Mitos Affiliate – Tidak boleh buat duit dengan niche tertentu kononnya tepu.

Di dalam perniagaan tiada istilah tepu. Jika anda ada idea, akan ada sahaja ruang untuk anda bekerja dan mengaut keuntungan. Untuk menceburi niche yang besar seperti kuruskan badan, cinta, make money online dan keluarga, anda perlu berani mencuba dan bersaing. Memandangkan niche – niche ini mempunyai pasaran yang luas, persaingannya agak hebat.

Mitos ini datangnya dari mereka yang takut hendak bersaing. Padahal jika anda bersaing, anda tetap akan dapat hasilnya walaupun sedikit. Dalam lumba lari 100 m, ada lapan orang akan berlari dalam satu pusingan. Perbezaan orang terakhir dan pertama adalah orang yang pertama akan sampai dahulu, manakala orang yang terakhir akan sampai lewat tetapi pada akhirnya orang yang terakhir tetap akan sampai pada garisan penamat.

Jadi, anda jangan takut untuk mencuba dan bersaing dalam pasaran perniagaan yang kononnya tepu. Jika anda mencuba pasti ada hasilnya. Untuk jadi orang yang pertama sampai ke garisan penamat, anda perlu berusaha keras dan kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, anda perlu bersabar.

 

Waktu Terbaik Untuk Berhenti Makan Gaji dan Mulakan Perniagaan?

Bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan). Jawapannya, sebaiknya…

 

  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.
Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas… jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita.
Kredit : Irfan Khairi