian yang tinggi dan pada masa yang sama menunjukkan jumlah pesaing yang menggunakan kata kunci yang sama.
Namun perkara yang lebih penting untuk anda buat adalah menggunakan kata kunci yang konsisten dengan menggunakan kaedah keyword matching. Strategi ini menghendaki Adwords anda mempunyai kata kunci yang konsisten dengan laman web yang dipromosikan. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda mempunyai kata kunci ‘kek kukus coklat’ makan iklan Adwords anda perlu konsisten mempunyai kata kunci yang sama. Dengan cara ini, Google akan melihat laman web tersebut sebagai unik dan ia juga dapat mengekalkan trafik yang berkualiti ke laman web anda.
2. Jalankan Ujikaji Beberapa Kata Kunci dan Iklan Teks (split-test)
Selanjutnya, anda perlu melakukan ujikaji ke atas beberapa kempen dengan menggunakan kata kunci yang berlainan untuk menguji tahap keberkesanan setiap iklan Adwords itu tadi. Strategi ini dinamakan sebagai ‘split testing’. Dengan cara ini, anda boleh melihat kempen yang mana adalah efektif dan yang mana tidak efektif. Lantas, anda boleh menghentikan kempen yang tidak efektif dan menyalurkan bajet yang lebih terhadap kempen-kempen yang efektif untuk tujuan promosi tersebut.
3. Hadkan Impresi Iklan Mengikut Lokasi
Sekiranya anda mempunyai pasaran lokal di Malaysia, sebaik-baiknya anda hadkan impresi iklan mengikut lokasi Malaysia semata-mata. Dalam menyediakan kempen Adwords, anda boleh memilih untuk mengehadkan impresi iklan anda untuk sesebuah lokasi tertentu. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan wang pengiklanan untuk pasaran lokasi tertentu dan pada masa yang sama menarik trafik yang bertepatan untuk pasaran anda.
4. Sediakan Ruangan Opt-in di Laman Web Anda
Setelah pelawat klik pada sesuatu kempen Adwords, mereka akan dibawa ke laman web yang anda tentukan. Sebagai salah satu strategi untuk mengekalkan pelawat ini untuk terus berkunjung ke laman web anda pada masa akan datang, anda bolehlah menyediakan ruangan opt-in di laman web tersebut. Sudah tentu ruangan opt-in ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian laman web tersebut asalkan ia memudahkan pelawat untuk melihatnya.
5. Semak Kempen Anda dari Semasa ke Semasa
Akhir sekali, anda haruslah menyemak perkembangan kempen anda dari semasa ke semasa. Dari semakan tersebut, anda boleh menilai kempen mana yang berkesan, dan mana yang tidak, kata kunci yang mana lebih tinggi carian dan bilangan klik, berbanding kata kunci yang lain. Kemudian anda bolehlah memilih untuk meneruskan kempen yang berkesan sahaja, dan menghentikan kempen yang tidak berkesan. Dengan cara ini, anda akan dapat memastikan kos kempen anda benar-benar berbaloi berbanding jumlah klik dan jumlah opt-in di laman web sebentar tadi.
Nah, itulah dia. Kini anda sudah tahu asas menghasilkan Google Adwords yang baik. Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk bisnes internet anda.
Kunci Asas Kewangan
Perkara asas kepada kewangan boleh ringkaskan kepada 3 perkara, iaitu:
1.Membelanjakan wang kurang daripada jumlah pendapatan yang diterima.
2.Menambahkan jumlah simpanan anda.
3.Menambahkan jumlah pendapatan setiap bulan.
Sekiranya kita semua berpegang kepada 3 kunci asas ini, maka tidak akan wujud lagi masalah kewangan !
