Salam Sejahtera..
Masyarakat Jepun ada menanam pokok yang dipanggil bonsai. Ia cantik dan dibentuk dengan sempurna sekalipun ketinggiannya hanya beberapa inci. Di California, kita boleh temui hutan pohon gergasi yang dinamakan Sequoia. Satu daripada pohon gergasi ini diberi nama Jeneral Sherman. Dengan ketinggian 272 kaki menjulang ke langit dan berukuran lilit 79 inci, pohon gergasi yang menakjubkan ini begitu besar sehingga sekiranya ditebang, ia mampu menghasilkan kayu yang mencukupi bagi membina 35 buah rumah lima bilik. Pada satu ketikanya, pohon bonsai dan Jeneral Sherman ini mempunyai saiz yang sama.
Sewaktu masih benih, setiap satunya memiliki berat yang tidak sampai 1/3000 auns. Memang tidak dapat dinafikan, perbezaan saiz pada peringkat matangnya begitu besar. Namun, kisah di sebalik perbezaan saiz itu adalah pengajaran dalam kehidupan. Apabila pohon bonsai itu mula bertunas, orang Jepun mencabutnya dari tanah dan mengikat akar tunjangnya dengan sebahagian daripada akar penyerap lantas membantutkan pertumbuhannya. Hasilnya adalah sebatang pohon mini, cantik, namun saiznya kecil.
Benih daripada Jeneral Sherman terbenam dalam tanah California yang kaya dan disuburi dengan mineral, hujan, dan sinaran matahari. Hasilnya, tumbuhlah sebatang pohon gergasi. Sama ada pohon bonsai mahupun Jeneral Sherman ini, kedua – duanya tidak mempunyai pilihan dalam menentukan nasib masing – masing.
Kita mempunyai pilihan sendiri. Kita mampu menjadi sebesar ataupun sekecil yang diinginkan. Kita boleh memilih bagi menjadi pohon bonsai ataupun Jeneral Sherman. Imej diri, iaitu tanggapan kita pada diri sendiri menentukan nasib diri kita. Pilihannya terletak di tangan sendiri.
Sekian sahaja untuk kali ini 🙂