Kepentingan Pendidikan Kewangan.

Anda perlu melabur untuk minda wang? Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk minda wang. Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya.

Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya?

Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagi jika mahu menggunakannya. Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan. Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu, anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembu tersebut. Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan.

Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluar pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikan kewangan adalah penting.

Anda akan lebih untung jika,

Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman.

Membaiki kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.

Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal dan permintaan. Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada jangka masa panjang. Jangan terlalu melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta ( akan rosak ). Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan.

ps: Petikan Ebook Rahsia Minda Wang. Download ebook percuma Rahsia Minda Wang disini dan banyak lagi..

Empat Tahap Kekayaan Menurut Adam Khoo

Menurut buku Secrets of Self Made Millionaires tulis Adam Khoo secara umumnya, terdapat empat tahap kekayaan yang kita perlu peroleh untuk mencapai tahap jutawan.

Tahap Pertama: Kestabilan Kewangan

Untuk mencapai tahap kestabilan kewangan ini, kita perlu mempunyai aset cair yang mencukupi bagi menyara kehidupan kita selama, paling kurang 6 bulan. Selain itu, kita juga perlu mempunyai insurans nyawa dan insurans kesihatan bagi melindungi diri dan keluarga kita sekiranya kita kurang upaya, tidak mampu bekerja ataupun sekiranya kita meninggal dunia secara tiba-tiba.

Tahap Kedua: Jaminan Kewangan

Dalam erti kata lain, apabila berada di tahap ini, kita boleh berhenti kerja dan dapat menjalani kehidupan yang paling asas. Ia juga bermakna, sekiranya kita terus bekerja, semua pendapatan aktif kita boleh digunakan bagi melabur dan ini menambah lagi harta dan meningkatkan pendapatan kita.

Tahap Ketiga: Kebebasan  Kewangan

Apabila kita mencapai tahap kebebasan kewangan ini, kita boleh memilih berhenti bekerja tetapi mampu mengekalkan cara hidup kita sekarang bagi tempoh masa yang tidak terbatas. Pada hakikatnya, kebanyakan orang yang mencapai kebebasan kewangan mencintai pekerjaan mereka dan mereka terus bekerja bukan kerana terpaksa tetapi kerana mereka memilih untuk terus bekerja. Daripada pengalaman Adam Khoo sendiri, situasi ini memanglah sesuatu yang menggembirakan. Bebas daripada tekanan kewangan dan kebimbangan, dan bekerja hanya disebabkan oleh minat dan perasaan cinta pada kerja.

Selalunya, lebih tinggi perbelanjaan kita dan lebih mewah kehidupan kita, lebih lama masa yang kita ambil bagi mendapatkan kebebasan kewangan itu. Jadi, di samping meningkatkan pendapatan pasif, mengurangkan pembaziran dalam perbelanjaan juga dapat mempercepatkan proses mencapai tahap keempat ini. Akhir sekali, kita perlu berusaha bagi mendapatkan…

Tahap Keempat: Kekayaan yang Melimpah-ruah

Memiliki kekayaan yang melimpah – ruah adalah apbila kita melabur masa, wang ringgit dan idea, mengumpulkan sejumlah Harta Aliran Tunai Positif yang dapat menghasilkan pendapatan pasif yang mencukupi bagi menyara cara hidup yang diidamkan.

Cara hidup yang diidamkan ini adalah jumlah perbelanjaan bulanan yang kita keluarkan. Ini adalah suatu perkara yang subjektif dan bergantung kepada cara hidup yang kita mahukan.

Apabila kita berjaya memiliki kekayaan yang melimpah-ruah, kita boleh berhenti kerja dan menjalani kehidupan yang kita impikan sepanjang hayat kita. Seperti yang Adam Khoo katakan sebelum ini, kebanyakan orang yang mencapai tahap ini terlalu mencintai pekerjaan mereka, jadi mereka terus bekerja kerana minat, dan mendermakan 100 peratus pendapatan aktif mereka kepada pertubuhan amal dan pada masa yang sama, menambahkan lagi kekayaan mereka. Kita juga boleh mencapai tahap kekayaan yang tertinggi ini sekiranya mengamalkan strategi yang betul dan memiliki perancangan yang berkesan.