Artikel Motivasi – Membangunkan Akal yang Positif

Kali ini saya kongikan artikel motivasi diri iaitu aktiviti-aktiviti yang dapat membantu saudara meningkatkan keupayaan akal supaya menjadi positif. Semoga ia dapat membantu diri saya dan saudara pembaca blog Mohd Hisyam.Com.

Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah.

Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah adalah aktiviti asas ke arah meningkatkan keupayaan berfikir. Dengan mengamalkan budaya membaca bahan ilmiah, ia membantu saudara memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Membaca bahan ilmiah juga meransang pemikiran kerana bagi memahami bahan bercorak ilmiah, saudara perlu ‘memerah otak’ secara maksimum. Apabila aktiviti ini kerap, ia membantu meningkatkan keupayaan akal. Sebaliknya, apabila saudara hanya banyak membaca bahan-bahan picisan ataupun bahan bacaan yang tidak memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya, bukan sahaja membuang masa bahkan tidak membantu meningkatkan kekuatan akal.

Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir.

Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir juga membantu meningkatkan keupayaan berfikir. Seperti banyak membaca bahan ilmiah, aktiviti menonton racangan sebegini sentiasa merancang pemikiran dan bukan hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Bagi menonton racangan yang bercorak dokumentari atau rencana sahaja. Rancangan yang bercorak drama ataupun filem juga dapat membantu meningkatkan pemikiran apabila semasa menonton saudara turut berfikir dan tidak membiarkan masa menonton hilang begitu sahaja tanpa memberi sebarang kesan pada saudara.

Mengamalkan budaya berbincang bagi memahami perkara.

Mengamalkan budaya berbincang dapat membantu meningkatkan keupayaan berfikir kerana semasa berbincang, saudara terpaksa berusaha memberi pandangan yang bernas. Tanpa berfikir secara mendalam, idea yang dikemukakan bukan sahaja tidak bernas. Bahkan tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dibincangkan. Apabila keadaan ini berterusan dan hasil perbincangan hanya bergantung pada idea orang lain, kemungkinan selepas ini tidak ramai yang suka berbincang dengan saudara. Keep Reading →