Artikel Motivasi – Membangunkan Akal yang Positif

Kali ini saya kongikan artikel motivasi diri iaitu aktiviti-aktiviti yang dapat membantu saudara meningkatkan keupayaan akal supaya menjadi positif. Semoga ia dapat membantu diri saya dan saudara pembaca blog Mohd Hisyam.Com.

Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah.

Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah adalah aktiviti asas ke arah meningkatkan keupayaan berfikir. Dengan mengamalkan budaya membaca bahan ilmiah, ia membantu saudara memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Membaca bahan ilmiah juga meransang pemikiran kerana bagi memahami bahan bercorak ilmiah, saudara perlu ‘memerah otak’ secara maksimum. Apabila aktiviti ini kerap, ia membantu meningkatkan keupayaan akal. Sebaliknya, apabila saudara hanya banyak membaca bahan-bahan picisan ataupun bahan bacaan yang tidak memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya, bukan sahaja membuang masa bahkan tidak membantu meningkatkan kekuatan akal.

Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir.

Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir juga membantu meningkatkan keupayaan berfikir. Seperti banyak membaca bahan ilmiah, aktiviti menonton racangan sebegini sentiasa merancang pemikiran dan bukan hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Bagi menonton racangan yang bercorak dokumentari atau rencana sahaja. Rancangan yang bercorak drama ataupun filem juga dapat membantu meningkatkan pemikiran apabila semasa menonton saudara turut berfikir dan tidak membiarkan masa menonton hilang begitu sahaja tanpa memberi sebarang kesan pada saudara.

Mengamalkan budaya berbincang bagi memahami perkara.

Mengamalkan budaya berbincang dapat membantu meningkatkan keupayaan berfikir kerana semasa berbincang, saudara terpaksa berusaha memberi pandangan yang bernas. Tanpa berfikir secara mendalam, idea yang dikemukakan bukan sahaja tidak bernas. Bahkan tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dibincangkan. Apabila keadaan ini berterusan dan hasil perbincangan hanya bergantung pada idea orang lain, kemungkinan selepas ini tidak ramai yang suka berbincang dengan saudara. . Berlainan pendapat menunjukkan wujudnya kemajuan pada diri masing-masing.

Menulis secara kreatif sama ada dalam bentuk catatan peribadi ataupun artikel.

Aktiviti ini juga membantu meningkatkan keupayaan berfikir kerana sebelum menulis, sudah tentu saudara perlu berfikir bagi mempersembahkan idea dalam bentuk penulisan. Malahan, biasanya hasil pemikiran yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan memberi peluang pada saudara merujuk kembali hasil kekreatifan saudara pada masa hadapan. Daripada bahan ini juga saudara dapat jadikan panduan supaya sentiasa memperbaiki kekurangan diri.

Mengajar perkara yang sudah dipelajari kepada orang lain.

Aktiviti mengajar  orang lain banyak membantu meningkatkan budaya berfikir. Pengalaman penulis yang sering mengajar rakan –rakan semasa di institusi pengajian tinggi dahulu menyebabkan ilmu yang dipelajari beberapa tahun yang lalu masih diingati sehingga hari ini. Aktiviti ini membantu meningkatkan kekuatan pemikiran kerana sebelum mengajar orang lain, persediaan rapi perlu dibuat dan memahami secara mendalam tajuk yang mahu diajar. Persediaan mengajar orang lain juga membuatkan individu itu cuba berfikir secara mendalam cara menjadikan pengajarannya menarik. Sudah tentu amalan sebegini membantu meningkatkan kemahiran berfikir.

Kesimpulannya dengan mengamalkan kelima-lima perkara yang dicadangkan ini penting bagi membantu saudara meransang pemikiran supaya menjadi lebih cergas dan cepat bertindak balas dengan masalah dan isu. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kekuatan hujah dan pandangan saudara supaya menjadi lebih logik dan bernas.

Sumber: Buku Merancang Kejayaan.

The following two tabs change content below.
Hisyam Den adalah seorang penulis dan usahawan online. Beliau suka berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai melalui platform yang beliau ada terutama tentang ilmu bisnes dan kehidupan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *