Strategi Pemasaran Google Adwords

google adwords

Mungkin anda pernah mendengar mengenai Google Adwords sebelum ini.Tahukah anda apakah itu Google Adwords?

Dalam terma yang mudah, Google Adwords ialah satu kaedah pemasaran pay-per-click (PPC) yang disediakan oleh Google. Dengan menggunakan Adwords, seseorang pelanggan boleh mempromosikan laman web atau produk di laman carian Google di bahagian ‘Sponsored links’. Sekiranya anda menggunakan iklan teks yang kaya dengan kata kunci carian yang tertentu, anda berpotensi mendapat tempat yang baik di bahagian ‘Sponsored links’ itu tadi. Ini sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada bisnes internet anda.

Oleh kerana Google Adwords mengenakan caj kepada anda berdasarkan kaedah lelongan, anda cuma bayar kadar yang anda tawarkan sekiranya pengunjung klik pada link Adwords itu tadi. Dengan cara ini, anda boleh mengawal bajet pengiklanan yang telah ditetapkan sebelum ini, dan anda boleh meminda kempen pengiklanan tersebut pada bila-bila masa.

Jadi bagaimanakan untuk menghasilkan Google Adwords yang baik? Ikuti beberapa tips mudah ini.

1. Kenalpasti Kata Kunci Yang Konsisten (keyword matching)

Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti kata kunci yang bersesuaian untuk digunakan sebagai teks Adwords tersebut. Terdapat beberapa perisian atau laman web yang boleh membantu anda membuat carian kata kunci seperti Google Keyword Tool ataupun Alexa. Perisian ini boleh membantu anda untuk mendapatkan kata kunci yang mempunyai jumlah carian yang tinggi dan pada masa yang sama menunjukkan jumlah pesaing yang menggunakan kata kunci yang sama.

Namun perkara yang lebih penting untuk anda buat adalah menggunakan kata kunci yang konsisten dengan menggunakan kaedah keyword matching. Strategi ini menghendaki Adwords anda mempunyai kata kunci yang konsisten dengan laman web yang dipromosikan. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda mempunyai kata kunci ‘kek kukus coklat’ makan iklan Adwords anda perlu konsisten mempunyai kata kunci yang sama. Dengan cara ini, Google akan melihat laman web tersebut sebagai unik dan ia juga dapat mengekalkan trafik yang berkualiti ke laman web anda.

2. Jalankan Ujikaji Beberapa Kata Kunci dan Iklan Teks (split-test)

Selanjutnya, anda perlu melakukan ujikaji ke atas beberapa kempen dengan menggunakan kata kunci yang berlainan untuk menguji tahap keberkesanan setiap iklan Adwords itu tadi. Strategi ini dinamakan sebagai ‘split testing’. Dengan cara ini, anda boleh melihat kempen yang mana adalah efektif dan yang mana tidak efektif. Lantas, anda boleh menghentikan kempen yang tidak efektif dan menyalurkan bajet yang lebih terhadap kempen-kempen yang efektif untuk tujuan promosi tersebut.

3. Hadkan Impresi Iklan Mengikut Lokasi

Sekiranya anda mempunyai pasaran lokal di Malaysia, sebaik-baiknya anda hadkan impresi iklan mengikut lokasi Malaysia semata-mata. Dalam menyediakan kempen Adwords, anda boleh memilih untuk mengehadkan impresi iklan anda untuk sesebuah lokasi tertentu. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan wang pengiklanan untuk pasaran lokasi tertentu dan pada masa yang sama menarik trafik yang bertepatan untuk pasaran anda.

4. Sediakan Ruangan Opt-in di Laman Web Anda

Setelah pelawat klik pada sesuatu kempen Adwords, mereka akan dibawa ke laman web yang anda tentukan. Sebagai salah satu strategi untuk mengekalkan pelawat ini untuk terus berkunjung ke laman web anda pada masa akan datang, anda bolehlah menyediakan ruangan opt-in di laman web tersebut. Sudah tentu ruangan opt-in ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian laman web tersebut asalkan ia memudahkan pelawat untuk melihatnya.

5. Semak Kempen Anda dari Semasa ke Semasa

Akhir sekali, anda haruslah menyemak perkembangan kempen anda dari semasa ke semasa. Dari semakan tersebut, anda boleh menilai kempen mana yang berkesan, dan mana yang tidak, kata kunci yang mana lebih tinggi carian dan bilangan klik, berbanding kata kunci yang lain. Kemudian anda bolehlah memilih untuk meneruskan kempen yang berkesan sahaja, dan menghentikan kempen yang tidak berkesan. Dengan cara ini, anda akan dapat memastikan kos kempen anda benar-benar berbaloi berbanding jumlah klik dan jumlah opt-in di laman web sebentar tadi.

Nah, itulah dia. Kini anda sudah tahu asas menghasilkan Google Adwords yang baik. Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk bisnes internet anda.

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *