Membina Laman Web
Untuk melakukan perniagaan internet, kita perlu mempunyai laman web sendiri. Mungkin ramai orang di luar sana yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu untuk membina laman web sendiri. Hal ini merupakan alasan utama, kenapa ramai orang tidak melibatkankan diri dengan perniagaan internet.
Menurut Irfan Khairi, kita tidak semestinya perlu membina sendiri laman web kita tetapi boleh mengupah orang lain untuk membina laman web untuk kita. Contohnya, jika kita ingin berniaga burger, tidak semestinya kita sendiri yang membina gerai burger itu, sebaliknya kita boleh mengupah orang lain membina gerai burger untuk kita.
Sehubungan dengan itu, anda boleh mengupah syarikat untuk membina laman web untuk anda. Pada masa sekarang, ramai web master yang menawarkan perkhidmatan untuk membina laman web dengan harga yang rendah iaitu kurang daripada RM1000. Untuk menjimatkan kos membina laman web, anda boleh mengupah student IPT kerana ramai antara mereka yang tahu membina laman web, dengan itu kita dapat menjimatkan sedikit wang untuk membina laman web kita.
Pada entry yang akan datang, kita akan membincangkan tentang nama domain dan hosting.
P/S: Dalam perniagaan internet di negara kita, ada “Otai Besar” dalam perniagaan internet masih bergelar student IPT.

Leave a Reply